Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia

Hiburan

Aiman Hakim Seorang Yang Romantik – Nur Fathia

Sekali pandang, Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia sememangnya pasangan yang sama cantik dan sama padan. Walaupun khabar angin percintaan mereka sudah bertiup kencang bak taufan, sehingga ke hari ini Aiman dan Fathia masih menafikan wujudnya hubungan mesra antara mereka berdua. Kedua-duanya lebih selesa untuk berahsia dan enggan membuat pengakuan secara terbuka.

aiman hakim dan fathia

Advertisement

Malah Nur Fathia sebelum ini pernah memberitahu hanya akan mengakui perhubungannya dengan Aiman apabila jejaka tersebut menghantar rombongan masuk meminang. Satu langkah yang bagus pada pendapat Abang Nara. Iyerlah, kalau dah kecoh-kecoh bercinta, tup-tup putus di tengah jalan, mahu satu kampung malu. Namun begitu Fathia mengakui yang Aiman ada ciri-ciri lelaki idamannya. Kata Fathia:-

Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat.

Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik.

Saya rasa selesa dengan cara itu (tidak membuat pengakuan cinta). Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas. Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja

aiman hakim

Pasti peminat-peminat Aiman dan Fathia tidak sabar untuk mendengar pengakuan tentang percintaan mereka. Kenalah bertahan sehingga Aiman masuk meminang. Kalau Abang Nara jadi Aiman, hari ini jugak masuk merisik. Mana tahu kena sambar dengan lelaki lain. Hehehe. Tak gitu? Info asal Mstar Online.

P.S: Myvi ialah kereta paling laris jualan untuk tahun 2013

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...