Written by Bella | March 4th, 2016

Bertunang sekitar bulan Disember tahun lepas, Aliff Aziz dan pasangan Bella Astilla khabarnya bakal disatukan sebagai suami dan isteri selepas Hari Raya Aidilfitri.

Walaubagaimanapun,keluarga mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh rasmi pernikahan mereka namun segala persiapan perkahwinan sudah mula dilakukan agar segalanya berjalan dengan lancar kelak.

Insya-Allah jika tiada aral melintang kami berdua akan disatukan sebagai suami-isteri selepas hari raya tetapi belum ada sebarang tarikh lagi buat masa ini.

Bagaimanapun kami berdua sudah pun mula membuat persiapan kerana tidak mahu melakukan pada saat-saat akhir dan Alhamdulillah sehingga sekarang 40 peratus sudah pun siap.

Mengakui hanya melakukan majlis perkahwinan secara sederhana, Aliff tidak mengharapkan sebarang tajaan tetapi jika ada yang sudi menaja perkahwinannya beliau akan terima dengan tangan yang terbuka.

Perancangannya kami hanya akan mengadakan resepsi di Kuala Lumpur dan hanya membuat resepsi kecil-kecilan di Singapura dan Sabah. Mengenai tajaan kami tidak mengharap dan sekiranya ada itu adalah rezeki kami berdua.

Sekarang ini Aliff Aziz nampaknya sudah mula berubah perlahan-lahan dan lebih bertanggungjawab. Harapnya segalanya berjalan dengna lancar pada hari perkahwinan beliau dan Bella. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online

9 responses to Aliff Aziz Dan Bella Astilla Bakal Berkahwin Selepas Hari Raya Aidilfitri

  1. alip says:

    Nope. Nobody gives a damn.

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    dlm byk2 pasangan akim n stacy paling low profile,x kecoh xd kehulur hilir…dah kawin pon stacy masih malu2 lagi..
    setakat artis sendu mcm alif aziz ni x payah la nak over expose sgt..org pon dah menyampah tgk!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Tak payah nak mengharapkan tajaan masa kawin. Biasanya perkahwinan yg ditaja ni Nampak sarat, serabai, serabut bagai. Simple, sederhana je ok pun. Bandingkan majlis perkahwinan Shaheizy Sam/Syatilla Melvin dengan perkahwinan Anzalna nasir/Hanif Zaki.
    Kawin yg main taja taja ni sebenarnya perkawinan org yg takde duit sendiri.

    0

    0
  4. anzalna says:

    apa-apa jer la….

    0

    0
  5. Anonymous says:

    oh belum kawin ke? ingatkan dah kawin sebab cara mcm dah kawin, pegang sana, pegang sini. huhuhuhu

    0

    0
  6. mirai suenaga says:

    mcm budak2 yg nak main kawin2

    0

    0
  7. sabo je la says:

    ada ke org nk ambil tau hal korangggg… sendu!!!

    0

    0
  8. jemah laser says:

    eleh si alif aziz ni, byk kali aku jumpa dia makan (dgn si sapa budak ni…bella? sorry tak kenal) kat Restoran Ana Sinar Mesra Pandan Indah. sooooo acah acah big star sgt. budget org sume nak pay attention sgt kat dia. cakap dah laa kuat2. soooo attention seeker! choi lah kau!

    0

    0
  9. akimstacy says:

    kelakar muka tunang die..tp ok la tu sesuai..hihihi

    0

    0