Written by AbangNara | February 25th, 2015

Terharu diri ini dengan pengorbanan Amelina. Sudah sekian lama menyepi dari bidang nyanyian, kemunculan penyanyi dangdut ini di dalam industri hiburan tanah air ternyata disambut meriah. Ramai yang gembira lebih-lebih lagi mereka yang membesar dengan nyanyian dan gelekan dangdut Amelina. Namun, kehadiran semula Amelina bukanlah untuk merebut takhta ‘Ratu Dangdut’, sebaliknya hanya untuk menyara anak-anaknya.

amelina

Abang Nara yakin bukan satu keputusan yang mudah untuk Amelina kembali menyanyi semula. Iyerlah, industri sekarang jauh berbeza dengan dulu. Silap jalan, boleh jatuh tersungkur. Namun demi anak-anak, segala dugaan pasti sanggup Amelina harungi. Walaupun ada segelintir artis yang kurang senang dengan ‘comeback’nya, Amelina tidak mempedulikan kata-kata itu. Kata Amelina:-

Memang pada mulanya saya sedih sebab saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja. Saya bukannya kembali untuk rebut takhta ‘Ratu Dangdut’. Kalau dapat bonus kerana gelaran itu, saya sanggup buat apa saja untuk merebutnya.

amelina

Niat yang suci pastinya akan dipermudahkan. Tak sabar nak menunggu lagu terbaru Amelina. Diharap jangan lama sangat proses pembikinannya. Takut keterujaan peminat hilang. Lagi cepat lagi bagus. Promosi pun boleh jalan cepat. Tak gitu? Semoga berjaya diucapkan kepada Amelina. Sumber Berita Harian.

16 responses to Amelina Kembali Menyanyi Untuk Anak-Anak, Bukan Kerana Takhta ‘Ratu Dangdut’

  1. Gadis says:

    Bang Nara ni kalau kerja kat office sure cepat naik. Kipas tak agak agak.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    suka sikap rendah diri amelina ni.. duk usha IG dia semuanya bukan kerana gila glamor semata2 or gila publisiti.. love u amelina :*

    0

    0
  3. aku la aku says:

    tabik spring to amelina.

    0

    0
  4. Nara keLaut says:

    Nara oi, niat tak menghalalkan cara … suke suki ko ni nara doa semoga dipermudahkan bgi die menyanyi balik…
    Bnyak lagi keje kat dunia ni

    0

    0
  5. syayang says:

    Alamak oi..utk anak2 tambah doa die..Ya Allah..berikanlah mak aku pertunjukMu..dh tambah kerja anak ko la hai..apeda..!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    yang penting jaafar onn lagi popular dari ko, acaner tu??? ko hadooo

    0

    0
  7. toing toing says:

    dah basi…peminat mu dulu pun dah umur 40an ke 50 an..semua dah masuk masjid.. dengar kuliah ugama doh..

    0

    0
    • shhh says:

      Huh… Aku baru 25 dan aku peminat Amelina ok.. tak semestinye dangdut digemari golongan yang berusia je mcm jugak hip hop dan techno tak semestinye yg muda dan kaki clubbing je minat. Pernah terserempak dgn amelina kat kedai satay Wakaf Bharu (dia org kelantan), dia seorang yg amat murah dgn senyuman dan humble orangnya. Walau dia kelihatan mcm nak cepat tapi dia tetap meluangkan masa ngan kami walau kami hanya nak sembang kosong je dgn dia. Amelina antara artis yg merendah diri yg aku kenal selain dari siti nurhaliza dan lisa surihani. Walau famos tp down to earth. Jgn burukkan org kalau kita jumpa pun belom penah ngan org tu.. tak baik.

      0

      0
  8. amelinaitikgembogembo says:

    helo shhh…sejak bila si amelina ni jadi org Kelantan??nmpk benolah penipunya..amelina ni org nilai n.sembilan.rumahnya tu hah kt Labu jln seremban lama.dlu dia kje kilang TDK sama dgn akk aku.sape kata amelina humble????ni hah aku kenal dia.wlaupun jenis x sombong sgt,tp kdg2 sombong jgk mcm diva kg,dan mulutnya masyaallah…lantang klo brcakap trjerit sana sini.sb tulah fmly dia ni dl poyos.amelina ni skg jer low profile,tgk sikit hari klo dah naik blk….

    0

    0
    • shhh says:

      Ya Allah haih.. Watpe la aku nk nipunyerr. Ok mungkin aku silap tafsiran yg dia tuh org kelantan sbb nye ms jumpa kat wakaf bharu tu dia ckp kelantan so aku assume dia org kelantan. Ko ckp buruk2 psl org boleh duit kerrr..

      0

      0
  9. weng weng says:

    dengar ceramah ustaz kazim lg baguih kann…daripada tengok dangdut tua pakai skirt..artis lain yg mude2 ramai yg dan berhijab..eh eh dia ni pulak tak sedor sedor

    0

    0
  10. Linda says:

    saya nk tunggu album Amelina..

    0

    0
  11. Anonymous says:

    hmmm dangdut indon lebih ada tarikan

    0

    0