Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf

Hiburan

Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf

Pergh~~~ Ingatkan Hari Raya tak adalah kontroversi panas melanda selebriti tanah air kita. Rupa-rupanya ada jugak. Baru Abang Nara nak berhari raya dengan aman. Hehehe. Sekeping gambar pengacara, Farish Aziz ber’selfie’ di tanah perkuburan telah menjadi topik hangat perbualan orang ramai ketika memakan ketupat cecah rendang dengan masing-masing mengkritik perbuatan tidak kena tempat ini.

farish aziz kubur

Advertisement

Apa yang paling mengkagumkan Abang Nara ialah sempat juga si Farish Aziz ini terfikir nak bawak monopod pergi kubur. Kalau Abang Nara cuma sekadar bawak senaskah Yasin je. Tak adalah nak capai apa-apa. Namun Abang Nara tertarik dengan air muka pakcik-pakcik di belakang Farish Aziz. Mungkin itu pertama kali mereka melihat monopod. Balik rumah confirm suruh anak beli. Hehehe.

farish aziz kubur

Walaupun mendapat kritikan ribuan rakyat Malaysia, pada mulanya Farish Aziz enggan mengaku perbuatannya itu adalah salah. Pengacara ini masih cuba menegakkan benang yang basah atau dalam peribahasa modennya, meluruskan monopod yang bengkok. Namun begitu selepas kritikan demi kritikan, akhirnya terbit jua cahaya keinsafan dalam hati Farish Aziz dan dia telah tampil membuat permohonan maaf.
farish aziz kubur
Semoga apa yang terjadi kepada Farish Aziz ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Nak bergambar memang boleh. Selfie pun tak ada masalah. Cuma perhatikan tempat dan keadaan sekeliling dahulu. Kalau rasa tak sesuai, batalkan sahaja hasrat murni anda itu. Tak gitu?

P.S: Kasut pintar LECHAL dari India

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...