Sudah lama pelakon popular sekitar tahun 80-an, Datuk Seri Shah Rezza tidak aktif dalam dunia lakonan dan hanya menumpukan pada perniagaan beliau.
Namun, beliau kini sudah kembali aktif dalam bidang lakonan dan mencuri hati penonton menerusi watak Pak Hamid yang merupakan seorang pengawal keselamatan didalam drama adaptasi novel Tuan Anas Mikael.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak yang bertanya tidak kah Shah Rezza merasa malu untuk melakonkan watak seorang pak guard yang seakan merendahkan status beliau sebagai seorang yang amat terkenal dan disegani.
Ini jawapan beliau:-
Apa salahnya jadi pak guard? Bagi saya, melakonkan watak yang berlainan dengan diri kita adalah erti pelakon sebanar. Saya tidak kisah dan bersedia diberikan apa sahaja watak.
Kalau dilihat sejak saya aktif sekitar 80-an pun watak saya hanya watak pembantu sahaja bukan watak-watak besar pun. Jika dikatakan tidak sesuai atau setaraf dengan kedudukan saya sekarang itu adalah silap kerana saya tidak pernah membezakan taraf kehidupan saya dengan orang lain.
Malah, pada awal kemunculan beliau dalam bidang seni, Shah Rezza yang merupakan kerabat diraja dari Kelantan tidak pernah menonjolkan statusnya itu.
Shah Rezza enggan memakai nama sebenar bagi mengelakkan rasa pilih kasih segelintir pihak terhadap dirinya.
Pada usia 14 tahun ketika itu saya duduk di Istana Negara, saya minta untuk menceburi bidang peragaan dan seni dan ibu saya nasihatkan agar tidak guna nama sebenar.
Saya mahu dikenali dengan nama Shah Rezza sahaja supaya kawan-kawan dan orang sekeliling saya tidak memberikan kelebihan kepada saya hanya kerana saya kerabat diraja.
Apa yang dikatakan oleh Shah Rezza itu betul, dalam lakonan kadang-kadang kita tidak boleh fikir untuk popular sahaja dan tidak salah pun untuk menerima watak pembantu meskipun artis itu sudah terkenal. Â Meskipun watak Pak Hamid itu kecil, kami rasa ia masih mampu mencuit hati penonton bukan? Hehe