Allahyarham Yasmin Ahmad dinobatkan sebagai pengarah terbaik menerusi filem Mualaf di Festival Filem Asia Pasifik ke 54 semalam (Sabtu). Ini adalah anugerah tertinggi yang pernah dimenangi oleh delegasi Malaysia di mana-mana festival filem. Walaupun filem Mualaf kurang berjaya dari segi kutipan, ternyata kualiti filem tersebut dapat dilihat oleh hakim-hakim Festival Filem Asia Pasifik.
Walauppun Allahyarham telah meninggalkan kita, filem-filem arahan beliau masih lagi memberikan sumbangan dalam mengfemeskan negara kita. Marilah sedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.