Written by AbangNara | July 8th, 2013

Menarik juga cara penulisan Nurul Wahab di laman blognya. Ada bakat menulis juga rupanya isteri kepada Eric Depp ini. Dalam entri terbarunya, panjang lebar juga Nurul menulis mengenai kritikan orang ramai terhadap dirinya selepas bersuami dengan seorang lelaki Mat Salleh.
nurul wahabSebahagian daripada kritikan itu menyatakan kerana Nurul berkahwin dengan Mat Salleh, maka gaya Nurul turut sama terikut-ikut dengan budaya suaminya. Menariknya Nurul menafikan perkara tersebut dan mengakui dirinya lebih seksi sebelum bertemu dengan Eric. Kata Nurul:-

Ada pula yang berkata, sebab kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.

nurul wahabKritikan yang diterima oleh Nurul kebanyakannya datang daripada wanita yang berhijab. Bagi Nurul, cara teguran mereka tidak betul. Tambah Nurul lagi:-

Aku tak kisah ditegur. Cuma ada caranya. Banyak kali aku katakan sebelum ini, jika mahu menasihati orang lain atau menegur untuk ke jalan Allah, ada caranya. Jangan kerana ayat-ayat bisa kita, membuatkan orang lain tak hormat dan langsung membenci agama Allah yang mulia ini. Lagipun jika dikomen di laman-laman social sebegitu, semua orang boleh baca. Aku punyai ramai peminat yang bukan melayu dan bukan islam juga. Bagaimana pandangan mereka untuk si pengkomen yang negative dan sentiasa merendahkan artis? Kebanyakkan yang memberi komen adalah mereka yang berhijab.

Hmmm. Abang Nara tak sempatlah pula nak membaca bagaimana teguran yang diberi. Mungkin memang keras sangat sehingga Nurul tidak boleh menerimanya. Mungkin ada sampai kutuk dan caci tak ingat dunia punya. Agaknya itulah punca Nurul sukar untuk menerima teguran tersebut. Apa pun, Abang Nara tengok Nurul pun memang tak berapa seksi jika nak dibandingkan dengan dulu. Semoga di masa hadapan, akan dapat berubah jauh ke arah yang lebih baik. Sama-sama kita doakan.

P.S: Lebih banyak gambar Mazda 3 Sedan 2014 tertiris di Internet.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

79 responses to Aku Lebih Seksi & Open Sebelum Kenal Eric Depp – Nurul Wahab

  1. Dee says:

    Pasti nurul lebih manis jika menutup aurat… semoga dibukakan pintu hati.. aminnn

    0

    0
    • sukma says:

      Insha Allah :)
      dan pada mereka2 yg ingin menegur, tegurlah secara berhemah dan bijaksana. Bukannya guna kata2 kesat. Tak de siapa suka bila dikutuk, tapi kalau ditegur secara berhemah, insha Allah terbuka pintu hatinya. Jangan sebab sorang yg berhijab dan bermulut puaka, orang berhijab yang lain terkena :) Jom improve diri. Salam Ramadhan :)

      0

      0
      • zaza says:

        ramai yg jd ustazah tp tak cukup ilmu..
        tak cukup islam lg klau takde adab. nak menegur pun nabi ajar suruh beradab..
        mat salleh yg kafir tu pun tinggi adab..malu nabi ramai umat dia kurang adab.
        nak berdakwah ni mcm nak market produk juge ler.. klau ckp kurang ajar mn ada orang nak terima. fikir2 kan lah yer ustazah2 laman sosial sekalian.

        0

        0
        • K.A.A says:

          btol tu nak tegur biar la cara elok.. jgn sampai buat org boleh terguris hati..

          0

          0
        • miss ynwa says:

          ingat semua orang ke boleh terima teguran cara sindiran pastu menyakitkan hati? takde orang nak terima beb….lain kali ckp depan2 nurul ni hah ” awak ni kan sebenarnye cantik, tapi bertambah33333333333333 cantik,cun , vassss kalau ikut trend hijabista sekarang” – pakai tudung melinda looi kompom cun……tudung fareeda?? jgn …..jgn…..jgn……ahhh jgnnnn

          0

          0
        • zaza says:

          berdakwah tanpa adab ni umpama bertudung tp tak pkai baju.. tak lengkap. islam bkn hanya soal aqidah tetapi islam juga menitik beratkan soal adab sesama makhluk.
          tegur lah dgn kelembutan.. berdakwah lah dgn penuh kasih sayang..

          0

          0
      • ye dan aku juga lebih tonggek

        0

        0
      • Jenab Bt Hussein Lempoyan says:

        Slalu org yg tegur cara kasar sbb di hati dia tk puas hati dgn seseorang , mgkn sbb jeles ,mgkn sbb iri hati . Kita manusia Sentiasa melakukan kesilapan , menegur secara kasar seolah2 kita tk pernah buat salah dn silap . Jgn lah begitu , kak Jenab dlu pon jgn nk ckp la ,jenis tube , tali halus , fashion berkemban , smua kak Jenab penah cuba , tp skrg kak Jenab dh blek umrah , kalo tk pakai tudung nnt org mengata , dr sehari pakai tudung ,skrg terus bertudung labuh ala2 Dr Muhaya , tangan pon dh berstokin mcm ratu Miss Universe . Ini semua berkat teguran secara halus dari Lana Nordin yg menyedar kan kak Jenab . Alhamdulillah .

        0

        0
      • kambing gurun says:

        betul tu… rakyat Malaysia memang suka ambil berat… sebab tu dorang suka menegur tetapi kebanyakkan semua menegur dengan cara yang kasar.. ada dua cara menegur… 1 menegur yang dapat pahala malah berganda pahala bila org yang ditegur terbuka hati utk berubah… lagi 1 menegur dengan dapat dosa kering… malah tambah dapat dosa bila empunya diri tak maafkan kita.. lebih dasyat lg terpaksa merangkak mencari dipandang masyhar gara2 nak memohon kemaafan org yang kita tegur secara kasar.. so mana pilihan cara menegur anda..

        0

        0
      • Ibu says:

        Di kesempatan ini juga Ibu ingin mengambil kesempatan untuk menasihati NARA supaya tidak memuat naik gambar2 saudara kita yang tidak menutup aurat. Jika isteri NARA bertudung mengapa diletakkan gambar2 saudara kita yang separuh bogel untuk tatapan umum. Maka dosa mereka datang dari kamu kerana menyediakan gambar2 tersebut. Jangan kamu beri makan anak kamu hasil keuntungan blog kamu ini kepada anak isteri kamu. Alangkah bagus kalau kita dapat melihat rantaian dosa sepertimana kita melihat duit masuk ke akaun bank kita.

        0

        0
    • Olga says:

      alah pompuan ni kalau tanggal mekap terserlah muka PARIAH Penang dia tu!

      0

      0
      • MiiQii says:

        Ye ker ? Org2 Penang byk muka kacukan yg cantek , contoh : Fathia Latiff , Norjuma Habib Mohammad , Ella Aminuddin, Faezah Elai and byk lagi , cantik taraf international . Kalo anak2 mami penang tk da , confirm semua yg muncul kt TV malaysia muka2 felda dan penyet2 . Sesuai sgt dgn title Asia . Dasar Asian !!

        0

        0
        • Anonymous says:

          yang ko kemaruk sgt mention dak felda pehal minah budjet meletopp??
          ko igt ko dak penang tiket utuk ko masuk syurga ke???boleh blaa la..jgn nk bngga sgt la…xde ribut xde ape tup2 dak felda jgk nk dkutuknye…ke ko ade kecundang cinta ko ngn dak felda??nii esok nk pose doa2 la bebanyak supya kita sempat mymbut Ramadhan..then mulut ko pun kene pose jgk..

          0

          0
        • Yana says:

          Amboi sedap hati depa mengata anak mami tanjung no….Olga hang tu sedar Diri ke tak . hang menghina ciptaan allah serupa gak hang hina pencipta nya…Baik hang istirfar kaih….sebelum Karma allah berpalih pada hang…

          0

          0
        • ye saye anak felda... says:

          haih,..cik MiiQii dah kenape nk mention name muka2 felda… ??? ni malaysia lahhhh… kt felda pon berlambak org2 dr negeri2 lain… tu ar,.. x duk felda jgn nk duk ngata org felda sgt lah… astagafirullahalazim…kurg pahala pose aku… hishh….

          0

          0
      • joyah says:

        salah ke muka dia macam tu..??
        cantik sangat ke muka awak tanpa makeup..??
        ada macam aishyarya rai ke olga..??

        kalau takde, baik diam dari menghina ciptaan tuhan.. anak awak pun nanti ntah macamana la rupanya..

        0

        0
        • Zaharah says:

          Sila google : Nicole Scherzinger . Nurul sama cantek dgn dier . Siapa ckp Nurul tk cantek ?

          0

          0
    • Lol says:

      Slm ramadhan sume …
      btl 2 mnegur kna lah ada caranya ..
      nie aku tgk mna2 blog,fb,twter,insta bkn main mlut puaka lg kalau mnegur seseorg artis 2,cba try tgk profile pic c penegur,lbih truk lg dr org yg dtegur
      slm …

      0

      0
    • kipas siling dan kipas tangan says:

      aku nak tulis panjang ke tak nak eh?
      sebab bukannya nurul tuh baca.. lain lah kalau dia mmg amik prihatin pada komen2 org..
      atau dia baca komen2 yg pedas2 aja.. yg baik2 dia tak baca pun.. last2 dia buat kesimpulan. org dok judge dia..
      aleh2.. sesama pengkomen yg bergaduh…..
      sblum tuh aku nak pertengahkan isu pengkomen nara selalu bgtau
      ”eeh. ustaz/ustazah pun baca blog artis.”
      sbb aku rasa. iklan blog nih sgt meluas.. kdg2 neew feeds fb. mmg terkeluar sndri.. dan dah nmpk ruang komen. so.. apa lagi. komen laah..
      sbb aku rasa nak berdkwah bukan tggu nak jadi ustaz/ustzah ajaa.. kalau tggu ustz2 ustzh aja.. org bodoh makin bodoh..
      back to topik..
      ok puan nurul..
      dekat sosial nih sgt meluas.. so. tak kisah lah ustazah betul ke atau ustazah tiruan ke yg tegur kau.. kau kena terima. sbb apa kau kena terima? sbb kau RETIS.. tkde istilah jaga tepi kain org.. sbb kau nak glmor. mestilah org tau crta kau..
      dan kau kena ingt.. kalau kau masak..( kalau kau masaklah..) dlm masakan kau. kau kna bubuh garam dan bubuh gula… baru sedap makanan tuh.. kalau kau terlebih garam.. mknn tuh jadi masin apa perlu kau buat..? kau akan usha supaya mknn kau tuh jadi sedap… dan kalau mknn kau terlebih gula pulakk…. nmpk mcm sedap.. tpi hakikatnya. mgkin bleh jadi pnykit kncing manis.. lama kelamaan mungkin tgn kaki kau kna potong..
      sbb tuh..
      dlm mnrima tguran. ada yg berbntuk keras. ada yg berbntuk lembut..
      kalau kau asik dibuai dgn lembut ajaa.. lama2 ‘naik lemak’… kau rasa apa yg kau buat tuh betul.. last2 bila dah mati baru kau sedarr. betapa pentingnya org ingatkan kau…
      dan perlu juga kau mmbca dan dgr2 dri org yg berkata2 hikmah..
      sapa dia? haaa.. ustaz2 ustazah dkat kelas agamalaaah..
      mcm mana kau nak dgr.?? kau pergilah bukak tv. takpun pergi kelas pengajian..
      kalau kau tak pergi.. yg dtg dkt kau adalah yg brbntuk kasar laah..bila kau tak tahan.. aleh2 kau yg melatah..
      sekurg2nya ada jugak org amik berat pasal kau..
      sbb dkt duna nih org berbeza2 dn cra mcm2. ada yg keras ada yg lembut..

      haaa. utk org nak menegur plak..
      apa cara yg kau suka org tegur kau. itulah cra kau tegur org..

      baca komen aku dgn nada yg lembut dan senyum tau beb.
      peace yoo..

      0

      0
      • Darlina says:

        aku stuju ngn ko…

        0

        0
      • nagaria says:

        Kau pun sama juga..panjang lebar ckp tp 1 point aku notice ko pun jenis orang tak blh lebih..sekian

        0

        0
      • lovergirl says:

        sape cakap sukehati je cara nak tegur?

        terang2an nabi kita suruh beradab kan?

        kita sape nak go against apa yg rasul kita suruh? ikut cara kita ke cara nabi?

        betul ckp nurul. non muslims perhati dow. kalau mcmni la perangai org islam, lagi org tu menjauh dari agama Allah, and it’s our fault.

        0

        0
  2. cricket says:

    Tak apelah Nurul, dah adat dunia, kalau tak mengata tak sah…Anyway congratulations on yr pregnancy.. Harap dua2 sihat..

    0

    0
    • Apam Tembam says:

      Ya…mari-mari…mari puan, mari kakak, mari adik manis.
      Ini kisah pompuan banyak SENGAL !!!
      Dah tua bangka…pakai sexy sexy lepas tu mintak orang tegur dia baik-baik Pirraaaah…macamlah kalau orang tegur dia baik-baik dia akan berubah immediately… Boleh pakai kepala hotak dia ni??
      Boleh bangga kata dia lebih seksi sebelum kahwin…memanglah…kau jadik janda…kau kenalah “market”kan body kau nak pikat jantan. Habis tuh pakai sexy-sexy untuk tatapan kaum muslimah??? Ada akal ka?
      Ceh…dah dapat laki mat salleh…laki kau pun tahu malu suruh kau tutup kulit berkarat kau.
      Perasan dia ada ramai “peminat” bukan islam….ayo….aku tanya budak non muslim kat office aku….diaorang tak kenal pun kau…lagu kau pun diaorang tak tahu…lol!!!
      Nak tuduh pompuan berhijab kutuk kau…ceh aku ingatkan kulit dia je hitam…hati dia pun HITAM jugak… musabahah diri tu dulu…tanya kenapa orang kutuk kau kalau bukan benda mungkar yang kau buat terang-terangan.

      Wake up Nurul smell the BLACK coffee….!!!

      0

      0
      • Ziela Bakari says:

        ko pon 2 x 5 . Muka dah la buruk , hati buruk , perangai pon buruk . Eh Puii lah !!

        0

        0
      • miss lane says:

        aku cadangkan kau muhasabah diri kau dulu.aku bukan nak jadi ustazah mcm kau tapi cara kau bercakap dah mcm orang yg letak otak dia kt lutut.cuba baca balik comment kau.penuh perasaan dengki dan hati busuk.

        0

        0
  3. bunga kemboja says:

    nak tegur macam mana lagi..dah ko orang islam…xkan xtau hukum hakam kot…ni la tahap pemikiran artis…

    0

    0
    • ddd says:

      Soalan ke ni? Meh nk jawab.. Tegur dengan bahasa yg baik, sopan, lembut biar org nampak islam ni baik..betul jugak ape yg nurul ni ckp, kita kne ingat kita kna tunjuk islam ni baik.. Mmg lah die da mmg islam.. Bila da tegur die nk brubah or tak itu die punye pasal.. Tanggungjawab yg mnegur tu da lepas.. Lain2 urusan die tu antara die dgn allah.. Kalau bahasa yg mnegur tu keras, org yg ditrgur xkan berubah, yg mnegur dpt saham skali yg bkn islam hilang respect. Reti??

      0

      0
    • Bedah Dari Thailand says:

      Sy seorang pondan . Sy keluar rumah pakai tudung . Makcik jiran depan tu malu dgn sy , keesokan hari nya dia pon pakai tudung . Voleh gitu ?

      0

      0
    • FARAEL COBAIN says:

      bunga kemboja, aper plak tahap pemikiran artis! ko ingt semua retis xder plajaran ker hah? ader gak yg blaja tinggi2. ko nie genius sgt ker? nak kata ko bijak sgt pun x gak kan? sbb ko x phm aper dia nak smpaikn! dia ckp, kalo nak tegur biar ader caranya! ini x, tegur tp mulut puaka. ko ingt cara teguran kasar n puaka tur lg org nak insaf ker? pikir r! lg satu, ramai sgt jd ustaz, ustazah x btauliah nie, diri tur dah smpurna sgt ker? entah2, family/ sdara/ kwn2 tdekat pun x smpurna lg Islamnya, ader hati plak nak tegur org!

      0

      0
    • lola says:

      jangan nak sebut artis. ko punya bebal pun 2×5…..sekurang2nya artis tu challenge hidup dia lain….dunia dia lain. ko? dalam dunia yg penuh peluang nak jadi sempurna pun ko ttp gagal jadi muslimah. jadi toksah nak cakap org.

      0

      0
  4. den la ni says:

    smga tbuka hati nurul utk bhijrah pd bln ramadhan ni

    0

    0
  5. sopan says:

    Da nk msok waktu solat,ade sekumpulan lelaki tgh lepak.. sorg imam lalu,hnya ckp “ASSALAMUALAIKUM” sambil angkat tgan.. cara tegur yg paling sopan.. maruah org di tegur pon x jatuh,org yg menegur pon x dpt dosa..

    0

    0
    • Olga says:

      KO SALAH MASUK KOMEN X????

      0

      0
    • Makcik KJ says:

      I like this one thousand times…caci maki bukan cara untuk kita suruh orang berubah. Tak faham gak lah why ramai sangat yang mentality nya macam tu. Ingat dengan kekerasan tu boleh menyebabkan orang berubah agaknya. Might as well put a gun to her head “tutup aurat or i’ll shoot you” wow! zalim….

      0

      0
  6. nur says:

    ntah apa2x la…

    0

    0
  7. sopan says:

    X slh.. sy cuma menerangkn cara kite nk menegur org.. 2 sbg contoh..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Tapi kdg cara baik sudah cara kasar pun sudah. Tak berubah jugak..lantak ko la…

    0

    0
    • Jenab Bt Hussien Lempoyan says:

      Slalu org yg tegur cara kasar sbb di hati dia tk puas hati dgn seseorang , mgkn sbb jeles ,mgkn sbb iri hati . Kita manusia Sentiasa melakukan kesilapan , menegur secara kasar seolah2 kita tk pernah buat salah dn silap . Jgn lah begitu , kak Jenab dlu pon jgn nk ckp la ,jenis tube , tali halus , fashion berkemban , smua kak Jenab penah cuba , tp skrg kak Jenab dh blek umrah , kalo tk pakai tudung nnt org mengata , dr sehari pakai tudung ,skrg terus bertudung labuh ala2 Dr Muhaya , tangan pon dh berstokin mcm ratu Miss Universe . Ini semua berkat teguran secara halus dari Lana Nordin yg menyedar kan kak Jenab . Alhamdulillah .

      0

      0
  9. aku nak nasihat je says:

    ikut ko la nurul…janji org dh tegur..ko dah mcm tu..cubalah terima teguran org..berhijab tu wajib..jgn nak sound org berhijab pula..tak perlu la ko komen balas blk..seolah2 mcm yg brtudung plk slh..lgpun tutup aurat kn wajib…suka atau x.sebagai wanita islam..WAJIB!!xde istilah belum bersedia or xdapat seru lg.lgpun tugas ko skrg btmbh berat utk bimbing seorg mualaf

    0

    0
  10. subtips.com says:

    Bila la Nurul nak tutup aurat kan. Mesti lebih manis =)

    0

    0
  11. acik says:

    nurul…kalau dah islam tu tlg amalkan ajaran agama kita..xpayah nak melenting kalau orang mengata kau…kalau tegur cara baik pon tak jalan gak kan? alasan je kau ni nurul…kalau tak nak berubah tu mengaku jela…

    0

    0
  12. luke pritchard says:

    what you give you get back nurul. apa yang nurul paparkan, itu lah yang orang nampak. Dont have to go back and rewind the way you were….if you want to be respected, respect yourself…it just the way you are doing it right now is so wrong…
    teguran adalah satu gambaran…bila ada teguran terdetik la kat hati kita…owh rupanya aku ni salah..memang teguran melalui cacian itu tak dapat diterima ramai orang..tapi…nurul da dewasa..akal ada untuk berfikir…jangan salahkan cacian orang yang buat nurul rasa nak bertindak balas secara rebellious untuk menegakkan pendapat nurul…tiada betul tiada salah…tapi bila alquran Allah SWT kata demikian…that just it.

    salam,

    0

    0
  13. Aku yang Tak Sempurna says:

    Bagilah dia ruang. “Man-man” lah. Dengan apa yang dia dah lalui selama ini, Nurul nampak macam tak berapa bahagia dan mencari dirinya sehinggalah berjumpa dengan Eric. Nampak dengan sikap Eric yang romantik dan caring, Nurul sekarang nampak bahagia. Kita doakanlah dia bahagia dan sentiasa bermuhasabah dalam kehidupannya dan tabah membimbing suami yang baharu memeluk Islam. Begitu juga kita yang kena sentiasa bermuhasabah diri…

    0

    0
  14. kenyataan says:

    klu si lisa tu kawin kemain korg puji cantik la..comel la sepadan la…tp dia pn xttup aurat gak..tp klu artis lain korg hina dia…biasa la..mentality malaysia..cube la menegur dgn berhemah ckt..

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye..”peminat” melayu memang memandang TONA KULIT
      (aku tengok kebanyakan artis yang kena kutuk kaw kaw lebih dari biasa ni yang tak cerah sangat..yang cerah cerah tu light light sikit kutukannya)

      0

      0
  15. Brutal Mom says:

    berubahlah kerana ALLAH, bukan kerana orang lain atau teguran. tanggung jawab kite sebagai seorang islam…walau jauh diri terpesong, hanya diri kite yg mampu memperbetulkannya…..orang ramai boleh tegor, tapi kalau kite tk usaha, tak kan kemana kehidupan kite… jadi ape2 pun berhijrahlah kerana allah dengan IKHLAS….

    0

    0
  16. morning glory says:

    jangan disebabkan pbuatan anda semakin ramai yang pandang rendah dengan islam..islam itu indah dan mudah..islam mengajar kita untuk sentiasa berkata yang baik.. tak guna berhijab tapi akhlak sangat tidak elok…jangan malukan islam jika anda benar seorang yang beragama islam…

    saya lihat d blog2 seperti ini terlalu ramai yang jadi hakim..terlalu ramai yang taksub dengan menilai kesalahan dan kelemahan oranglain..sedih kerana segelintir rakyat malaysia bersikap sebegini..inilah akibatnya kalau islam hanya pada IC…semoga kita semua diberi petunjuk dan hidayahNya…

    0

    0
  17. Kak Dara says:

    Ala Nurul tak payah duk layan sangat komen2 ustaz n ustazah gosip ni. Kadang2 diaorang ni pun 2×5 jer. Saja nak tunjuk alim. Tudung tak tudung sama jer bagi akak perangai duk haprak macam tu jugak.Kalau yang berserban berjubah tu lagi hipokrit akak tengok mulut duk mengutuk jer 24jam. Cuma orang melayu ni dia suka pandang luaran sebab dah kena brainwash dengan “orang belah sana” nu yang extreme.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Sapelah kite nak tegur Nurul Binti Abdul Wahab ni…(maaf aku xjage nama penuh dia…)

    0

    0
  19. nurani says:

    insyaallah … satu hari dia pasti bertudung ……..

    0

    0
  20. sukasuka says:

    Kalau pilih untuk jadi artis, memang inilah akibatnya. Katanya artis ni milik masyarakat. Menegur memang boleh tapi kalau teguran tu dibuat sehingga menjatuhkan maruah, mcmanalah mudah nak diterima oleh org yg ditegur?

    0

    0
  21. aku adalah aku says:

    kadang2 betul jgk ape yg mereka tegur tu..aku rs lebih baik nurul terima je hakikat bhw dia perlu berubah ke arah penutupan aurat yg lebih baik..x yah ckp sape slh..sememngnya dari azali lagi kite dilahirkan sebgi islam sudh tau tentng pengertian islam jadi jgn nk perlekehkn ajarn & tuntutan sbgi muslimah menutup aurat demi mnjaga kehormatan diri & kewajipan mnjlnkn peritah ALLAH..HARAP NURUL DAPT BUKA HATI BUKA MATA..

    0

    0
  22. kasabian says:

    di padang mahsyar…tiada siapa terlepas…

    all the best to you nurul.

    0

    0
  23. saya lalala.. says:

    kebanyakan org yg bertudung memang ramai jek yg tegur secara kasar di laman sosial.. kdg2 smpi mengaibkan org tu.. konon dia tu baik sgt… yg salah memangla salah.. tp menegur secara aib tu nak kire mcm mane pulak?… tapi orang yg menutup & menjaga auratnye pasti tegur secare bhemah… insyaallah teguran tu laa yg membuka hati mereka menjadi lebih baik..

    0

    0
    • sukahatila says:

      kompem kau ni tak bertudung…

      0

      0
      • saya lalala.. says:

        tu serkap jarang namanya… bertudung dengan menutup/menjaga aurat berbeza yek.. yg saya mksdkn kebanyakkan bukan semua ye.. yg tegur secara kasar & mengaibkan tu rasa diri dia bagus sgt.. iyee… yg tak menutup aurat macam nurul ni mmg laa ade dosa nye sendiri.. yg nak di tekan kan di sini nasihat dan tegurla dgn cara yg baik.. contohi ustaz/ustazah yg bertauliah.. kalau menegur pun guna cara yg bhemah… mane nak sound2 orang tak tentu pasal smpi boleh menyakiti hati org yg di tegur tu..

        0

        0
      • saya lalala.. says:

        bertudung pun tak ada hak untuk menghina dan mengaibkan orang lain.. tapi kalau seseorang yg menjaga aurat tahu macam mana nak menasihatkn org dengan cara yang baik..

        0

        0
  24. sajo jo says:

    Saja nak test IQ maths kat komen beautifulnara ni… haha..

    0

    0
  25. aku says:

    mati akan dtg bila2, jd beringatlah dan berubah sebelum terlambat.

    0

    0
  26. pemerhati says:

    Semua orang di sini asyik nak bertengkar, gaduh..semuanya cari dosa. Beautifulnara ni adalah laman untuk mengumpul dosa DAN atas dosa2 ini la Abang Nara kaut keuntungan beli BMW (yang kena curi) dan beli rumah….SYABAS NARA…kau hidup atas hasil sebegini. Saya nak tengok lama mana Beautifulnara ni nak famous atas dasar kehancuran.
    Kepada anda semua yang suka mengata, teruskan….DOSA KALIAN masih boleh diperbanyakkan..syabas!. Tak payah komen kasar2, sekadar baca, yang baik kita amik dan lihat. Tanya diri sendiri, are you good enough to comment on others? Bertaubatlah sebelum nyawa anda dicabut!

    0

    0
  27. ameera says:

    tebalnya make up

    0

    0
  28. snb says:

    xde citer lain ker..dari pagi citer ni jek yg ade..bosan la bro..

    0

    0
  29. WKMA says:

    betol kata nurul..nak tegur biarlah dgn cara yang baik.. aku ada sorang kwn yg beragama islam..dia kutuk agama aku jahil. tapi diri sendiri xtutup aurat.. kat kampus gune bj lengan pjg..luar kampus,gune bj lengan pendek cam aku plak.tkejut aku..ustazah and ustaz pun xpernah ckp agama aku jahil. jgn pandang rendah dgn org lain wpun xseagama.. Tuhan xsuka org yg membangga diri sgt.

    0

    0
  30. Ibu says:

    Kenapa tak siarkan komen ibu nak? Ingatlah setiap perlakuan kita menyumbang kepada keutuhan atau keruntuhan ummah. Janganlah anak jadi sebahagian dari jaringan yang menyesatkan dan melalaikan saudara Islam kita. Kasihanilah anak kecil kamu itu. Setiap hasilmu dari blog kamu penuh dengan jejak jejak dosa. Jauhilah dia dari memakan dari hasil dosamu.

    0

    0
  31. Anonymous says:

    Abang Nara kalau kite kutuk dia sure tak kuar nye….kenapa?? Betul apa, hidup atas komen2 yg membawa dosa….

    0

    0
  32. Anonymous says:

    dio kato dio lobeh seksi sobolum kona dongan si mat saleh ni…maksudnya sekarang ni terlobeh lobeh ko….ontah lah

    gasakla ekau labu

    0

    0
  33. Mak jemah pemalu says:

    Menegur jangan sampai menghina, menegur jangan sampai mencaci..tapi kita juga perlu ingat, mengapa dan kenapa kita dihina dan dicaci..semoga ramadhan memberikan berkatnya untuk kita semua..

    0

    0
  34. Akaks.. says:

    Berkahwin dengan seorang mualaf tidak semestinya menjadikan kita semakin jauh dgn Allah tetapi jika kita hayati ianya akan menJadikan kita semakin dekat dengan Allah..dulu husband seorang kristian, akak akan pakai tudung jika diluar tetapi jika setakat depan rumah, tak pakai pun..suatu hari, boyfriend (sekarang alhamdulillah suami) menegur akak kerana tak pakai tudung di depan rumah..katanya..pakailah tudung jangan nanti orang berkata, awak tak pakai tudung kerana berkawan dengan saya..cuma apabila kita telah berkahwin sama2lah perbaiki diri..Allah memandang siapa diri kita sekarang, bukannya diri kita di masa lalu..

    0

    0
  35. Kdg2 komen dekat laman sosial ni mmg agak ekstreme juga.

    0

    0
    • Sensih Kedai Ubat says:

      Ada vitamin tak untuk kurangkan atau hilangkan ekstrem? Kalau ada bagila… LA-TI-DO…

      0

      0
  36. TENGAH TEPI says:

    kalo dah berhijab penuh menutup aurat jgn nk perasan diri tu bgus sgt kecuali betul2 amalkn nilai hidup islam dalam kehidupan seharian dari segi pakaian,perbuatan,percakapan dan juga segalanya.menegur biar dgn penuh kesopanan dan tidak aibkan org yg ingin ditegur,siapa kita nk tentukan org tu masuk syurga neraka,mgkn satu hari nnt dia jd lg bgus dr kita?

    0

    0