Written by AbangNara | April 12th, 2011

amengspring

Kerana dadah badan binasa. Kerana dadah hancur keluarga. Kerana dadah tubuh merana. Aceh, macam buat cerpen pulak. Tetapi itulah nasib Ameng Spring yang dikenakan hukuman penjara 8 tahun dan 10 kali sebatan selepas mengaku bersalah atas 3 dakwaan terhadap dirinya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Sumber berita Mstar.

P.S: Untuk lelaki Forever Alone ~~

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

61 responses to Ameng Spring Dipenjara 8 Tahun & Dihukum Sebatan 10 Kali

  1. cik qiqi says:

    syg3….suare sdp tp hampeh ble dpt tau mik drug..hadoyaiiiiiiii

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. havockerz says:

    sibodo

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. suri says:

    xkesian kat anak bini ker?? da tua, insaf la.. hadoiii

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. diana says:

    serve him right! hrp lps nie dier insaf la… xde faedah main dgn dadah nie… merosakkan diri sndiri…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. anie88 says:

    minat sgt kt ameng….tp….xsangke jd mcm ni…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. pu3Bayu says:

    aku amat meminati suara ameng..tp syg ameng memusnahkan kariernya kerana dadah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. ziha amir says:

    kesian la ameng kena sebat n penjara.., tapi korang x pikir ke, besepah lagi pengedar dadah kat luar tuh?? and sorang artis yang siap pegi proses dadah tuh?? dilepaskan mcm tu aje… tapi ni kan dunia ja, akhirat nnti, Allah Maha Adil ;)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • pizza says:

      Ziha, ye ker si B**jy tu lepas? Maknanya digugurkan pertuduhan ker?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • DIA says:

        So…….maknanya dorang yg suara sedap ne menggunakan DADAHla untuk memberi tenaga & suara power.

        Maknanya X orginalla……

        Adakah kita semua tertipu dengan kehebatan suara dorang?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • ? says:

          ingt dadah nie botox ke leh sedapkn cantikkan suara or muke org..ape daa…si benjy tue kna masuk pusat serenti je 2 tahun..mmg politik la mak dia tue..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • zaia says:

          hahaha..tetibe botox..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • aku tau malu says:

        hat aku tau lah, ambik dadah ni tuk stamina saja bukan sebab bg sedap suara ke apa. tapi apa guna dok ambik drugs ni kan pelik aku lah.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. sukasuka says:

    kebanyakkan penyanyi2 ni suara sedap, tp semuanya ada kaitan dgn dadah, tapi aku tak tau la nama2 ni btul ke ambik dadah,aku just senaraikan yg PERNAH dikaitkan dgn dadah.saleem,jamal abdillah,lan(typewriter),hattan,dan ameng spring ni. sorry kalau tersilap.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • pizza says:

      Jamal ngan Saleem tu mmg confirm pasal byk kali kuar masuk pusat serenti.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • abah korang says:

        astaufirullah halazim kenapa org sini suma JAHIL/JAHAT BURUK/TERUK /BODOH tdk mampu menimbang dr perspektif yg positif tentang hal2 yg berlaku dlm masarakat.SETIAP MANUSIA PASTI ada kelemahannya tdk kira penyanyi,raja,sultan,perdana menteri,askar ke polis ke nelayan ke suri rumah ke KORANG NI HINA KUTUK ORANG sedap kpala otak korang ni KORANG NI SUMA MALAIKAT KE? mak dan bapak ko ttk mampu ko pg sekolah ke? atau sekolah tpt korang ni memang tk ajo mcm mne CRE NAK HIDUP DLM SEBUAH MASARAKAT.korang ni ingat pk korang bleh hidup tegak bdiri sendiri tanpa UJUDNYA SEBAHAGIAN yg lain ke,apa bangsa korang apa ugama korang kat mana korang ni lahir kat bulan ke kat bintang BESO BUSUKNYA HT KORANG ku ni kat jepun ble terhidu bau ht korang lah tuihh busuk gle siullllll

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. unknown species says:

    ameng2 apela…insaf2 la

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. cibiusagi78 says:

    mudah2an ini akan jadi pengajaran dlm hidup dia. berubahlah……….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. GucciPrada says:

    Semoga Ameng Insaf bila didlm penjara nanti….InsyAllah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. gadis cumil says:

    punah masa depan..
    bukan ke ade ganja lebih 100g kan hukuman gantung ke?
    pandai je aku,huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. jojo says:

    org mcm ni tak payah nak kesian..memang PADAN MUKA.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. saya says:

    paper ckp 11 tahun..apa kes ni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. AC MIZAL says:

    kesian. moral of the story, dont do drugs.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. siakap mari says:

    Nasi sudah menjadi bubur..dan bubur tak boleh jd nasi…masa tidak dpt diundurkan..kesalahan ada balasannya…

    antara lirik lagu AXL ..andai dpt ku undur masa..

    Andai dapat
    Ku undurkan putaran dunia
    Inginku ubah semula kata
    Dan tingkahlaku yang salah
    Agar kita dapat seiring
    Di mercu asmara
    Tak ingin lagi
    Dan tak mahu lagi berpisah
    Bukan dengan kerelaan hati
    Penyesalan yang tiada kesudahan
    Ku tersepit dalam jerat sendiri

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. mawar says:

    semoga dia insaf….amin…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. lolyat gang says:

    nyanyi mendayu2
    tp perangai jahat gak

    penyanyi band metal yg sembah setan lebih baik dr ameng

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • aku tau malu says:

      penyanyi hat sembah setan tu lebih MULIA ke dari ameng hat dok ambik dadah ni? agak2 hang lah kan pujan setan tu mulia. hanya Allah saja yang maha berkuasa.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • ape hal? says:

        nie lg satu bangsa freemasom ckp ikut sedap mulot je..ade ke penyanyi band metal yg sembah setan lg mulia..kalo org isap dadah xde menyekutukan Allah..yg g sembah setan tue mmg api nerakalah tempatnye..tapi kt dunia isap dadah ke puja setan ke mmg salah tetap salah..agak2 la nk promot band metal ko pown..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Delaila Rose Maria says:

      TAK PAYAH DILAYAN LOLYAT GANG TU, MEREKA MEMANG MACAM INI. TAK HABIS-HABIS DENGAN FREEMASON YANG ENTAH APA-APA ITU. HISAP DADAH MEMANG SALAH TAPI DIA TAK MENYEKUTUKAN ALLAH. TAPI JIKA DAH SEMBAH SYAITAN, ITU MEMANG LAH BERDOSA. JANGAN MAIN TAIP SAJA APA YANG AWAK RASA, TANPA FIKIR SENSITIVITI ORANG LAIN YA.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • nOname says:

      agak2 la nk buat perumpamaan tu..lolyat gang sembah setan jgk ke?harap2 anda mendapat hidayah dari allah sebelum DIA menjemput anda..kesian kat lolyat gang..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. siakap mari says:

    itula dia penangan bahaya DADAH..bygkanlah dadah seberat 106 gram jer…begitu kecik beratnya..tp hukuman yg menanti jika sabit…sia-sia kena penjara 8 thn dn sebatan…belia benci DADAH..mudh mudhan Ameng menyesal dan insaf ..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. gulipecah says:

    semoga masih ada cahaya esok tuk ameng..insaflah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. Hamba Allah says:

    aku sebenarnya kesian sangat2 kat anak-anak dia terutama masa depan diorang….nak berdepan dgn masyarakat sekeliling..dan mmg terganggu emosi….hai kenapalah si ameng ni langsung xfikir panjang….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Erin says:

      Tu la. SSh jd some1 we call “public figure”..
      Seluruh ahli keluarga aKn kena tempias.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. aspire5580 says:

    apa agaknya perasaan ameng kalau dia tertengok pic jahitan benang kt baju dia..gmbr ibu bapa dan anak2 yg sedang bergembira..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. chantek says:

    sebatan… ngerinyerr.. tgok pn tk sanggup ni kan pulak sendri merasa.. adoyai…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. aku ken says:

    ramai lg yg ambik dadah tp tk dikantoi kan lg..lepas ni tgg jerk bederet artis pujaan korang masuk ke dalam.. anyway aku bersimpati pd ameng dan family dia mungkin kerana selama ni aku hidup dgn lagu2 dia,menangis dgn lagu2 dia , gembira dgn lagu2 dia dan bercinta dgn lagu2 dia..dlm muka dia yg nampak tenang siapa sangka dlm hati dia menangis..korang yg bercakap mungkin tdk pernah merasa.. jd tukarlah kutukan anda dgn mendoakan kebahagiaan mereka mereka dan mereka di dalam dunia dan akhirat . barakallah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    kene SEBAT !!!!!! makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk cakit bontottttttttttttttttttt

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  26. Amin! says:

    Sedih dgn takdir hidup Ameng. Simpati… Semoga Ameng dan keluarga kuat hadapi ujian Allah di dunia ini. Jangan putus2 berdoa agar Allah mengubah takdir hari ini untuk takdir yang indah esok hari. Semoga kita semua diberi kesudahan yang baik…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  27. ct says:

    kesian kat anak,isteri ameng…….sbb ko,anak isteri ko kena tanggung malu pd masyarakat sekeliling………….insaf la ameng……….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. secret says:

    DADAH MUSUH NEGARA, AGAMA, BANGSA. kalau kawan ngan dadah = BANGSAT!
    Surat Terakhir si mati Bunuh Diri. Ada orang tanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  29. dunia says:

    kau tengoklah dadahnya, bnyk tu, patutlah 8tahun, kalau tambah lagi sikit je dadah sure gantung sampai mati.
    8tahun tu sikit je sebenarnya mungkin dia mengaku bersalah atau dia artis jadi ringan sikit hukuman

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. zass says:

    adoi…. terbayang pameran dari penjara… kesan lepas kena sebatan… nampak isi, babe. Ngeri…Semoga Ameng dapat pengajaran diberi hidayah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  31. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    ok untok ameng minah jambu doa kn supaya ameng jangan buat lagi dengan benda2 haram ni ok….jngan buat susah diri sendiri ok …..lov u amengggggggggg

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  32. aruna says:

    sian ameng,seksyen 39A(2),selalunya dapat 3 tahun 4 sebat ja,hanya kerna di artis ja kena bagi kow2.sabar ja la ameng ,dunia selalunya memang tidak adil

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  33. izyab says:

    syukurlah. nasib tak kena gantung. pehh berderau darah aku dengar. moga2 ameng jd org yg baik lps ni dan boleh jd contoh utk kite yg belum buat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • MUHAMAD says:

      korang ni JAHIL/BODOH-kerana tiada pengetahuan dan tdk belajar-

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0