Written by AbangNara | February 13th, 2015

Cepat sungguh masa berlalu. Tahun ini Abang Nara sudah berusia 32 tahun. 10 tahun yang lalu, tak pernah Abang Nara menyangkan akan mempunyai seorang isteri yang comel dan 2 orang anak yang menyinari hidup ini. Alhamdulillah dah dapat sepasang. Yang lelaki namanya Aariz, 3 tahun dan yang perempuan namanya Arissa, baru 7 bulan.

ammetlife

Aariz dan basikal ajaibnya

ammetlife

Arissa yang susah nak tidur malam

Bila dah anak ini, memang priority berubah 100%. Semua perkara akan dahulukan anak terlebih dahulu. Nak makan? Pastikan anak makan dulu. Nak pergi bercuti? Pastikan anak-anak sihat sepenuhnya. Nak tidur? Pastikan anak tidur dulu. Penat memang penat, tetapi berbaloi bila melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Sebagai seorang ayah, penat macam mana pun bila tengok anak tersenyum hilang segala rasa penat itu.

Baru-baru ini Abang Nara tertengok satu video tentang ayah dan anak yang amat menyayat hati. Mengalir air mata beb!!! Memang Abang Nara dapat memahami apa yang dirasai oleh si ayah. Pengorbanan untuk buat yang terbaik demi anak tercinta. Semua benda sanggup dilakukan untuk memastikan impian si anak menjadi kenyataan. (sila sediakan tisu sebelum tengok video ini)

Selaku seorang ibu bapa, memang Abang Nara ada impian tersendiri #DreamForMyChild untuk anak-anak tercinta. “Bila besar diorang nak jadi apa”, persoalan tersebut memang selalu bermain di minda. Menariknya, AmMetLife akan memberikan 10 buah iPad Air 2 yang terbaharu untuk ibu bapa yang berkongsi impian mereka untuk anak-anak di laman web AmMetLife. Kalau selama ini impian itu hanya bermain di minda Abang Nara, kali ini Abang Nara nak kongsikan bersama-sama untuk tatapan ribuan orang lain. Mana tahu ada rezeki boleh menang iPad Air 2.

ammetlife

Abang Nara dan wife memang selalu berbincang tentang impian masing-masing untuk anak-anak apabila mereka dewasa kelak #DreamForMyChild. Macam-macam idea yang keluar. Wife nak jadikan Aariz doctor, Abang Nara nak jadikan dia pemain bola sepak. Yang Arissa pula wife nak latih jadi tukang masak, Abang Nara nak suruh jadi pemain piano. Kelakar pun ada juga bila masing-masing ada buah fikiran sendiri. Semuanya Abang Nara dah ceritakan di laman web AmMetLife. 20 tahun lagi bolehlah periksa impian mana satu yang menjadi kenyataan. Hehehe.
ammetlifeApa pun bagi Abang Nara, yang paling penting ialah anak-anak membesar dengan sihat, sempurna, dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Itu pun dah cukup bagus buat Abang Nara. Kalau diorang dapat realisasikan impian Abang Nara, itu kira bonuslah. Jadi ibu bapa di luar sana, apakah impian anda untuk anak-anak? Kongsikannya di laman web AmMetLife. Kempen dan peraduan ini akan berlangsung dari 27 Januari hingga 3 April 2015. Selamat mencuba!!!

8 responses to Apakah Impian Anda Untuk Anak-Anak Tercinta? #DreamForMyChild

  1. Kopipes says:

    Abg Nara stay kat Denai Alam jugak ke? Hahahaha i can see my house kat blkg!!

    0

    0
    • gurau jer :D says:

      ni mesti tak pernah nak tegur atau berkenalan dengan jiran. hehehehehe…. jangan marah… i pun camtu jugak hehehe

      0

      0
  2. lia says:

    congrat abg nara dh 33 years age dh anak..i blom kawin lg ..doakn i…amin.

    0

    0
  3. monah says:

    Abg nara ni belajar tinggi2 pun ejaan BM hancus…better abg nara tulis dalam bahasa korea mungkin lebih baik. Sekian, Terima Kasih.

    0

    0
  4. huda says:

    memang sedih video ni, berusaha betul-betul sekarang demi keluarga tercinta

    0

    0
  5. Anonymous says:

    comel

    0

    0