Written by Bella | October 4th, 2016

Anda masih ingat lagi dengan penyanyi Ainan Tasneem yanag bakatnya mula jadi perhatian ramai ketika beliau memuat naik video nyanyiannya di YouTube?

Jarang muncul di kaca tv, terbaru Ainan mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari tahun hadapan hanya selepas dua bulan berkenalan.

Saya buat keputusan untuk menerima lamaran dia (Ariff), walaupun kami baharu sahaja berkawan sejak dua bulan lalu. Saya buat solat ikhtiharah setiap hari dan yakin dengan keputusan ini. Lagi pula kami memilih untuk mengenali lebih dekat selepas berkahwin nanti.

Keikhlasan hati Ariff berjaya memikat hati Ainan apatah lagi lelaki berkenaan cukup bertanggungjawab dan menjaga keluarganya dengan begitu baik sekali.

Semuanya berjalan dengan pantas dan Allah telah dipermudahkan urusan kami, keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju dan mahu ia dilangsungkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Saya juga sudah bersedia untuk berkahwin kerana sebelum ini saya banyak kali bercinta dan gagal dalam percintaan.

Pada masa yang sama, Ainan memberitahu beliau sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada bidang nyanyian selepas sah bergelar isteri. Keputusan beliau itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya MVM Music  walaupun Ainan masih lagi mempunyai empat bulan kontrak bersama syarikat berkenaan.

Saya yang buat keputusan untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan saya sudah maklumkan hal ini kepada syarikat rakaman. Kontrak saya dengan MVM hingga April tahun depan dan rasanya mereka juga tidak menghalang pendirian saya ini.

Majlis akad nikah Ainan dan Ariff akan diadakan pada sebelah pagi pada 7 Januari di Hotel Blue Wafe Shah Alam, manakala majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Tahniah kami ucapkan kepada Ainan Tasneem dan pasangan. Semoga segala persiapan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

25 responses to Ainan Tasneem Bakal Berkahwin Dengan Jurutera Tahun Hadapan, Buat Keputusan Untuk Berhenti Menyanyi

  1. melati says:

    ooo penyanyi kew

    5

    0
  2. girlrangers says:

    eja blue wave pun salah wave la bukan wafe #aptb

    10

    0
  3. anon says:

    Berhenti aje lah dik….. kau x berhenti pun, org x kenal pun kau penyanyi…
    Kau nyanyi lagu apa dik ???????

    21

    3
  4. Anonymous says:

    Hahaha ni lah minah kekwat yang kecoh pasal flight attendant tak tolong angkat bag masuk head compartment kan? Bagus la berhenti nyanyi lepas kahwin.

    12

    2
  5. Anonymous says:

    bgslah dik berhenti je. tak lah menyumbang bnyk mana pun kpd negara. bgslah bercita-cita nak jd pensyarah, bnyk jg faedah nak sumbangkan kpd negara. lgpun dik tak popular mana pun, jd industri tak terkesan..peace.

    13

    3
  6. abc says:

    secara tidak langsung, berita ini menyebabkan permintaan untuk kos kejuruteraan di institut pengajian telah meningkat dengan mendadak

    8

    1
    • entah says:

      kawin dengan engineer boleh hidup macam princess sbb engineer stone so die akan yes boss jer dgn wife. engineer adalah lelaki paling tak hot dlm industri mencari jodoh so ssh nk cari engineer player. pandai ko ainan

      3

      6
  7. KIKI says:

    Elok bebenor la berenti dik oii.. suara pn bukan sedap mana….

    5

    0
  8. superstar says:

    eh wujud lagi ko dlm industri seni sendu malaysia ni,bagusla jdi artis kat mesia tak kemana pun…yg berjaya cuma yuna dan seangkatannya yg mengharumkan nama mesia di dunia ini termasuk anak kesayangan kak mah ye tuan tuan dan puan puan sekalian

    4

    1
  9. Rooney says:

    Relevan ke kau?

    1

    1
  10. haron says:

    Tengok muka pun tau, lepas kawen seccara amnye seseorang muslimah dgn tetibanye akan jadi seseorang yg tak boleh berfikir lagi, kerjaya kena berhenti jaga suami, kononye taat si suami, pandangan tak di terima kerana kena ikut si suami, sumai kawen lagi satu terpaksa terima madu walaupun pahit, kena duduk rumah jaga anak yg ramai sambil si suami berfoya-foya. Ini adalah trend perkahwinan orang melayu dan akhirnye cerai juga

    0

    14
  11. pemerhati bebas says:

    x pyh le sibuk mention kwin dgn engineer..ko dh kwin pun diam2 jela…sibuk jaja konon dpt kwin jurutera..pdhal junior engineer je kot

    13

    0
  12. maria says:

    tak kenal siapa awak dik, tapi akak tumpang happy sbb awak nak bina masjid..alhamdulillah..satu keputusan yg baik..moga kekal bahagia dan mendapat zuriat yg baik2 :)

    4

    0
  13. El says:

    Kimi cmne? Xkan kna tggl da kot? Huhu

    1

    3
  14. esah says:

    sian laki ko kena angkatkan beg nanti..

    12

    0
  15. Slack says:

    Ni sape? Penyanyi mau jadi hantu jadi buaya tu ke??

    0

    0
    • Anonymous says:

      Hantu Atau Buaya tu Nana Sheme. Yang Ainan ni nyanyi lagu apa ya? Kenal Ainan Tasneem ni pun sebab kes dengan Air Asia.

      0

      0
  16. Khalisa says:

    Aq x puas hati asal DAI SYED disingkir..
    Al least bgi lah peluang pada dye smpai final even x mng
    Aq akui persembahan separuh akhir dye kurang..munkin sbb nervous

    Tapi nk wat cam mne bkn rezeki dye ke final
    Papepon aq bangga sebb dye mampu faham/kuasai bahasa arab
    Dan berjaya sampai ke separuh akhir
    #tumpang ye..just nk luahkan persaan…wkwkwkwk

    0

    0
  17. ubattinggi says:

    hm…mm… hantar barang untuk ig review, tapi tak buat pun. buat rugi ahkak je.. tolonglah jujur ye.. kalau tak nak terima, kata xnak terima barang orang. orang pun tak rugi.

    0

    0