Along dikecam hebat oleh netizen yang rata-rata menganggap beliau agak kejam apabila memisahkan ibu daripada anaknya.
Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Along menerusi portal BH ONLINE telah tampil memberikan penjelasan mengenai rumah tangganya.
Pada awalnya Along tidak mahu membuka aib isterinya itu kepada umum, namun beliau terpaksa bersuara demi mempertahakan maruah beliau dan keluarga.
Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.
Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.
Menurut Along, Zila sebelum ini pernah beberapa kali meminta cerai ketika berbicara dengan Along di telefon.
Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?.
Along sebenarnya tidak pernah melarang Zila untuk bertemu dengan anak mereka. Bahkan sepanjang bulan Syawal beliau menanti kedatangan Zila dengan tangan terbuka tetapi sehingga kini Zila tidak pernah datang melihat anaknya.
Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?
Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami.
Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.
Hmmmph, kita pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi didalam rumah tangga mereka. Walaubagaimanapun, harapnya anak mereka tidak menjadi mangsa dalam permasalahan mereka. Cubalah untuk selesaikan masalah anda berdua secara baik.