Written by Bella | June 29th, 2016

Program realiti nyanyian Akademi Fantasia nampaknya bakal menemui anda tidak lama lagi. Dikenali sebagai AF2016, pihak Astro baru-baru ini telah memperkenalkan tenaga pengajarnya kepada umum.

Kali ini ada dua wajah baharu di AF iaitu pelakon cukup berbakat Ellie Suriaty dan penyanyi dangdut popular dan terkenal dengan sifat terus-terang, Mas Idayu.

Ellie memikul tanggungjawab sebagai Guru Seni Persembahan dan Mas Idayu pula sebagai Guru Persembahan Vokal.

Antara tenaga pengajar lain ialah Edry Abdul Halim ( Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine ( Guru Tarian & Koreografi) dan Shahrolbahri (Guru Vokal).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad , pihak beliau amat berbesar hati dengan penyertaan tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang masing-masing .

Soal pemilihan barisan tenaga pengajar ialah satu proses penting kerana mereka adalah nadi dalam mendidik semua peserta agar bersedia selepas program tamat. Tahun ini kami bertuah kerana semua pengajar berkaliber dan mempunyai pengalaman luas.

AF2016 akan mula bersiaran pada bulan Ogos depan dan kali ini tenaga pengajar juga akan turun padang sebagai juri sewaktu sesi uji bakat yang bakal diadakan sekitar bulan Julai depan.

Harapnya dengan pembaharuan yang dilakukan ini, ia dapat melahirkan bintang-bintang  yang lebih berkualiti nanti.

Sumber Berita : mStar Online

27 responses to AF2016 Bawa Pembaharuan : Tampilkan Ellie Suriaty Dan Mas Idayu Sebagai Tenaga Pengajar

  1. Anonymous says:

    y pompuan dh mcm momok aku nengok…nape rambut ellie suriaty cam tu…dh mcm retis zaman 80an jeeeee…x ad gaya langsung..

    0

    0
    • amoi says:

      dah2 la buat AF tu..bg aku dah xde function pon AF skrg ni..program syok sendiri..budak2 skrg yg nak masuk semata2 nak pemes..kualiti zero…makin teruk industri kita skrg ni…yg berbakat 1 @ 2 org jer..yg lain hancoooo!!

      0

      0
  2. shyue says:

    ada ke org nk tgk AF ni lagi??

    btw, kenapa tgk ellie mcm lain je??? krg sihat ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Juara tahun lepas si Sufi tu pun macam sepi je, ni nak buat lagi AF baru. Hmm janji masyuk kan Astro!

      0

      0
  3. lantak ko lah says:

    mas idayu jd guru vokal ? hmm.. masak la bebudak ni kena rotan dgn babap…. gudlak uols..!!!

    0

    0
  4. Saper2 je la says:

    Alahaiiii alahaaiiiii…ala kassim ala kasssiiimmmmm….why la astro why????

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ya allah… please laaaaaaa tamatkan af ni..

    0

    0
  6. tarabas says:

    mesti bykkan lagu mas idayu yg popular bipolar sbb tu dipilih jd pengajar..

    0

    0
  7. Endang S. Tauruni says:

    edry..tolongla jgn nk perasan hensem..ko tue xhensem okey??

    0

    0
  8. gurlz87 says:

    af boring..

    0

    0
  9. kendall jenner says:

    Dlu cakap AF terakhir, tp tiap taun ade je agi, jilake btul. AF dh tak relevan selagi peserta takda yg mnyengat..rancangan realiti nyanyian omputeh, dari audition pun dh mcm pro singer.ni cara astro nk kaut untung je..suruh org afundi berabis, lpas tu nanti kalau ada peserta tersingkir, pengundi disalahkan sb tak mengundi..lol? dah memang konsep tiap mingu ada yg tekeluar. org undi bnyk2 pun tetap ada yg undian terendah, mana mungkin jumlah undian smua sama kan….

    0

    0
  10. Nyonya Mansor says:

    APA AF ada lagi persoalannya masih relevant lagi ke…nanti dia punya ulangan NALA…
    Dah la sume cerita kat Astro tu asik ulangggg aje kejenya..

    0

    0
  11. Cempaka di Taman says:

    Muaknya tengok muka linda jasmin….

    0

    0
  12. Hmmm says:

    HAHH???!!!! MAS IDAYU???!!!! MASIH RELEVANT KE???

    0

    0
  13. melati says:

    ADUIIII….JUARA YG LEPAS PUN SAYA TK KENAL…!!!!! TAMBAH PUNAH LEW….

    0

    0
  14. chillex says:

    PLEASE LAH WEY!
    AF DAH TAK RELEVENT!!!
    YANG BERLUMBA-LUMBA NAK MASUK HANYA MELAYU JE!

    0

    0
  15. mak c kina says:

    dah xrelevan dah AF ni..yg dtg audition pun semua bajet suara sedap & perasan cantik..baik akk2 & abg2 bimbing ank jd yg lbh berguna dari jd artis yg perasan bagus…dan menghabiskan duit org lain demi menjadi kaya & popular…

    0

    0
  16. adidassss` says:

    kenapa seluar alif syukri tu ketat, sampai tersembok berbird dia…..AF dah patut kena stop, orang orang melayu jangan support dah…kayakan astro tp service hacur and bayar mahal….bila astro nak ada pesaing ni….

    0

    0
  17. Villain con says:

    Kpd ank2 muda yg betul berbakat mna lgi platform yg bole ketengah kan mereka ni dgn pantas dan glamer selain AF… Kalau yg x kenal sesapa dlm industri tpi memiliki talent mayb ni je cara untuk dikenali.. So y not kan …. Salahkan bbdk yg hrpkn muka je ok tpi suara kelaut, prasan gak nk jdi artis. Pemilihan peserta tu cari la yg berkualiti

    0

    0
  18. missv says:

    xyah la buat AF lg…bekas2 bdk AF pun byk yg x laku xda job…sebok nak lalai dgn AF ni…mintak2 la xda yg sokong…biar terkubur AF ni…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    yang sokong pon mereka dan keluarga mereka shj..

    0

    0
  20. X says:

    Nie versi AF kelaut dalam.

    0

    0
  21. kentang.bulat says:

    aku baru sedar THE VOICE lagi best sebab audition diorang tak cikai dan carik yg betul2 boleh nyanyi.. takde lah pulak aku tgk juri tu soh peserta berjoget2 kalau nak lulus audition.. kualiti weh bukan qty yg diorg tgk… bukan senang nak tercalon.. kalau boleh block saluran AF ni mcm block dalam whatsapp aku laa org pertama yg buat..

    0

    0
  22. Kaki Ponteng Earth Hour says:

    Ada lagi rancangan sampah lagi bangang yang bernama AF nih..

    0

    0
  23. suwei says:

    aku rase ade tenaga pengajar lagi lah hancur. baik2 suara budak2 ni sedap terus ke laut sbb ikut sgt format.

    0

    0
  24. xoxo says:

    Mas Idayu ni layak ke jadi guru vokal? Sendiri punya suara hancus and album pun banyak mane?? haishhh…!!

    0

    0