Terbakar jugak telinga kami dengar kenyataan dari Ameng Spring nie. Mana taknya, dengan selamba badaknya dia telah mengecop band-band indie di Malaysia (Hujan, Yuna, BunkFace) sebagai band-band yang tak ada kualiti. Produk sampah la kiranya kot.
[note]Saya memang kecewa dengan kemunculan terlalu banyak band indie yang saya rasakan belum cukup layak untuk buat album sebenarnya. Trend ini tak elok dan boleh membunuh industri kita. Kalau dulu, muzik sebegini tak ada peluang untuk buat album kerana muzik mereka terlalu ringkas [/note]
Mungkin Ameng Spring nie tak boleh nak terima peredaran masa kot. Come on lah Ameng. Takkanlah dah 15 tahun still nak lagu-lagu zaman bro dulu? Semua tangkap leleh, syahdu, jiwang karat kapak punya? Sekarang nie dah nak masuk 2010 dah. Bukan 1990 lagi.
Kami akui yang kami pun layan lagu-lagu Spring macam Bougenvilla, Sampai Hati dan macam-macam lagi la. Memang best dan sedap didengar. Tapi buat masa sekarang nie, kami rasa zaman lagu-lagu macam tue dah habis dah. Kalau betul band Indie punya produk tak ada kualiti, kenapa lagu diorang femes sekarang?
Sebenarnya kami rasakan Ameng Spring sengaja keluarkan kenyataan kontroversi macam nie sebab dia nak promote album baru dia. So saja bikin panas skit. At least bila dia menghentam band indie, orang sedar yang dia dah menyanyi balik. Kira teknik nak jual album la nie.
Apa-apa pun kami akan terus menyokong bukan sahaja band Indie, tapi apa-apa jenis band asalkan lagu-lagunya sedap didengar. Itulah yang sewajarnya.