Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta

Hiburan

Ashraf Muslim Kongsi Gambar Bahagia Bersama 2 Isteri Tercinta

Alhamdulillah. Gembira Abang Nara melihat kebahagiaan rumahtangga Ashraf Muslim di samping kedua-dua isterinya, Dayana dan Wan Sakinah. Walaupun sebelum ini Wan Sakinah dikritik hebat kerana menunjukkan gambar “baby bump”nya, nampak gayanya hubungannya dengan Dayana amat baik sekali. Tahniah kepada Ashraf Muslim kerana menjadi suami yang hebat dan mampu membimbing kedua-dua isterinya.

ashraf muslim dan isteri isterinya

Advertisement

Gambar-gambar kemesraan ini telah dikongsi oleh Ashraf Muslim menerusi laman Facebooknya. Wan Sakinah dan Dayana telah datang untuk menghantar suami mereka terbang menunaikan umrah. Berikut ialah status yang telah dikongsikan oleh Ashraf Muslim.

Assalamualaikum semua.. Saya akan bertolak ke tanah suci sebentar lagi.. Syukur bila mendapat sokongan dari kedua-dua isteriku yg kusayangi.. Tq Dayana and Tq Sakinah.. Saya sayang kamu berdua.. Doakan kita semua bahagia dan juga keluarga kita menjadi bertambah erat.. Allah akan sentiasa bersama kita. Lagi byk dugaan lagi dekat kita dgn Allah.. InsyaAllah Allah akan dgr doa kita utk menjadi lebih baik.. terima kasih Allah.. Terima kasih Allah.. Terimalah aku dan isteri2ku menjadi hambamu yg “Special” disisimu. InsyaAllah..

ashraf muslim dan isteri isterinya

Kalau mereka bertiga sudah bahagia dengan kehidupan sebegini, siapalah kita untuk mengkritik bukan? Biarkanlah mereka. Jangan diganggu lagi. Jangan dipandang serong. Perkara yang sudah berlalu, biarkanlah berlalu. Yang penting mereka kini sedang mengecapi kebahagiaan hidup. Lagi 2 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
fareeda
ashraf muslim dan isteri isterinya
ashraf muslim dan isteri isterinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...