Written by Bella | March 13th, 2015

Sudah mencecah umur 41 tahun dan beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Datin Paduka Umie Aida memberitahu beliau terasa sunyi didalam hati tanpa kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan beliau selepas dua orang anak  angkat beliau meningkat dewasa.

Mengakui sukar untuk hamil kerana  mempunyai masalah kesihatan, Umie Aida redha dengan segala ketentuan olehNya.

Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya.

Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sibuk dengan hal masing-masing, primadona ini merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat jika mendapat keizinan daripada suami tercinta.

Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

Aktres tersebut kerap menghabiskan masa berkunjung ke rumah kebajikan, meluangkan masa bersama kanak-kanak yang memerlukan dan sememangnya rapat bersama anak-anak buahnya.

Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah.

Kami memahami perasaan seorang perempuan yang menginginkan zuriatnya sendiri tetapi sukar untuk hamil. Ramai juga wanita diluar sana yang masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung, mungkin juga Umie Aida boleh mencuba alternatif lain untuk menjadi seorang ibu. Setiap dugaan pasti akan ada penamatnya yang bahagia. InshaAllah.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

18 responses to Akui Sukar Hamil Datin Paduka Umie Aida Mahu Ambil Anak Angkat Lagi

  1. Siti says:

    sabar lah.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Teringin sekali ku baling telur busuk sambil memaki dan tarik rambut kau sampai putus. Hahahahahaha
    Maafkan saya, saya sangat tak mampu menerima hakikat ada bitch gementar konon, padahal dah gesel puas2.
    Puuuuuiiiihhhhh!!!

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ko kenapa? Cipet kena hiris?

      0

      0
    • maknes weds pakrom says:

      Dik u komen kt salah story..ini tingkat 3 dept umie aida,adik jln terus turun tangga ke tgkt 2 ok,masuk kanan,ketuk bilik no 3,ambik penyapu pastu keluar ikut tingkap..mudah2an adik dgn penyapu tu landing tepat kt muka mak nes n pak rom.Terima kasih kerana mewakili kami. Have a nice day!

      0

      0
  3. Anonymous says:

    rezeki dan dugaan hidup kita berlain2an..
    bersabar dan terus berdoa..
    terus berusaha

    0

    0
  4. bedah says:

    air laici si laki tak power. Cair mcm hingus..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Kate yg sulung tu mmg anak kandung sheolls dgn asam jawa? sbb muka sama asam jawa..

    1

    0
    • Jemah says:

      yerla pnh dgr jgk psl anak dia yg 1st tue! tp…. siapakah asam jawa tersebut? excited nie nk tau!

      0

      0