Setakat hari ini rasanya inilah kali pertama Abang Nara melihat selebriti beragama Islam yang membuat ‘vow renewal’. Bertempat di Bali, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah memilih untuk melakukan perkara ini selepas 6 tahun mendirikan rumah tangga. Memang nampak romantis dan jiwang tahap gaban, namun ‘vow renewal’ ini telah mendapat kecaman daripada peminat-peminat mereka berdua.
Antara komen-komen yang diterima oleh Ashraf dan Bunga ialah ‘jauh tersesat dari agama Islam‘, ‘bertaubatlah‘ dan macam-macam lagi. Abang Nara ada membuat sedikit pencarian mengenai hukum melakukan ‘vow renewal’ namun tidak menjumpai jawapan yang tepat. Mungkin kalau ada antara anda yang menjumpainya, sila kongsikan di ruangan komen.
Kemungkinan besar kecaman diterima kerana sekali pandang seperti ia dilakukan seolah-olah berpandukan agama Kristian. Memang boleh mengelirukan lebih-lebih lagi dengan pemakaian Ashraf Sinclair dan lelaki yang mengendalikan hal ini. Apa pun, pastinya Ashraf dan Bunga lebih mengetahui apa yang mereka lakukan. Jangan sampai lari akidah sudahlah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.