Written by Bella | May 30th, 2017

Sedang hamil dan mengalami alahan, pelakon Amyra Rosli tidak menjadikan ia satu alasan untuk tidak menunaikan ibadat puasa tahun ini. Amyra juga memberitahu beliau kini sedang menyesuaikan diri dengan berat badannya yang semakin meningkat sehingga saiz bajunya turut membesar.

Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya dapat berpuasa penuh. Cuma semalam saya gagal melakukannya kerana muntah-muntah.

Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut daripada 45 kilogram (kg) kepada 42 kg.  Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. Malah, baju pun semakin besar sekarang.

Ketika ditanya mengenai jantina bayinya, Amyra memberitahu beliau masih belum membuat pemeriksaan dan akan memaklumkan perkara tersebut sejurus selepas mengetahui jantina bayinya itu.

Sumber Berita : BH ONLINE

11 responses to Alahan Tidak Halang Amyra Rosli Untuk Berpuasa

  1. Anonymous says:

    Selamat berpuasa Amar

    1

    0
    • Elly mazlein says:

      Pregnancy can be different to every mom to be. Lain org lain experience.
      Boleh cuba utk puasa tapi kalau rasa tak mampu better jgn, Allah tak marah..
      Tapi amyra ni nmpak lembut sgt orgnya, kdg2 morning sickness ni jgn dilayan. Tebalik dgn si ramona zamzam nmpak dia siap babymoon tido atas boat semua bagai, yg tu pula lakibini lasak yg amat. Smoga dipermudahkan buat semua!

      1

      0
      • Polis bukit aman says:

        Betul! Tak boleh nak digest ramona tu pregnant sbb org nya lasak sgt, mmg tak reti dok diam dia tu! Melompat sana sini aku xtau la camane husb dia handle diaaa. Tapi klau bebe dia ok then bagus lah..
        Btw spe tau pulau yg ramona pegi babymoon tu kt mna? Tk penah dgr pun tmpat tu..

        0

        2
        • Aunty Jijah says:

          Ramona tu bukan plan ke sblum ni? Cam xnak preggy je die tu, gaya cam blum ready.. mane bleh ngandung lasak2..

          1

          0
        • Jaja says:

          Ramona pegi Pulau Flores dekat Indonesia, sempadan Australia.. mmg cantik sangat2 tempat tu dan kat sana penduduk dia sangat lah daif..Kalo rasa nak bercuti ke sana, boleh lah sambil menderma org ssh.

          2

          1
  2. kawan mak becok says:

    kalau ya pun suami isteri, jgn lah pelukdan cium mcm tu, sungguh x malu org melayu skarg ni, tambah2 retis.. dan puasa baru je 4 hri msuk hri ini…x yh nk kabor2 kn x leh ke x nk posa.

    3

    0
  3. 5 ha! says:

    x jemu tgk muka amyra ni…cantik jer…
    semoga kandungan selamat hingga bersalin nnty.

    3

    1
  4. Aku kaji sblm kutuk says:

    Aku suke tgk sweet couple ni. Mmg x jemu tgk amyra. Kite x jemu..ape lgi laki dia. Blh tdo mmpikn dia gamaknye… **wink wink **

    0

    1
    • bbbo says:

      aku pulak tak gemar tgk muka si ammar tu, nampak poyo kat mata aku..hehe..rambut dia takleh blah lgsg!..di mata aku je laa..peace :p

      4

      0
  5. mak aku says:

    Rambut kalau diminyak sebijik hero tamil.kalau kering dah mcm budak basikal kat johor je aku tgk laki nie.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    jangan risau amira oi..amar dah pernah handle mabuk mengandung ni…nk jaga dalam pantang pon dia tau dah….

    0

    0

Leave a Comment

Optional