Aliff Aziz Curi 2 Telefon Bimbit, Boleh Dipenjara Jika Gagal Bayar Denda

Hiburan

Aliff Aziz Curi 2 Telefon Bimbit, Boleh Dipenjara Jika Gagal Bayar Denda

Aliff Aziz, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura didapati bersalah mencuri 2 telefon bimbit. Aliff Aziz dikenakan denda $2000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara 20 hari. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila Aliff Aziz mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

aliff aziz curi

Advertisement

Sedikit petikan daripada artikel yang dikeluarkan.

PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di seberang Tambak, Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit. Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800. Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong. Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

aliff aziz mencuri

Sebelum ini Aliff Aziz selalu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada mereka yang mendapatkan khidmatnya setelah sering hilang daripada lokasi penggambaran. Perkembangan ini pastinya menjawab tanda tanya kehilangan Aliff Aziz baru-baru ini. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada penyanyi ini kelak. Sumber Media Hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...