Aidil Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak – Rita Rudaini

Hiburan

Aidil Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak – Rita Rudaini

RM2,000 bukanlah satu angka yang terlalu besar dan terlalu kecil. Namun apabila mendengar hanya jumlah tersebut yang mampu disediakan oleh Aidil kepada 2 orang anaknya, Rita Rudaini mengakui rasa sebak dan tersentap naluri keibuannya. Selaku seorang ayah, dalam sebulan hampir dekat RM1,000 juga Abang Nara belanjakan untuk membeli susu, pampers, baju-baju, ubat-ubatan dan perkara-perkara lain untuk anak tercinta.

rita rudaini dan aidil

Advertisement

Kata Rita menerusi Berita Harian:-

Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening.

Saya tidak tahu hendak kata apa. Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup mengorbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu.

aidil dan rita

Sememangnya anak adalah amanah yang paling tidak ternilai buat seorang ayah. Tugas seorang ayah pula tidak lain tidak bukan memberikan keselesaaan untuk anak-anak tercinta. Apa pun Abang Nara respek kepada Rita Rudaini kerana tidak menghalang anak-anak berjumpa dengan ayahnya. Kata Rita lagi:-

Biarpun kami tidak lagi ada ikatan, tetapi saya tidak pernah menghalang dia berjumpa anak. Saya tahu mereka bukan milik saya seorang, kerana Aidil juga ada hak ke atas Rayyan dan Arjuna.

Jadi saya tidak akan sesekali memutuskan kasih sayang seorang bapa dengan anaknya. Walaupun sudah berkahwin, selalulah jenguk anak. Kalau boleh saya mahu anak rapat dengannya supaya mereka kenal siapa bapa mereka.

rita dan aidil

Bab pemberian nafkah itu, sama-samalah kita nantikan keputusan daripada pihak mahkamah kelak. Kita pun tidak tahu berapa jumlah sebenar gaji dan tanggungan yang dipikul oleh Aidil. Mungkin memang Aidil benar-benar mampu beri RM2,000 sahaja. Kita tak tahu kan? Apa pun semoga jumlah yang akan diputuskan nanti bakal memberi keselesaan buat Rayyan dan Arjuna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...