Written by Bella | September 28th, 2015

Pernah dilabel sebagai playboy, Aliff Aziz kini lebih matang dalam perhubungan dan kami rasa semua orang boleh melihat bahawa beliau serius dalam bercinta bersama kekasihnya Bella Astillah.  Hasrat Aliff untuk  bertunang dengan Bella pada tahun ini akhirnya tercapai apabila beliau mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu pada 12 Disember ini.

Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu.

InsyaAllah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula.

Sedang di lamun cinta, Aliff sering memuat naik foto mesra beliau dan Bella di Instagram, namun perkara tersebut tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang beranggapan aksi mereka ibarat pasangan yang sudah berkahwin.

Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka.

Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing.

Biasalah, kalau orang sedang bahagia dan di lamun cinta pasti mereka ingin berkongsi kemesraan mereka kepada umum. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja kepada pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah dan jangan lagi kenangkan sikap Aliff yang dahulu. Manusia boleh berubah bukan?

Sumber Berita: mStar Online

7 responses to Aliff Aziz Dan Bella Astillah Bertunang 12 Disember Ini

  1. Anonymous says:

    kalau dh org ckp mcm somi isteri tu elok nikah je terus.. org xkn berckp klu kte x over.. peluk2 dll.. bkn ibu bapa je kte perlu hornat.. maruah pun kte kna jaga..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    rasanya lbh elok bnikah terus, btunang ikat setahun plk tu tlalu lama. tp si alip ni dh betul2 bsedia ke dr segi mental & kewangan? bkn senang hidup berumahtangga, nowdays punca utama ramai bcerai sbb kewangan.

    0

    0
    • Markonah says:

      klu aku jd si bella, aku suruh bdk alip beli rmh dulu & stabilkan kewangan. takkan nk hidup susah?

      0

      0
      • minah jambu says:

        nikah n kawin dulu baru leh pikir pasal rumah..buat sementara aliff ngan bini leh stay kt rumah mak bapak aliff kt bt panjang sementara dapat rumah hepening kan ? duit leh cari kalau aliff berusaha bersunguh2 untok senang kan bini..

        0

        0
  3. Anonymous says:

    bakal tunang dia xcantik pun..kena la dgn gigi si alif yg berterabur tu…elok kaki pukul haha

    0

    0
  4. anony says:

    eloklah nih. kena buku dengan ruas.

    0

    0