Written by Bella | March 18th, 2016

Buat sesetengah artis, mereka tentu sekali mengidamkan anugerah ternama bagi mengukuhkan lagi diri mereka dalam dunia hiburan. Malah, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengundi diri sendiri selain meminta undian daripada peminat.

Namun, buat Datuk Siti Nurhaliza itu bukan keutamaan buat dirinya. Apa yang penting ialah peminat beliau yang sentiasa menyokongnya.

Datuk Siti Nurhaliza juga sering menasihati peminat beliau untuk tidak mempertikaikan sebarang keputusan udian jika beliau tidak memenangi apa-apa anugerah dan tewas dengan selebriti lain.

Kami ada prinsip dan falsafah sendiri dan mereka faham tentang itu, saya selalu ingatkan mereka kalau menang adalah rezeki dan kalau kalah pula, tidak boleh pertikaikannya.

Lagi pula kemenangan dalam mana-mana anugerah bukan keutamaan saya kerana yang penting ialah peminat selalu menyokong kerjaya saya.

Saya tidak pernah memaksa mereka untuk mengundi atau susun strategi agar saya menang dalam mana-mana kategori. Semua urusan itu saya serahkan kepada peminat kerana kalau menang pun untuk mereka dan kalah pun tidak mengapa.

Setiap jatuh bangun artis itu bergantung kepada peminat, oleh itu artis harus menghargai peminat mereka dan jangan pernah sesekali sombong.

Sumber Berita : mStar Online

16 responses to Anugerah Bukan Keutamaan, Yang Penting Sokongan Peminat – Datuk Siti Nurhaliza

  1. Kiah says:

    betul tu tok. yg beli anugerah tu nampak sagt bakat kureng. kalau bakat besar, undi akan cari anda bukan anda cari undi.

    0

    0
  2. salmah says:

    betul ke anugerah bkn keutamaan

    0

    0
  3. Anonymous says:

    PENIPU…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    tipu….

    0

    0
  5. dadidu says:

    penipu..belagak..sombong!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    fahammm..bila nama & pangkat dah ada depan mata apa sangatla trofi tu..dapat anugerah ke xdapat anugerah ke kekayaan ct tak luak sekupang pun..

    0

    0
  7. adiq says:

    sedihnyer ada yg sanggup berhabisan duit utk menang undi…kesian kat artis yg mcm ni,kurang peminat terpaksa undi diri sndiri, lain la macam tok ti peminat mmg ramai dari dulu hingga sekarang kerana sikap rendah diri beliau..

    0

    0
  8. or says:

    Hah!??. Dulu dia pernah buat statement award penting sebagai penanda aras kejayaan. Skrg tak penting plak?? Mungkin sbb award pilihan penonton takde kualiti dia tak kisah ATAU bila populariti dah merundum cakaplah tak penting.

    0

    0
    • hihihihihiii says:

      mungkin sebab dh selalu menang award kan…so dia dh ada penanda aras kejayaan dia.. bior la dia.. ko gelabah kenapa OR ?

      0

      0
      • Anonymous says:

        kann..dapat award ke xdapat award ke dia tetap pegang title dato..lagi sekarang dah ada bisnes sendiri..usaha lebih sikit dapat dato seri and so on

        0

        0
  9. Beautifularang says:

    Die buat kenyataan untuk AIM sahaja sebab untuk bagi anugerah tu kat komposer and penulis lirik. Pangkat yang die kecapi atas usaha die membawa budaya ‘lagu tradisional’ di luar Malaysia dan terus menjadi siulan rakyat Singapore, Indonesia, Brunei, China, Thailand, Jepun . Takda artis Malaysia setakat ni mampu pecah record die. Yuna ke Us dengan lagu english, Shila ke China dengan lagu China. Anugerah yang die dapat memang layak.

    0

    0
  10. Aku says:

    Pada CT, anugerah bukan keutamaan sebab dia selalu sangat dah dapat. Tapi bagi setengah artis yang walaupun berbakat tapi jarang dpt anugerah, ianya sesuatu yang begitu penting, contohnya Faizal Hussein.

    0

    0
  11. Anon says:

    Tok oiii dah byk pun ko dapat anugerah taik laaagi mau merepek

    0

    0
  12. emily says:

    amende la korang yg kutuk kak ct ni …die baik doh..aku tahu le aku kerja dgn company die..die tak sombong langsung k..if peminat die sakit die datang jenguk…bagi sumbangan…dan lain2…artis lain ade ke melawat peminat sakit?? maybe ade..tapi sangat SIKIT. tu baru nama sombong.berlagak..tak ingat peminat.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Dah tewas dgn Ayda Jebat…sentap ler tu!

    0

    0