Jumaat lalu, anak tunggal kepada Allahyarham Sharifah Aini, Aliff Omar Ali (32 tahun) telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Sharifah Nur Athirah Syed Azmi (28 tahun) di Pusat Konvensyen Shah Alam. Mereka berdua telah dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan sendiri iaitu Datuk Syed Azmi Tan Sri Syed Othman dengan mas kahwin RM300 berserta hantaran belanja RM11,000 kira-kira pada jam 11.20 pagi.
Keesokan harinya (Sabtu), majlis resepsi perkahwinan pengantin baru ini telah berlangsung dengan meriahnya di tempat yang sama. Kira-kira 1,000 tetamu termasuk rakan-rakan Allahyarham Sharifah Aini seperti Datuk M.Nasir, Datuk Dahlan Zainuddin, Azmil Mustapha, Joe Flizzow, Herman Tino, Datuk DJ Dave, Salimah Mahmood dan Uji Rashid telah hadir. Tiada sebarang majlis merenjis atau bersanding dilakukan namun kemeriahan tetap dirasai.
Selamat pengantin baru diucapkan buat Aliff Omar dan Sharifah Nur Athirah. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Selamat menempuh alam perkahwinan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
P.S: 2015 Kia Sorento buat kemunculan di Paris