Written by Bella | March 22nd, 2017

Takziah kepada pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha di atas berita pemergian bapa tercinta, Abdul Razak Salleh kira-kira jam 4 petang semalam akibat masalah pernafasan dan usus.

Difahamkan, Allahyarham Abdul Razak Salleh menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut anak ketiga Allahyarham, Mohd Zafran Abdul Razak, bapanya dimasukkan ke hospital sejak hari Isnin lepas.

Ayah sebelum ini sihat, cuma semalam dia mengadu sesak nafas. Selepas buat pemeriksaan, doktor mendapati buah pinggang ayah dah rosak dan masalah usus.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 11 pagi ini. Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri, Azizah Arsyad, 64 dan tujuh orang anak.

Sumber Berita : Sinar Harian

8 responses to (AL-FATIHAH) Bapa Aidil Zafuan Dan Zaquan Adha Meninggal Dunia Akibat Masalah Pernafasan Dan Usus

  1. haflinazrul says:

    #pka

    Pelacur kelas atasan dgn fondan akal kelas bawahan english berterabor aset n harta sah sah dari sumber haram lagi mau takbur

    Oi nedimon pokemon kain kapan kao dari material apa? Kain hermes???kain victoria secret???kalau ka.u da beli kain kapan baru bole tanya aset org kkk kau masok kubur pon malaikat tak tanya do u haf assets????tapi WER UR ASSETS CAME FROM DOLLLL

    0

    10
    • Anonymous says:

      ko pergi la post dlm nedim ke..nora ke..ko memekak sini buatper? ni topik kematian. al fatihah pun susah nk baca ke?

      11

      0
  2. Baizura says:

    HOS : Kita dengar apa komen Rita Rudaini ….
    RR : Sy bagi 5 bintang ……

    0

    10
  3. anonymous says:

    Islam mengajarkan sunnah menyebut “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHIRAJIUN”…..di setiap kematian atau musibah…

    .melayu turun temurun diajar sebut Al Fatihah….

    11

    0
  4. CPS says:

    INNA LILLAHI WA INNA ILAIHIRAJIUN

    7

    0

Leave a Comment

Optional