Written by serenity | January 13th, 2015

Baru-baru ini, penyanyi terkenal Datin Noor Hasliah Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Alyah telah memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita bersama kapsyen yang menimbulkan seribu persoalan.

Ramai beranggapan yang Alyah sedang berdepan dengan masalah rumahtangga, malah Alyah memberitahu wanita dalam gambar tersebut yang bernama Siti Hafilah Che Kar telah mengganggu hubungan Alyah dengan suaminya sejak sebelum berkahwin lagi.

 

Bagaimanapun, ramai peminat Alyah beranggapan penyanyi itu tidak sepatutnya mengongsikan masalah beliau di laman sosial. Rata-rata komen yang diberikan kepadanya meminta Alyah agar menyelesaikan masalah peribadi secara tertutup dengan bersemuka dan berkomunikasi dengan suaminya.


 photo Untitled.png
Buat Alyah, nasihat dari peminat anda itu ada betulnya. Mengongsikan masalah peribadi di media sosial biasanya hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ramai memahami anda sedang berduka dan kecewa, tetapi anda perlu yakin bahawa tiada yang sebaik pelindung dan penolong melainkan Allah SWT.

Di harap Alyah dapat memberi sepenuh fokus kepada pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu yang bakal berlangsung hujung minggu ini dengan lagu Sesal Separuh Nyawa. Semoga anda terus sukses dan akan menemui kebahagian yang anda cari. Amin.

28 responses to Alyah Dinasihatkan Peminat Untuk Tidak Kongsi Masalah Di Laman Sosial

  1. Seekor burung jatuh semasa terbang kerana kesejukan salji, datang lembu berak atas burung, kerana panas najis tu buat burung tu bernyawa semula. Burung suka dan menyanyi, tiba seekor kucing datang terdengar dan datang mengeluarkan burung dari najis lalu makan burung itu pula.

    Bukan semua orang yg bt celaka(najis) pada kita itu musuh, dan yang mengeluarkan kita dari celaka itu kawan. Dan apabila ada masalah jangan menyebarkan(menyanyi macam si burung), kerana yg datang belum tentu mahu membantu

    0

    0
  2. MAKJEMAH says:

    taknak comment apa apa cuma nak tanya betul ke kalau kita pakai produk kecantikan fair and lovely kita mesti ikuti stepnya , bulatan penuh sekali, bulatan separuh sekali, membersih kotoran dan sel mati. kita silang, silang silang silang bintik hitam pun hilang. di wajah, buatkan bulatan, vitamin dan mencerahkan..

    0

    0
  3. Childish says:

    Alyah you are so childish to RMS.

    0

    0
  4. Chipsmore says:

    memang pun…x bincang pape lagi dgn suami pastu buat andaian sndiri cmni r jadi nya..pastu suruh tutup cerita…semak lah org cmni hidup atas muka bumi yg indah ni..

    0

    0
  5. yuki says:

    aku percy dia sgt2 trtekan sehingga hati meletup tuk buat begitu.
    hanya jauhari mengenal manikam.org tidak merasai apa yg dia rasa.
    berpegang lah pada al-quran.meratap pada Allah.
    insyaAllah..DIA akan menjagamu.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    alyah mybe dh lma pendam.. tibe2 meletop..kte x tau.. xkn alyah jumpa gmbr tu xde usul periksa nk mngamuk!! buatnya gmbr tu ank sdare kn dh malu.. mybe alyah dh tau serba sedikit.. tpi silap alyah trus emo.. aku pnah mngalami.. bile tnya laki ada je jawapan nk cover salah.. konon xde pape.. last aku cri sndiri aku call ppuan tu.. x jln.. aku siasat (friend finder) trus tjumpa (tgh dating). aku bwk saksi.. so xdenya dia nk ngelak.. aku nk cite masalah aku.. tpi aku nasihat siasat slow2.. org teranaya kompom Allah tlg..

    0

    0
  7. yaya says:

    Be strong Alyah, kita ada Allah SWT yang sentiasa ada untuk setiap hambaNYA.Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.Yang penting jaga hubungan kasih sayang denganNYA nescaya berbahagia lah kehidupan kita dunia dan akhirat.

    0

    0
  8. ilya says:

    tak yah la kita nk menilai atau menghakimi org lain sbb kita tak berada di tempat dia. hopefully dia amik iktibar apa yg berlaku. Ameen.

    0

    0
  9. Anon says:

    hal2 rumah tangga jgn dshare dgn org, walau dgn adik bradik sndri or keluarga sndri pun klu blh jgn. simpan berdua je walau ending tk brapa bagus, tp selagi blh pertahan, pertahankanlah. Sentiasa komunikasi, share la rahsia dgn pasangan wlu brapa buruk pun rahsia tu, so bila org luar ckp itu ckp ini, pasangan kita dah dulu tahu hal sbnarnya takkan mudah percaya cerita2 luar ni.

    0

    0
  10. Madonna Rebel Heart says:

    Urmm,.. Pelik jugak kan,.. time bernikah berkahwin, xde nak pun post nak share apa2, letak kapsyen segala bagai nak rak.. Dah ditimpa musibah cepat je post benda2 berbentuk privasi (masalah peribadi) dengan harapan minta perhatian,.. Inilah masalah kebanyakan (bukan semua) penyanyi – penyanyi Malaysia (bukan penghibur),.. Semoga beliau tabah dengan apa segala ujian atau musibah menimpa.. Lebih afdal lagi Doa – Doa ditujukan kepada Allah disempurnakan di tikar sembahyang dan bukan di taip untuk kapsyen instagram untuk bacaan umum.. Sabar ye Liyah,..

    0

    0
  11. anon says:

    Sape2 pun tak yah share masalah dalaman rumahtangga kat public, mcm si alyah ni or si abby meroyan….
    Tapi dlm gambar tu ramli dgn perempuan tu amik gambar sampai berhimpit2/bersentuh(wlpn berlapik)… Bini yg kuat cemburu mestilah jealous…Gambar background pulak tu mcm pelamin, mesti alyah ingt ramli ni dah pasang lagi satu.

    0

    0
  12. me and my car says:

    perkara pertama yg terlintas di minda saya masa baca statement penyanyi ni adalah “KENAPA MINTA DOA DI FB/TWITTER?..ALLAH HANYA WUJUD ONLINE KE? KENAPA MESTI MALUKAN DIRI DAN SUAMI??” di situ saja sy tak gemar cara penyanyi ini menggembar gemburkan hal peribadi kepada semua..dahulunya sy hanya kenal penyanyi ni selepas kes tangkap khalwat yg kemudiannya kecoh ttg berkahwin senyap2..kalau tak disebabkan kes tu, sy mmg tak tahu siapa dia ni..tapi sy tak pernah ada prasangka buruk tentang dia..tapi once sy terbaca statement memalukan diri, suami dan keluarganya, sy berpendapat penyanyi ni kebudak2an, mentah, kurang fikir, mungkin juga kurang didikan agama..dan mungkin sbb itu juga suaminya kahwin lain..mungkin kan?

    0

    0
  13. nara bengap says:

    menjangkit2 perangai meroyan di kalangan artist..hal2 rumahtangga adu domba di twitter, facebook, insta, etc..
    ye laa..mostly mereka ni kurang bijak dr segi pelajaran..ramai yg kurang cemerlang so jadilah artist yg kurang cemerlang dr kebanyakan sudut..agama kelaut..cara komunikasi kelaut..byk perkara ke laut..malah ada juga artist yg takde bakat pun, sekadar propa dan glamor sebab sexy atau kenalan lama (wartawan yg propakan dia tu pun kurang cemerlang akhlak juga)..so, tolong laa..masyarakat dah lama muak tgk kebodohan artist Msia ni ceritakan aib masing2..takkan la sampai begitu sekali bodohnya artist ni ye? hmmmm

    0

    0
  14. tahppetah says:

    psycho si liyah ni…tahppetah

    0

    0