Written by Bella | December 8th, 2016

Penyanyi terkenal, Amy Search meluahkan rasa bengang dan kecewa terhadap tindakan anak anak perempuan kepada pemain dram kumpulan Search, Yazit iaitu Sheeqa Yazit  yang telah menggelarkan Amy sebagai anjing menerusi ruangan komen di akaun Facebook Amy. Menurut Amy, apa yang ditulis oleh Sheeqa agak kurang ajar.

Semuanya bermula apabila Amy telah memuat naik satu status mengenai persembahan “tribute” Search ketika pameran MAHA 2016 berlangsung. Amy berpendapat seseorang penyanyi itu harus mempunyai gaya nyayian tersendiri dan tidak perlu meniru cara penyanyi asal bagi sesebuah lagu.

Ketika itu Sheeqa turut memberikan komen pada status berkenaan dengan menulis “siapa yang menyalak mcm anjing ini?”. Amy tidak menyangka teguran beliau terhadap persembahan “tribute” itu akan mengundang komen biadap seperti itu.

Saya langsung tidak mengutuk dia dan terkejut apabila dia tergamak meninggalkan komen sedemikian. Siapa dia nak memanggil saya anjing? Sebagai orang muda, dia sepatutnya menunjukkan rasa hormat bukannya mencerca orang lain.

Dia sangat kurang ajar. Sebenarnya ini bukan kali pertama dia menghina saya. Sebelum ini dia pernah menyindir ibadah yang saya lakukan. Bagi saya, rasa hormat adalah perkara paling asas yang perlu ada dalam setiap individu.

Pada kami walau apa pun kemelut yang dihadapi oleh Amy dan Yazit, Sheeqa tidak sepatutnya meninggalkan komen berbaur sindiran seperti itu. Sebagai yang muda kita harus menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

Sumber Berita : Harian Metro

26 responses to Amy Search Bengang Digelar Anjing Oleh Anak Yazit

  1. lol says:

    Saya ada masa konsert tribute Search @ MAHA last Sunday. Yazit main drum utk band lain. Vocalist nya nyanyi mmg sebijik tiru Amy. Tp mmg tak best mcm Amy nyanyi. Crowd pun tak sampai 50 org. Lepastu singgah perkampungan Mak Cun tiba2 dengar Amy nyanyi lagu Rozana. Rupanya Search buat mini konsert dekat belakang tu. Penuh 1 hall(walaupun tak diwar2kan). Best sangatt, Amy sporting gila layan fans.

    40

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aku tak minat sangat Amy…
      Tp apa yang anak Yazit buat tu agak keterlaluan untuk seorang pmpn.

      Tp bila pk2 balik…
      Bapaknya mulut bleh tahan….
      No wonder la anaknya mcm tu…

      Honestly dulu mmg aku kesian ngan Yazit..
      tp semenjak tau mulut dia mcm murai batu cabut ekor..
      Mengungkit kalah pmpn meroyan..
      Aku dah tgk semacam je mamat ni…

      29

      0
  2. peace yo says:

    I know kumpulan search dari mrk baru naik sampai skg. Dalam semua ahli kumpulan, amy yg paling low profile, dan x menggatal. he layan peminat mmg sbg peminat wpun ada juga prmp2 yg meggatal dia akan tolak tangan prmp itu secara hormat tapi yg lain x nak ckplah, lebih2 lagi yg sdg sakit dulu, 2 gal in 1 room. itu dulu lah maybe skg semua dah x buat perkara mcm dulu2 yea. Some of artis2 malaysia nie kalau dia berada diluar Malaysia, lagi2 kenegara jiran, dia akan lupa yg dia seorg melayu islam, ada semua dia balun, if tanya jwpan mrk “kat sana mana blh ini semua, nak mampus, kena tangkap dan dakwa. Sini semua x jadi larangan. Faham ehk faham ehk

    19

    2
    • fit says:

      cerita ayt last tu kne bca 2 kali bru phm… emmmm

      ada semua dia balun, if tanya jwpan mrk “kat sana mana blh ini semua, nak mampus, kena tangkap dan dakwa. Sini semua x jadi larangan. Faham ehk faham ehk

      4

      0
    • Anonymous says:

      banyak lah kau tak mengatal,kau tau,berapa banyak bini amy pernah ada? dulu kat bukit bintang,sg wang dan banyak tempat lagi,aku pernah jumpa dia ngan perempuan lain lain,bayikk punya.

      8

      0
    • WTF says:

      what???amy xmenggatal???MMG LU SEMBANG KENCANG LA BEB

      4

      0
    • Anonymous says:

      Amy tak gatal??? Berapa kali dia dah tukar bini?

      3

      0
      • khalid says:

        tukar bini maksud tiada jodoh..allah dh tentu kan perjalanan hidup ini,
        tukar bini x bermaksud jenis menggatal

        3

        0
    • sha says:

      sy setuju sbb sy penah kenal amy masa 15 tahun lepas..attitude dia mmg bagus..skrg jmpa balik..jadi jiran kat denai alam

      1

      0
  3. Anonymous says:

    walau apa pun berlaku , x seharus Nye keluar statement tu , cuba org cakap kat kita tentu sesapa pun terasa… pelik masih ada yang sokong … mmm bukan salah ibu mengandung.

    11

    0
  4. mak jemah says:

    bahasa …. perempuan….. last-last orang akan tengok / kata : “siapa mak ayah dia” sedih… tak tahu jaga air muka mak ayah ke? belajat hormat please..

    16

    0
  5. melati says:

    Sokong Amy …yg patut digelar ANJING Fathia Latiff, tu yg betul nya….hmmmm..

    1

    8
  6. Anonymous says:

    Saman je Uncle Amy..

    2

    0
  7. Mumia says:

    Bahasa dan bangsa berkait rapat. Pendapat aku tidak perlu berbahasa kasar atau mencarut utk menyampaikan rasa.

    4

    0
  8. . says:

    Amy tu dah mcm bapak kau,hormatla sikit.Kalau tak suka tak perlu nak ajak orang satu Malaysia tak suka juga.Tak semua orang tahu apa masalah korang.Setakat baca gossip sesiapa boleh kata apa yg nak dikata.Hormat.kalau tak tau,belajar.Opss.tak de orang nak ajar.bapak pun sakit.

    12

    0
  9. anakabah says:

    aduhaii..boys n girls out there, jgn lah buat perangai mcm ni dgn org, tambah pulak dgn org lebih tua..kalau pun Amy tu ada issue dgn bapa kamu tak perlu nak berbahasa kesat sebegitu..memalukan diri kamu sendiri..dah la kamu perempuan, berbahasa kesat pul..memalukan diri, keluarga, esp mak bapak kamu yg penat ajar anak2 berbudi bahasa hormat menghormati etc, tapi ini yg keluar dr mulut kamu..

    7

    0
  10. JusticeLeague says:

    pembacaan aku, anak yazid tu tanya ” sapa yg menyalak mcm anjing?” bukan kate amy search anjing. penat aku baca 10 kali.

    5

    1
  11. Saper2 je la says:

    Aku pn naik konpiuss…bukan ke amy yg tulis pasal anjing tu? Then anak yazit tu tnya la balikkan? Yg amy tetiba tulis ayat siapa anjing tu nape ye? Eh busy body sgt lak aku ye hahaha

    3

    1
  12. Salam Jumaat says:

    status pertama amy dia cakap psl tribute konsert. then anak yazit tu komen pasal salak anjing tu. amy pun print screen komen ank yazit dan up status ke 2 tu.

    2

    0
  13. Yekeni says:

    Siapa yg mengembek mcm kambing ni?

    Siapa yg mengemoo mcm lembu ni? (Bunyi lembu in malay tak tau)

    Siapa yg berkicau mcm burung ni?

    Siapa yg mengequack mcm itik ni? (Bunyi itik in malay pun tak tau)

    2

    0
    • hahha aku amy says:

      hahahha… bagus ada perumpamaan moden untuk digunakan.. lagi lembut bunyinya dari yang jadi sebutan orang ramai tu…

      0

      0