Angelina Jolie Failkan Penceraian Terhadap Brad Pitt

Hiburan

Angelina Jolie Failkan Penceraian Terhadap Brad Pitt

Dunia hiburan antarabangsa hari ini dikejutkan dengan berita Angelina Jolie yang telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Brad Pitt. Pasangan Hollywood yang dikenali dengan nama timangan “Brangelina” telah pun berkahwin sejak tahun 2014 (namun telah bersama lebih kurang 11 tahun) dan memiliki 6 orang anak termasuk 3 orang anak angkat.
angelina jolie cerai brad pitt
Pemfailan penceraian ini dilakukan oleh Angelina Jolie kerana tidak berpuas hati dengan cara layanan Brad Pitt terhadap anak-anak mereka. Menurut sumber, Angelina takut dengan sikap panas baran Brad yang mungkin mendatangkan masalah kepada anak-anaknya. Angelina Jolie turut memohon hak penjagaan keenam-enam anaknya di dalam pemfailan ini.angelina jolie cerai brad pitt

Sebelum ini Angelina Jolie dan Brad Pitt dilihat sebagai satu pasangan suami isteri yang tersangat ideal dan sering menjadi idola kepada pengikut mereka di luar sana terutamanya ketika Angelina disahkan mengidap penyakit kanser. Nampaknya jodoh mereka tidak panjang. Diharap Angelina dan Brad dapat mencari jalan penyelesaian segera dan tidak memberi tekanan kepada anak-anak mereka akibat penceraian ini.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...