Written by AbangNara | September 21st, 2016

Aduh. Kesian sungguh dengan nasib malang yang menimpa selebriti-selebriti tanah air. Lepas seorang demi seorang akaun Instagram digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini Mia Ahmad, Jihan Muse, Izreen Azminda pernah menjadi mangsa dan kehilangan jutaan pengikut. Kali ini giliran Nabil Ahmad pula. Akibatnya, Nabil dan isterinya yang berkongsi satu akaun Instagram telah kehilangan 1.2 juta pengikut. Satu angka yang cukup banyak.

zira nabil

Kata Nabil:-

Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami. Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan.

Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira. Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua.

zira nabil

Bukan senang hendak mengumpul pengikut sehingga 1.2 juta. Senang-senang je kena godam dengan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Tak apalah Nabil. Insya Allah akaun baru ini pun akan melonjak naik jumlah pengikutnya secepat mungkin. Lepas ini boleh lebih berhati-hati terutama apabila membuka email yang kononnya dihantar oleh pihak Instagram. Apa pun, buat para peminat Nabil Ahmad, boleh ikuti Instagram barunya di @NabilZira. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Akaun Instagram Nabil Ahmad Digodam, Hilang 1.2 Juta Pengikut

  1. nok gebuzzz says:

    comel anak2 nabil….

    0

    0
  2. melati says:

    1.2 juta pengikut Nabil tu bangsat2 jew..!!!…

    0

    0
  3. zira says:

    pdn muke..aritu ak komen ‘assalam haji & hajah’ trs kna block!!! .. da mmg betul hj & hjh seksi lps blik dr sne..so slh ke org pggil mcmtu

    0

    0
  4. Nauraa says:

    Hilang 1.2 juta followers je pun bukan hilang RM1.2 juta or 2.6bilion … Wat teperanjat jew

    0

    0
  5. Anonymous says:

    menyampah nexxxtttt

    0

    0
  6. Auta says:

    Astro mmg banggang, buat rancangan nabil naik haji. Org mcmni pun nakntunjuk p haji ke.. bini xpakai.tudung. yg dia artis lawak entah apa2.. nak jd contoh cmni ke? Neway takziah hilang pengikut 1.2 juta

    0

    0
  7. kamu says:

    ehm doakan nabil suruh isteri dia menutup aurat..

    0

    0
  8. Kamtome says:

    perlu ke nama ig nabilzira. siapa artis sebenarnya?

    0

    0
  9. Mak Chemah says:

    mak tak follow pun ig derang

    0

    0