Angah Raja Lawak Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 19 Februari Tahun Hadapan

Hiburan

Angah Raja Lawak Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada  19 Februari Tahun Hadapan

Pelawak yang cukup terkenal dan mempunyai karismanya tersendiri, Angah Raja Lawak mengumumkan bakal menamatkan zaman duda bersama tunangnya Ameera Asyura ataupun lebih mesra disapa Wawa pada 19 Februari tahun hadapan manakala majlis resepsi mereka pula pada 20 Februari bertempat di Melaka.

Advertisement

Mendapat beberapa tajaan perkahwinan, Angah bagaimanapun memberitahu majlis perkahwinannya itu akan berlangsung secara sederhana sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Angah sudah sembilan tahun menjadi duda. Hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, beliau dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Persiapan sederhana sahaja kerana majlis hanya akan diadakan di sebelah pihak sahaja iaitu di Melaka. Sudah pasti media dan peminat akan diundang dan saya akan mula mengedarkan kad bermula Januari setelah ia sudah selesai dicetak.

Perasaan gementar untuk bernikah itu tidak ada sangat tetapi memikirkan keadaan kehidupan setelah sembilan tahun menjadi duda. Sebelum ini tidak ada sesiapa, jadi apabila tinggal berdua sudah pasti membawa kelainan dalam hidup saya.

Memandangkan bakal isterinya merupakan seorang pelajar, Angah tidak menjadikan perkara itu sebagai satu masalah walaupun sebelum ini ramai yang terkejut apabila beliau  memilih gadis yang lebih muda sebagai isteri. Buat Angah, ia sudah jodoh beliau yang ditentukan oleh Tuhan.

Tahniah kami ucapkan kepada Angah dan bakal isteri, faktor umur yang berbeza bukan pengukur untuk anda berdua mencintai antara satu sama lain. Semoga kekal sehingga ke akhirnya.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...