Amy Search Luah Perasaan Terhadap Nabila Huda Menerusi Instagram

Hiburan

Amy Search Luah Perasaan Terhadap Nabila Huda Menerusi Instagram

Sedihnya membaca kata-kata yang diluahkan oleh Amy Search kepada anaknya, Nabila Huda. Kalau anak Abang Nara dah besar nanti tak balik beraya memang confirm sedih dibuatnya. Agaknya itulah apa yang sedang dirasai oleh Amy Search sehingga terpaksa meluahkan perasaan menerusi akaun Instagramnya.
amy searchBerikut ialah kata-kata luahan perasaan Amy Search untuk tatapan anda:-

Ada yg menanti kepulangan atau panggilan seorng yg di kasihi dari pagi Syawal hingga berakhir nya Syawal. Walau pun sepi namun doa tetap di himpun hingga mati dn kemaafan tetap di beri…. KASIH IBU BAWA KE SYURGA,,, ”KASIH AYAH BERGALANG NYAWA,,, KASIHI LAH AYAH IBU KAMU SEPERTI MANA MEREKA SANGAT MENYAYANGI KAMU”

Malah Amy juga dilihat turut sama membalas komen daripada peminat-peminatnya. Antara kata-kata lain yang dikeluarkan oleh Amy ialah:-

Bkn wang yg di ntikn tpi permata hati yg ingin di peluk, cium dn memaafi dosa walau sebesar dunia

Sebab itu lah Allah jdi Syawal itu utk memaafi dn menikmati @melisahusna @mama_illa dn menuju pelayaran yg lebih baik utk hari esok kerna kite hidup utk hari esok bkn smlm. Sedangkn hari ini lebih baik dari smlm. Kejayaan hari ini kerna doa ayah dn ibu. Berbesar hati lah menempuh dugaan tnda kesyukuran. Ape perlu nya kite berkecil hati sedangkn ibuayah yg teratas di hati. Di kala mereka pergi baru kite mengerti.

Kamu menolak lawaan ibu mu utk mnjaga mu tpi dgn bangga kamu kata pda mereka kamu sendirian tiada siapa di sisi mu. Maka bertmbah parah luka nya

Advertisement

amy search

Semoga hubungan Amy Search dan Nabila Huda akan pulih seperti biasa secepat mungkin. Janganlah bermasam muka. Hidup ini bukan lama. Entah bila kita akan dipanggil olehNya. Hubungan anak dan ayah, pulihkanlah segera. Sama-sama lah kita doakan mereka berdua.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...