Pertama kali Abang Nara mendengar lagu 150 Juta nyanyian Ainan Tasneem, terus hati ini berkata “Macam pernah ku dengar lagu ini tapi di mana ya?” Fikir punya fikir, barulah teringat yang penyanyi asal lagu ini adalah Fynn Jamal.
Balik ke rumah, Abang Nara terus membuat sedikit carian di Internet. Rupanya ramai yang marah kerana Ainan Tasneem menyanyikan semula lagu ini. Malah ada yang menggelar Ainan sebagai pencuri. Teruk jugak hentaman dan kritikan yang diterima. Namun semua itu sebenarnya adalah salah faham. Jelas Ainan Tasneem kepada Metro Ahad:-
Jangan buat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Saya tidak curi kerana syarikat rakaman sudah beli lagu itu daripada Fynn. Sebelum jual lagu ini, saya difahamkan Fynn bertanya siapa yang akan nyanyikan lagu itu. Apabila dimaklumkan nama saya, dia terus bersetuju.
Malah, tuan empunya lagu, Fynn Jamal sendiri turut kerap mengupdate status Facebooknya untuk memberitahu peminatnya yang lagu tersebut sudah dibeli oleh pihak Ainan Tasneem dan bukannya dinyanyikan semula tanpa kebenaran. Kata Ainan lagi:-
Selalu juga kami berhubung di Internet dan dia tahu isu ini. Dia cuba sedaya upaya membersihkan nama saya dengan menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa dia sudah jual lagu itu dan saya bukan mencuri seperti mana digembar-gemburkan.
Jadi kepada peminat-peminat Fynn Jamal, janganlah dikecam lagi si comel Ainan Tasneem ini. Kesemua yang dilakukan adalah mengikut saluran yang betul. Apa pun, lirik lagu 150 Juta tue not bad jugak sebenarnya. Kelakar dan memang style orang muda sekarang. Tak gitu?
P.S: Umur 50 tahun tapi makcik dari Korea ini nampak macam 30-an