Akauntan Pilihan Hati Ungku Ismail

Hiburan

Akauntan Pilihan Hati Ungku Ismail

Semakin popular selepas kemunculan dalama siri drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz kini menjadi perhatian ramai baik dari segi kerjaya mahupun soal peribadi.

Pernah mendedahkan beliau sudah dimiliki oleh seseorang dan berhubung secara jarak jauh, Ungku Ismail kini mengakui kekasih hatinya itu seorang akautan yang sudah lama dikenali olehnya.

Advertisement

Saya sekarang sedang bercinta dengan seseorang. Kami sudah lama kenal tetapi baru beberapa bulan bercinta. Dia seorang akauntan.

Dunia artis yang penuh glamor dan dunia koprat seorang akauntan memang jauh bezanya, tetapi Ungku Ismail berkata kekasihnya itu memahami kerjayanya dan sering menyokong beliau untuk tidak berputus asa dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang lakonan.

Untuk pengetahuan semua, Ungku Ismail bukan calang-calang pelakon kerana beliau sebenarnya memiliki Ijazah Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Strathclyde, Glasgow, Scotland.

Kami rasa memang sepadan untuk Ungku Ismail berpacaran dengan seorang akauntan dan berharap hubungan mereka dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. Bila agaknya beliau akan mendedahkan identiti kekasihnya ya? Pasti ramai yang ingin melihat wajah cinta hati beliau.

Sumber Berita: Mangga Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...