Terkejut besar Abang Nara membaca apa yang telah berlaku antara Hanez Suraya dan Nur Fazura di sisipan BiPop semalam. Iyerlah, pasti terkejut apabila secara tiba-tiba akses kepada akaun Instagram Fazura disekat tanpa apa-apa penjelasan. Lagi memelikkan (ada ke perkataan ini?) Hanez memaklumkan yang sepanjang pengetahuannya, tiada masalah antara dirinya dan Fazura.
Adakah sedang berlaku “perang dingin” antara kedua-dua selebriti jelita ini? Abang Nara rasa ini semua hanyalah salah faham yang kecil. Mungkin perkara ini terjadi apabila ada peminat yang mendakwa Hanez Suraya meniru gaya dan imej Nur Fazura. Kesian juga Abang Nara kepada Hanez. Pasti terkejut dengan situasi ini. Kata Hanez:-
Setahu dan sepanjang pengetahuan saya, memang tiada masalah antara kami. Tak tahulah kalau dia tak puas hati di belakang. Jika betul dia tak tuju perkara itu kepada saya, dia akan pertahan dan perbetulkan saya. Tapi saya difahamkan gambar beserta keterangan yang menjadi sensasi itu sudah pun dipadamkannya.
Selama ini pun kami saling mengikuti di laman Instagram (IG), cuma baru-baru ini saya buka profilnya tetapi akses saya sudah disekat. Saya kurang faham kenapa jadi begitu. Kalau ada masalah antara kami, boleh bawa berbincang atau ditegur secara baik. Apa puncanya hingga jadi begitu andai benar kenyataannya itu memang menyindir saya.
Hanez Suraya juga ada penerangan mengenai imejnya yang dikatakan meniru Fazura. Terang Hanez:-
Berdasarkan apa yang ditulis kononnya ada wanita yang suka meniru gaya dan fesyennya, saya rasa sebelum ini pun saya juga gemar berfesyen tetapi kenapa pula sekarang perlu disensasikan?
Kalau nak kata saya suka pakai tas tangan Chanel, golongan perempuan kebanyakannya gemarkan pelbagai jenama tas tangan. Jadi apa yang saya tiru sebenarnya?
Ada logiknya penjelasan Hanez Suraya itu. Hmmmm. Abang Nara rasa kalau nak selesaikan masalah ini, kedua-dua selebriti ini perlu bertentang mata. Tak manis rasanya ber”perang dingin” sebegini. Kedua-duanya pun ada peminat yang ramai. Namun itu hanyalah cadangan Abang Nara. Perkara yang sebenar terjadi, hanyalah mereka berdua sahaja yang tahu.