Ashraf Muslim Enggan Bercerita Mengenai Kontroversi Perkahwinannya

Hiburan

Ashraf Muslim Enggan Bercerita Mengenai Kontroversi Perkahwinannya

Pada pandangan Abang Nara, langkah berdiam diri adalah satu tindakan bijak yang diambil oleh Ashraf Muslim. Secara jujur, sejak kontroversi perkahwinan keduannya, imej bersih Ashraf Muslim telah pun tercemar di mata orang ramai. Walaupun poligami dibenarkan, cara ia dilakukan oleh Ashraf mengundang rasa sinis daripada orang ramai.

ashraf muslim

Advertisement

Diminta memberikan komen oleh pihak Sinar Harian mengenai kontroversi tersebut, Ashraf Muslim berkata:-

Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita mengenai isu ini kerana ia bersifat peribadi. Saya tidak akan menceritakan kisah keluarga saya kepada mana-mana pihak. Lebih baik saya berdiam diri kerana kalau saya bercerita perkara sebenarnya pun, akan disalah ertikan.

ashraf muslim

Malah Ashraf sempat berpesan agar mengurangkan cerita sebegini terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini:-

Sepatutnya di bulan yang baik ini, elok kalau kita kurangkan cerita perkara seperti ini kerana ia boleh kurangkan pahala. Akan tetapi kalau ia berkaitan dengan kerjaya saya, insya-Allah saya akan beri kerjasama dengan media. Namun, kalau ia berkaitan peribadi, saya tidak akan bercerita. Saya harap media dapat memahami situasi saya. Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan seharusnya kita tidak perlu jaga urusan orang

Nak buat macam mana. Selaku seorang selebriti, pastinya kisah hidup Ashraf Muslim akan menjadi bualan ramai. Lebih-lebih apabila kisah tersebut adalah isu poligami yang dekat dengan masyarakat kita. Semoga apa yang terjadi kepada Ashraf boleh dijadikan pengajaran buat semua terutama kepada suami-suami yang ada memasang niat untuk berkahwin satu lagi. Hehehe.

ryaniez moments

P.S: Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, jurugambar perkahwinan terkemuka, Ryaniez Moments Photograph sedang mengadakan promosi besar-besaran untuk anda yang ingin mendirikan masjid. Dengan harga serendah RM1111 untuk satu majlis, anda bakal mendapat khidmat jurugambar yang sangat profesional dan bermutu tinggi. Dapatkan info lanjut menerusi Facebook Ryaniez Moments Photography atau laman web Ryaniez Moments.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...