Written by AbangNara | July 2nd, 2015

Puasa dah masuk 2 minggu. Setiap kali hujung minggu, semua shopping kompleks kat Malaysia ini penuh sesak dengan manusia yang membeli-belah buat persiapan untuk Aidilfitri. Abang Nara pun turut sama menjadi mangsa heretan si isteri tercinta. Cari baju kat KLCC, cari tudung kat Jalan TAR, cari jubah kat SOGO. Penat gila nak jalan-jalan dengan trafik jem bagai. Tak ada ke satu tempat yang kita boleh beli semua persiapan untuk raya?

digi karnival mega sale

gila apa nak bersesak camnie dengan anak 2 orang

Pucuk dicita ulam mendatang. Bersyukur sungguh apabila rintihan hati para suami ini didengar oleh pihak penganjur Karnival Mega Sale Raya 2015 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini (4&5 Julai). Ia bakal menjadi gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dengan lebih 600 vendor menjual pelbagai produk mereka. Jangan risau semua benda yang korang nak cari ada. Tudung Naelofar, jubah lelaki, kopiah, minyak wangi, baju kurung, tudung instant, shawl dan macam-macam lagilah.

digi

Lagi best bila dah lebih 30 orang selebriti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke karnival paling EPIK ini. Dibawakan oleh Digi dan Propaganda Fest, antara kejutan yang paling best ialah duit raya bakal diberikan kepada 100 pengunjung pertama setiap hari dan ada 50 hadiah yang super AWESOME untuk dimenangi. Abang Nara memang suka karnival macam ini. Senang setel semua benda kat satu tempat. Tak ada nak kena drive pergi sana, pergi sini.
digi

Pintu EPIK MEGA RAYA SALE 2015 ini akan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam pada 4 dan 5 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam. Tapi selalunya vendor-vendor akan panjangkan waktu perniagaan sebab terlalu ramai yang hadir. Dijangkakan ratusan ribu pengunjung akan memeriahkan lagi karnival ini. Tapi jangan risau tentang kesesakan. Parking banyak, kawasan luas dan paling penting, penganjur karnival ini berpengalaman luas bagi memastikan keselesaan dan kemudahan para pengunjung.

digi

Cerita banyak tak guna, kita jumpa di Stadium Malawati Shah Alam pada 4&5 Julai ini untuk menjadi sebahagian daripada pengunjung epik karnival hebat ini. Jangan lupa untuk hashtag #karnivalmegaraya ##digipropa #festivalfest bila anda muatnaik sebarang gambar ketika berada di sana. Maklumat lanjut layari Facebook Digi dan juga Instagram @propagandafest.

18 responses to Apa Buat 4&5 Julai Ini? Jom Kasi Gegar Stadium Malawati Shah Alam Sempena #KarnivalMegaRaya

  1. aku la says:

    tempat sempit n org ramai gile…better g mall je…klu aku la kann….

    0

    0
  2. CALICE says:

    Jom2 serbu stadium shah alam weekend ni. Mummy ade banyak free gift nak bagi. Smua mummy gan daddy jual murah2 je. Booth no. 192. Sales kasi sampai licin dan rugi kalau tak datang. Lagi rugi kalau tak beli.

    Yang #caliceraya collection. Kalau pakai pagi raya, confirm sanak saudara jeles sampai raya tahun depan. ????????????????

    Instagram: @thecalice

    0

    0
  3. ahmad maslan nak bgtau says:

    mai mai mai..nasi goreng tanpa gst pun ada

    0

    0
  4. Mama Nadia says:

    nak join tapi dengan kanak-kanak riang tak sanggup huhu

    0

    0
  5. damai says:

    semua benda naik harga, ada ker org masih nak membazir bershopping, sdg berfikir mcm mana nak balik kampung raya, minyak naik harga dan barang2 naik harga, gaji setaka RM2 ribu mcm mana nak survive

    0

    0
  6. szi inn says:

    Boleh contct 0172791723..gadis ini mahu cari jodoh dlm mse terdekat

    0

    0
  7. nadiah says:

    Waaa, sure ramai org..Mak ayah yg bwk anak2 pastikan keselamatan mereka k. Dlm ramai2, mungkin ada yg mengambil kesempatan..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Good job malay entrepreneur.

    0

    0
  9. Nab jual tapawe says:

    Smlm saja jln2 kt masjid india kul 1 pagi. Happening x ingat. Tp xde apa yg boleh beli pun. Panas. Bersesak. Cuci mata je le tgk peniaga lelaki pakai baju kurung n tudung. Air tin yg rendam ais tu boleh cecah rm3. Mengarut betul. Igt ni genting ke pe.

    0

    0