Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza

Hiburan

Ariani Lancarkan Koleksi Tudung Siti Nurhaliza

Jenama tudung Ariani sememangnya cukup sinonim dan bukannya satu nama asing di kalangan wanita Muslimah Malaysia. Tudungnya yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan membuatkan Ariani menjadi pilihan ramai. Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri satu majlis ekslusif pelancaran koleksi 2014 Ariani dengan rekaan yang lebih mantap dan menarik.
arianiSelain daripada pengumuman Nurul Syuhada Nurul Ain sebagai duta Ariani menggantikan Wardina, Abang Nara cukup teruja dengan pelancaran “Siti Nurhaliza Collection by Ariani“. Kerjasama yang turut menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dilantik sebagai ikon Ariani ini pastinya menggembirakan para peminat beliau yang selama ini mahu mengikut gaya fesyen tudungnya. Memang cantik-cantik belaka tudung yang dikeluarkan di bawah nama “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” ini.
ariani

Kini menerusi akaun Instagram Galeri Ariani, “preview sale” untuk koleksi tudung “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” sudah mula dimuatnaik untuk tatapan ramai. Sekali pandang pun Abang Nara dah tahu confirm akan “sold out” macam pisang goreng panas. Abang Nara yakin para peminat Datuk Siti Nurhaliza tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki tudung rekaan beliau.
ariani

Advertisement

Wife Abang Nara dah mula memujuk minta dibelikan tudung-tudung Siti Nurhaliza ini. Korang pun pasti rasa teruja kan? Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memiliki “Siti Nurhaliza Collection by Ariani” dengan melayari laman web www.ariani.my sekarang juga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...