Written by AbangNara | December 7th, 2009

pian cecupak

Aduh sedihnya diri ini kalau jadi Pian Cecupak. Anak sendiri malu ngan muka ayah dia. Mana taknya. Muka elok-elok dah hensem menggatal nak bedah sana bedah sini. Ada ke semata-mata nak dapatkan muka macam Dafi sanggup letak kolagen dalam muka. Adoi, memang tak bleh blah alasan.

Nasib baik sekarang nie nie dah insaf balik lepas anak dia mengaku yang dia malu kalau orang tau dia anak Pian Cecupak sebab wajah ayah dia macam tue. Skang nie Pian tengah berusaha nak buang kolagen dalam muka dia. Baguslah dah insaf. Yang bagusnya dia sedar yang kecantikan nie takkan kekal. Dah tua nanti kerepot jugak.

Kalau nak baca interview penuh, sila baca artikel ini lagi.

Kata-kata yang keluar daripada mulut Pian Cecupak hanya satu. Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan ubah suai wajah. Kononnya nak dapat wajah mirip penyanyi Dafi. Lepas tu ada hati pula nak tampil macam hero hindustan, Rajesh Khana.

Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal.

Malah kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13.

Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,? kata Pian memulakan cerita.

Selain teguran itu, anaknya turut berkata dia sudah memberikan apa yang Pian mahukan selama ini iaitu pencapaian terbaik di dalam pelajaran. Dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, anaknya mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Atas kejayaan yang dibuktikan, Nuraina mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu. Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dek kerana perkara itu, Pian telah melakukan pembedahan secara berperingkat bagi membuang cecair kolagen di wajahnya selain merasakan dirinya telah melakukan dosa.

Apa sudah jadi? Tiba-tiba nak buat pembedahan membuang kolagen di muka?

Saya ada hajat nak pergi umrah. Insya-Allah kalau ada rezeki pada tahun hadapan. Suatu hari tu saya ada jumpa ustaz dan dia kata buanglah mana yang boleh. Jadi saya ambil keputusan nak buat suntikan buang semula kolagen yang ada.

Setakat ini dah buat atau belum?

Dah. Saya dah buat suntikan beberapa kali secara berperingkat. Setakat ini tak ada masalah sebab selama ini saya hanya masukkan cecair kolagen sahaja untuk membentuk wajah yang saya mahukan.

Apabila buang kolagen tu, muka jadi macam mana?

Mungkin akan jadi wajah Pian Cecupak yang asal dulu? Yang pasti bahagian pipi saya akan nampak cengkung. Tak la tembam macam sekarang. Ni pun dah susut sikit dah.

Sakitkah berbanding proses awal memasukkan kolagen dulu?

Sakit memang sakit. Sakit dia sampai ke tulang hidung. Air mata berjurai-jurai macam air hujan. Tapi saya dah nekad nak wajah kembali ke asal, saya buat juga. Saya tak kisahlah walaupun kosnya lebih tinggi berbanding kali pertama saya ubah suai muka saya dulu.

Selain sebab nak pergi umrah, apa yang membuatkan Pian rasa kesal?

Saya ada anak dua orang. Yang sulung tu umur 13 tahun dan yang kedua 11 tahun. Dua-dua perempuan. Suatu hari tu anak sulung saya Nuraina datang kepada saya. Dia kata; ?bah… apa yang abah nak semua Aina dah bagi. Sekarang Aina nak abah bagi pula untuk Aina.? Dia kata dia tak nak bila dia belajar nanti, orang ejek dia kerana ayah dia macam ni. Dalam UPSR sebelum ni dia dapat 4A. Dia belajar di sekolah Cina. Kita pun tahu, orang Cina mana kenal saya. Jadi dia tak kisah. Lepas ni dia nak belajar di sekolah sukan atau nak masuk universiti yang ramai pelajar Melayu, tentu dia malu. Saya faham perasaan dia. Sebab tu saya nak buang apa yang ada dalam muka saya ni.

Kenapa baru fikir hari ni?

Nak muka macam Dafi lah, hidung macam hero hindustanlah tapi tak menjadi juga!

Dulu hati asyik nak seronok. Tapi bila dah masuk umur 40 tahun barulah saya rasa menyesal. Tiba-tiba saya rasa, kita ni akan masuk ke alam tua. Nanti di hari tua tak ada anak-anak nak jaga, lagi susah. Saya tak nak bila dah tua saya mati di rumah kebajikan. Saya dah berpisah dengan isteri sejak 10 tahun lalu. Kerana sayangkan anak, saya ikut kehendak mereka. Lagipun ini semua benda baik.

Apa pengajaran yang Pian dapat selepas menyesali perbuatan ni?

Saya terfikir juga kecantikan ni tak ke mana pun. Lama-lama akan hilang terutama bila kita tua. Sebab tu tiba-tiba rasa nak buang balik benda yang dimasukkan ke dalam muka ni. Saya sedar, selama ni saya berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan.

Pian tahu tak selama ni orang kata Pian nak jadi pondan sebab buat muka macam ni?

Saya tahu macam-macam orang kata tapi saya tak kisah. Paling tidak saya ada juga dua orang anak. Dalam hidup saya nak bahagiakan anak. Apa orang nak kata, lantaklah asalkan saya masih hormat dekat orang. Cuma saya minta jangan pandang hina lelaki lembut ya. Lelaki yang keras tu, tak semestinya dia keras.

Apa yang saya tahu pernah ada ustaz yang nasihatkan Pian. Betul?

Ya… ada ustaz penah tegur saya kenapa ubah bentuk muka ni? Tapi masa tu kita ni jahil. Saya marah balik ustaz tu. Saya kata; ?ngkau dunia engkau, aku dunia aku.? Tapi hari ini saya pula yang cari ustaz nak minta nasihat.

Tak teringin nak kahwin? Bina hidup baru!

Memang teringin selepas 10 tahun jadi duda ni. Tapi ada ke perempuan yang nak lelaki lembut macam saya?

Apa nasihat Pian kepada mereka yang nak ubah suai muka dia orang?

Tepuk dada tanya selera. Rasanya kalau muka tu dah elok, cantik, tak payah nak ubah-ubah lagi. Bukan apa, kalau kita pergi mana pun orang akan cakap, muka orang ni dah cucuk. Orang tahu itu bukan wajah yang asli. Bersyukurlah dengan wajah asal kita.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

342 responses to Anak Sendiri Malu Dengan Muka Pian Cecupak

    • hantupensil says:

      silikon kot..
      hehhehe

    • HOT ZOOM says:

      x popular mana pun pian ni………apahal la wat cam tu…………melayu mudah lupa

      • rosh says:

        ayat nie plg myentuh hati>>>Dia kata; ?bah… apa yang abah nak semua Aina dah bagi. Sekarang Aina nak abah bagi pula untuk Aina.? Dia kata dia tak nak bila dia belajar nanti, orang ejek dia kerana ayah dia macam ni. Dalam UPSR sebelum ni dia dapat 4A. Dia belajar di sekolah Cina. Kita pun tahu, orang Cina mana kenal saya. Jadi dia tak kisah. Lepas ni dia nak belajar di sekolah sukan atau nak masuk universiti yang ramai pelajar Melayu, tentu dia malu.

        apapun syukur lah kalu timbul keinsafan..sbb ciptaan Tuhan dh mmmg cantik dan elok….

  1. junnosuke says:

    ala igatkn first…
    wei sepet smpi ati x ajk aq umh bru…

  2. hantupen says:

    test2..

  3. junnosuke says:

    pian tu bkan gay ker..
    nk jdi mk nyah…

  4. junnosuke says:

    mnusia x reti bsyukur…

  5. junnosuke says:

    spa smlam tgok halaqah kt tv9 tu?

  6. aries_april says:

    oh…ada ank rpnya..
    aries ingt ank trna g…
    ish…dh kawen nk bt cam gini napa?
    lain la pompuan…

  7. aries_april says:

    pet..mn p yg lain2x ni?
    ko ngan L dok brsanding ker?

  8. violet says:

    wawa…test…
    mery krismas…

  9. DelimaSaraa says:

    aduhai..kesian betulo mangsa korban dekat KB MAll..innalilahiwainnailahirojium…

  10. aries_april says:

    korang mkn pa td?
    korang smua diet ?

  11. violet says:

    sal muka dye cm haram eg..
    eii..meluat cek tgk…

  12. anNeDeSiLva says:

    Alhamdulillah..
    skurang2nya dia berubah…
    tak kesahla ape org nk kata..
    moga2 berjaya hendaknya..

  13. fifie says:

    alhamdulillah..nasib baik die cpt sedar
    ingtlah yg baik tu smemangnye dr Dia juge n yg buruk tu dtgnye dr kite sndiri..

  14. aries_april says:

    nawaitu ssorng tu kna btul..
    ni klau bengkok cam rnting kayu…
    xda gna nya brbah…
    1 ja..
    biar apa yg klaur dr mlut tu bnr2x kta smprnakan…

  15. junnosuke says:

    pet ko kte gne dputih kn..
    asl aq tgok ko cm arang jer lgi..
    hehe..

  16. aries_april says:

    love u all…
    korang sni syg aries x?

  17. violet says:

    emm…

  18. anNeDeSiLva says:

    ishh ebtol ke linda tak kasik?
    abeh que nk jadik ape??
    despatch boy??gantikan nabil??hahaha
    atau Tea Boy???
    ishhh..
    ke nk apply kerajaan??hahahhaha
    apa2 jekla ko ni linda……
    mentang2 dia tua…
    dia leh kawal pemikiran que..
    hingusan toll..huhuuh

  19. aries_april says:

    napa nk tnya aries ko ptih ker x?
    lain la ko dok brkepit kat ketiak aries sllu…
    leh gak thu ko pth ker x…

  20. anNeDeSiLva says:

    hidup umpama roda…

  21. fifie says:

    haha xpyhla d’putih2 bagai sume tu..same jek dgn kes pian,mgubah kjadian tuhan jugak kan..
    pkai jela produk yg selamat n yg pnting kulit sehat tnpe mgubah kjadian-Nye.. :)

  22. aries_april says:

    idup ni smntra ja….

  23. hantupensil says:

    teka-teki>>>>>

    kenapa anak babi bila jalan tunduk kepala….??

  24. anNeDeSiLva says:

    pasal malu org tengok HIDUNG dia..hahahhaahhaha

  25. hantu pensil says:

    jawapan dia ialah…

  26. anNeDeSiLva says:

    eleh pet…
    yahudi konon…
    mcmla ko langsung tak pakai barang yahudi..
    PET…syampoo ko jenama ape?
    ko isi minyak kat petrol pam mana????

  27. violet says:

    enm…..
    len topic

  28. junnosuke says:

    wei korg..
    korg ad x game best2…

  29. junnosuke says:

    topik arini : korg penah tdur brjlan x???

  30. violet says:

    weiya..
    law dr dpn
    nnt idung msuk air
    huhu

  31. violet says:

    topic ari nih…

    bos korang sporting x???

  32. EclipsE says:

    hai all…
    fuh..pnt ari ney…
    br pas abis meeting…
    korg sume free kan….

  33. EclipsE says:

    gurls yg xkawen…
    korg agree x kite sbg ppuan mntk hantaran tgi??
    klu akula…jwpn nya yea….stkt 7-8 ribu aku xnak…
    sbb skrg aku tgk org kawen hantaran ranking tue jer…

  34. aries_april says:

    MNYNTAI @ D CNTAI?

  35. junnosuke says:

    korg sper aljan?

  36. sakura says:

    kembalilah ke pangkal jalan…

  37. Zaza Muhammad says:

    alhamdulillah, semoga dia dpt kembali wajah asal yg natural. bagus aaa ank dia, pandai psyco bapak dia, siap cemerlang lam pelajaran lai. bkn cam sesetengah remaja skarang, x puas hati ngan parents je memberontak, buat mende2 x senonoh dan x bermoral, rempitlah, bohsialah, dadah lah etc… pastu bile kena tangkap atau penyakit, cbuk dok salahkan org tua padahal yg silapnye diri sendri sbb xguna akal wisely….

  38. sukieee says:

    apela nak jdi ye..
    bek2 hensem trus hansemm…

  39. vemboy says:

    setiap makhluk yang Allah jadikan tu ada kelebihannya. bersyukurla dengan apa yang ada…jangan terlalu difikirkan apa yang tiada

  40. bagusla kalau mahu berubah. Mungkin asbab tu datang dari anaknya. Kalau betul, bagus. Alhamdulillah..

  41. nenek kebaya says:

    eeeuuuww…..memalukan btl. bleh lak nk muka cm dafi. klakar gile.

  42. radio_static says:

    bdoh btol………
    lau min ensem bleh thn r……
    ni mkin bruk……..

  43. Wendy says:

    ni la manusia skang…

  44. […] Kalau nak baca lebih lanjut, ikutinya di link ini. Klik di sini. […]

  45. bagus lah kalo dah insaf

  46. Hi Web site owner. I really just like your article and also your site all in all! That article is extremely plainly written and effortlessly understandable. Your current WordPress style is wonderful as well! Would be awesome to discover where I can get this. If possible hold up the good job. We all need a lot more such web masters just like you on the internet and much fewer spammers. Great friend!

  47. Thank you for another fantastic blog. Where else could I get this kind of info written in such an incite full way? I have been looking for such information.

  48. Wow, this was a really quality post. In theory I’d like to write like this too – taking time and real effort to make a good article… but what can I say… I procrastinate a lot and never seem to get something done.

  49. Well, this was kind of boring but whatever.