Amar Baharin Nafi Kecewa Tidak Tercalon Dalam ABPBH 29

Hiburan

Amar Baharin Nafi Kecewa Tidak Tercalon Dalam ABPBH 29

Bila senarai Top 5 ABPBH 29 diumumkan, ramai yang agak terkilan dan mengkritik mereka yang tercalon kali ini agak tidak bersesuaian dengan anugerah berkenaan. Banyak muka baharu dan tiada nama popular tercalon termasuklah Amar Baharin yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Amar memberitahu beliau sedikit pun tidak merasa kecewa kerana tidak tercalon. Buat Amar, asalkan beliau masih diberikan tawaran berlakon itu sudah cukup baginya.

Bagi saya, tidak menjadi masalah jika tidak menang atau tidak tersenarai dalam Top 5 pun, malah ia tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada saya. Itu semua bersifat sementara.

Paling penting ialah wajah saya masih ada di kaca TV dan tawaran berlakon tak putus. Jadi, tidak kisahlah orang nak kata sudah tidak popular. Setiap orang berhak nak bercakap apa pun.

Amar juga menjelaskan agar tiada pihak merasa iri hati atau menyalahkan sesiapa jika mereka tidak tercalon dalam mana-mana anugerah. Mungkin sudah ketentuan rezeki masing-masing.

Mungkin tahun ini rezeki mereka selepas kerja keras kelab peminat. Jadi tidak ada apa perlu dikesalkan malah jauh sekali nak berkecil hati dan iri hati.

Tidak tercalon tidak bermakna seseorang artis itu tidak bagus. Apa yang penting orang lain tahu bakat anda dalam lakonan bagaimana. Lagipun, bila berkaitan undi ini memang susah untuk dijangka siapa yang menang meskipun tersenarai dalam Top 5.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...