Written by Bella | November 26th, 2015

Sudah lama pelakon popular sekitar tahun 80-an, Datuk Seri Shah Rezza tidak aktif dalam dunia lakonan dan hanya menumpukan pada perniagaan beliau.

Namun,  beliau kini sudah kembali aktif dalam bidang lakonan dan mencuri hati penonton menerusi watak Pak Hamid yang merupakan seorang pengawal keselamatan didalam drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael.

Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertanya tidak kah Shah Rezza merasa malu untuk melakonkan watak seorang pak guard yang seakan merendahkan status beliau sebagai seorang yang amat terkenal dan disegani.

Ini jawapan beliau:-

Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak.

Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain.

Malah, pada awal kemunculan beliau dalam bidang seni, Shah Rezza yang merupakan kerabat diraja dari Kelantan tidak pernah menonjolkan statusnya itu.

Shah Rezza enggan memakai nama sebenar bagi mengelakkan rasa pilih kasih segelintir pihak terhadap dirinya.

Pada usia 14 tahun ketika itu saya duduk di Istana Negara, saya minta untuk menceburi bidang peragaan dan seni dan ibu saya nasihatkan agar tidak guna nama sebenar.

Saya mahu dikenali dengan nama Shah Rezza sahaja supaya kawan-kawan dan orang sekeliling saya tidak memberikan kelebihan kepada saya hanya kerana saya kerabat diraja.

Apa yang dikatakan oleh Shah Rezza itu betul, dalam lakonan kadang-kadang kita tidak boleh fikir untuk popular sahaja dan tidak salah pun untuk menerima watak pembantu meskipun artis itu sudah terkenal.  Meskipun watak Pak Hamid itu kecil, kami rasa ia masih mampu mencuit hati penonton bukan? Hehe

Sumber Berita: mStar Online

100 responses to Apa Salahnya Jadi Pak Guard? – Datuk Seri Shah Rezza

  1. anon says:

    Citer ni best, pelakon semua matopp…. Tahniah Ziela Jalil

    0

    0
  2. Anonymous says:

    humble…thumbs up!!! i like it!!!! tuan anas mikael pun not bad!!!

    0

    0
  3. Lili says:

    Aku rasa pelakon yang tak payah baca script ialah Chef Wan……CW ajar masak mcm dlm rancgn masak2 yg dihoskan oleh beliau. Kipidap CW

    0

    0
    • Anonymous says:

      haah….suka jgk watak chef wan yg original , profesional & tak over, kipidap chef!

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Ada satu part yg dia kutip daun kari ke apa… pastu dia tak bleh bangun lepas mencangkuk… kaki kremm..

        That is so honest… i like that part.. aku pun pnh rasa walaupun masih muda..

        0

        0
  4. Anonymous says:

    Yassalammm..ni pun jd issue ke wei..hahaha.

    iols suke sbb pelakon otai berlakon.mutu drama dan lakonan the best!

    0

    0
  5. anoynim says:

    ya sharmila memang bagus,cantik boleh jadi heroin,patut diberi peluang.roy azman dan raja iliya sangat bagus

    0

    0
  6. nil says:

    shah reza ni memang sya minat bila dia berlakon…
    walaupun dberi watak yg kecil dlm lakonan ttapi tetap mantap.
    minat sngat..cerita marah-marah sayang dan ali setan ..(ya salam)…

    0

    0
  7. komen aku says:

    kemon… tak kisah pon darjat seseorang utk bawa watak apa,. yg penting sang pelakon mampu membawakan watak dgn sempurna dan berkesan di hati penonton. suka watak dato dalam TAM, mengimbau memori filem Marah2 Sayang hihihi!

    0

    0
  8. Orang Melayu says:

    Citer TAM best dengan pelakon-pelakon yang berlakon sampoi aje terutama scene Zara Zya n Chef Wan belakon tengah belajar masak. Sangat best dgn celoteh CW. Taklah stress tengok kalau dibandingkan dgn citer Mr Perfect yang entah apa-apa aje. A.Aida kena belajar dgn Ziela Jalil mcm mana nak buat drama yang lebih mantap dan bermutu..

    0

    0
  9. cuntek says:

    saya suka apa dia jd pak guard lain dari yg lain… best cerita nie..

    0

    0
  10. melati says:

    berlakon..jer..saper yg tanya tu…bukan nya berlakon Porno ker…Gilo…saper yg tanya Rezza malu tk…

    0

    0
  11. mima says:

    datuk seri ni baik n humble je orgnye..wpon kaya n sombongg

    0

    0
  12. Anonymous says:

    datuk shah reza pandai berlakon. syabas kepada seluruh produksi …best sangat.

    0

    0
  13. aaaaaaaa says:

    pestime ak tgk beautifu nara punya post yang takde negative comment

    0

    0
  14. Dia says:

    suka sgt bila dia cakap ngan cik sue…. masing2 ngan slange masing.
    time dia ayat che sue tuu yg best…. test market kat che sue
    lakonan bersahaja & mantop.

    0

    0
  15. Anonymous says:

    berbaloi bayar astro.

    0

    0
  16. Anonymous says:

    zul arrifin….please sit down!

    0

    0
  17. Anonymous says:

    banyak drama terbitan pena creatives, puan ziela jalil, inilah drama yang paling saya suka.

    0

    0
  18. minah says:

    wan sharmila pernah jer jadi heroin ceta tari tirana..memang bes ceta tu dan lakonan dia pun bess

    0

    0
  19. Anonymous says:

    omg…daler yusuf..apasal watak dia sikit sgt????

    0

    0
  20. Anonymous says:

    bye zul arripin!!!!

    0

    0
  21. Bekas Ahli Pengakap Sekolah says:

    Shah rezza ni mmg humble type. Suka dia sejak dari filem kelas 76. Awet muda dia ni.

    0

    0
  22. Mek chun says:

    Cerita ni memang best ke?sorry lepas tertengok cerita hello mr perfect,mek chun jadi trauma nak tengok drama melayu. Siapa heroin dalam drama ni?berbaloi tak nak tengok ni?

    0

    0
    • Anonymous says:

      hero dia aaroz aziz partner dgn zya. mmg best sbb tak dak over2..semua pelakon so natural bawak watak masing2. sampaikan watak2 jahat dia pon kita tgk takde rasa annoying sbb pilihan pelakon & kejayaan watak yg didokong ole pelakon yg berkualiti. try la tgk mok cun. sure tak menyesai aih :)

      0

      0
  23. Anonymous says:

    mantoppppp!!!!

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Takziah kepada A Aida.

    0

    0
  25. tulip hijau says:

    Memang terbaik cite Tuan Anas Mikael ni. Menjadi chemistry zara zya dgn aaron aziz. Suka tgk zara zya bile dia ckp sorang2. Memang x cover langsung, nampak natural je dia berlakon. Pelakon2 yg lain pun memainkan peranan masing2, tambah2 adik ogy, Dato’ Shah Rezza dgn Wan Sharmila. Double thumbs up for you guys!!! Kipidap!!!

    0

    0
    • anonymous says:

      follow ig zara zya dia memang xde cover2 pn..mcm mana prangai dia dlm ig mcm tu ler dlm TAM..memang patut zara zya dpt watak ni

      0

      0
    • meow says:

      aku mmg salute la kat zara zya.. dr cita LYMA lagi aku tgk dia belakon mmg watak masok giler, natural, as if mmg real je… hahah… Kipidap Zara!

      0

      0
  26. Anonymous says:

    nak amek dr novel..pilih2 jgk novel yg berkualiti mcm TAM nie. baru berbaloi jdkan drama sbb rating mencanak2 naik & org suka. kalau mr perfect tu…emm alamat berkuburla pasaran drama melayu kat msia nie. penerbit pls jgn asyik tangkap muat jer..nak byr murah jer…truma btol aku dgn drama mr perfect tu eww!

    0

    0
  27. Anonymous says:

    mcm ni la buat drama. bukan susah pun. cari la pelakon2 yg best. malaysia bukan xde pelakon best2 dan scenery2 yg x cantik. simple but ada kualiti.

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Nak Tuan Anas Mikael 2….pleaseeeeeee!!!

    0

    0
  29. akak says:

    tapi kan…satu je nk komen…sorry tau…mmg cerita ni best sgt…tapi kan mmg org utara cakap kasar dgn mak diaorg ke? ke watak ayu tu mmg mcm tu? mula2 masa 1st dan 2nd episode tu rasa nyampah kat ayu tu sbb dia cakap kasar dgn mak dia…dia suka suruh mak dia diam! terkedu akak tengok…sbb akak dgn mak akak tak cakap lagu tu…huhu…tapi overall mmg best drama ni…akak pun suka watak wan sharmila…zara sya pun pandai berlakon cuma bab dia cakap kasar dgn mak dia tu akak kurang berkenan….

    Suami akak plak komen takde hero yg muda sikit ka drp aaron? Ke watak tuan anas tu mmg bujang terlajak? huhu maybe lah kot sbb akak tak baca novel tu yg tak tau…sorry ye…

    0

    0
    • anonymous says:

      besa je kak..org utara memang cmtu..yg si mak pn kadang2 bahasakn hang aku je..

      0

      0
    • zilza84 says:

      aah btul..org utara mmg cmtu ckpnya..kitorg ckp ngn mak ayah adik beradik cmtula..org luar mmg rsa ksr tp bg kitorg tu mmg dh sopan dh pun..

      0

      0
    • best says:

      Hee., . Hee. . . Sama lah kita. Masa episod awal2 tu sy terkejut juga dgr cara heroin tu ckp kasar dgn mak dia. Sy klu ckp dgn mak mcm tu bukan mak yg marah tapi silap2 kena lempang dgn kakak2 sy sbb x hormat mak. Tapi baru tau org utara mmg ckp mcm tu. Cerita ni mmg best & berkualiti. Ada pengajaran yg diselitkan.x payah asyik nk sentuh2 berlebihan antara hero & heroin

      0

      0
    • maslan says:

      orang utara mmg lagu tuh..haha aku pon ckp ngn mak aku..aku kau ja.. da dok kl drpd kecik, smpai kwn2 semua terkejut aku bahsakan diri ngn mak bapak aku ,aku-ko..haha

      0

      0
  30. AbC says:

    best cita ni…semua pelakon berjaya melakonkan watak masing2…thumbs up!!!
    5 stars tuk cita ni…suka sgt..xsabar tgu episode mgu depan :)
    nanti boleh buat TAM raya heeee :)

    0

    0
  31. anon says:

    kapda ‘akak’ yang kat atas tu…
    biasa lah watak c ayu tu dgn mak dia…depa dua tu close/rapat…so biasa-biasa saja lah…tu bukan kasaq.
    kalau ‘akak’ tak plak bercakap dgn mak ‘akak’ macam tu, ok lah, keep it up.

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Bestnya baca post yang ni.. First time baca kurang negative comment kan. Mungkin sbb aura cerita ni yang best and pelakon2 yg semua menjadi. Thumbs up!

    0

    0
  33. Anonymous says:

    Memang best drama nie…suka chemistry Aaron Aziz dgn Zara zya..serasi Je..mummy n daddy..hahahaaa..sweet kowt depa nie…smua watak mnjadi dan mantop…hrp ada tuan Anas mikael 2…pleaseeeeee kak ziela!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  34. anon says:

    Nara ni suka mengarut…..ade ke kata shah reza ni amat terkenal, ye ke?? Dia berlakon dlm filem or drama ape yg amat terkenal tu….suam2 kuku adelah….tak pernah jadi hero pun. Berlakon pun mcm kayu je… Takyah over sngt nara…
    By the way, berlakon watak ape2 sekalipun ape salahnya…..

    0

    0
  35. Ayu Tuan Anas says:

    Dari tak suka lagu stacy smpi blh nyanyi..semua penangan TAM…cheq suka, class A punya drama from Astro..Tahniah na !

    0

    0
  36. Anonymous says:

    besttttt.

    0

    0
  37. Anonymous says:

    sumpah x jemu tengok drama ni. sesuai utk semua lapisan.

    0

    0
    • Kaki Sinetron says:

      Of cos.. Antara drama rantaian sejam yang jauh lebih baik daripada sinetron Indo sampah era digital kini..

      0

      0
  38. Anonymous says:

    raja ilya bitch…suka suka!!!

    0

    0
  39. anak pak guard kekwat says:

    haha..pak hamid, pak guard kekwat bak kata ayu maisarah

    0

    0
  40. Anonymous says:

    Best gila2 drama nie…plakon2nya semuanya mantop patutla rating tinggi..drama paling terbaek thun nie…gud job to all team tuan Anas mikael..kn best klau mem ziela jalil buat filem tuan anas mikael pulak..msti pecah panggung..hahahaaaa???

    0

    0
  41. Anonymous says:

    awesome….

    0

    0
  42. dato giler says:

    rasanya umah besar dalam drama ni pak guard ni yg punya kan..?

    0

    0
  43. aku says:

    dia manusia biasa gak…tapi lakonan beliau terbaik…..saya kasi 100 bintang ok

    0

    0
  44. mak c kina says:

    aku xminat AA,tp xde la nyampah sampai tukar ch…hehehe…tp bila teezer TAM ni kluar,aku mcm xsabar nk tgk..cite bes,pelakon bes..pak guard kot paling win…hahaha..

    0

    0
  45. Lili says:

    eh, aku tak sabar nak tunggu ep seterusnya, TAM kena colek? Ayu Kena colek? Mak dia kena colek, Safrah & Daddy dia kena tangkap,? yang aku tahu mama Mika tu sebenarnya tahu siapa yang ada dalam hati MIka……saksikan minggu depan ye

    0

    0
  46. salmah says:

    tapi tuan anas tu dah berisi kan. bahu pun dah lebar.
    mungkin faktor umur kot. ziela pun dah gemok.

    0

    0
  47. anon says:

    apasal kena ada nama zuripin dlm ni,dia tak layak pon nak di comparekan dgn aron..mcm lgit n bumi.aron semua ada and so talented,lg satu yg penting aron digandingkan dgn pelakun wanita mana pun tetap akan serasi..bravo mr best actor!

    0

    0
  48. Jalot says:

    Best betol citer TAM ni. Sebelum ni aku memang tak minat & menyampah tengok citer2 /drama bersiri Melayu – boring! Tapi sejak kehadiran TAM ni aku tak sabar2 duduk depan TV Astro jam 9.00 malam isnin hingga Khamis. Pelakon2 semuanya mantop2 & gaya lakonan bersahaja/tidak pura2 kontrol cun/macho macam pelakon baru yang lain. Pemilihan watak & pelakon2 yang tepat. Lawak pun ada class.Terbaiklah TAM, boleh kasi 5 bintang…

    0

    0
  49. Pas ni rasenye blh x aku follow cite kapel malaya amira vs amara tu???x pe la..tgk la nt cmne..same hebat x ngan TAM..

    0

    0