Aeril Zafrel Nafi Dakwaan Sudah Berkahwin Dengan Wawa Zainal

Hiburan

Aeril Zafrel Nafi Dakwaan Sudah Berkahwin Dengan Wawa Zainal

Aeril Zafrel sekarang ini memang sedang hangat menerusi drama Cinta Jannah. Ramai betul yang terpacak depan TV untuk tidak melepaskan peluang menatap kekacakan Aeril. Seperti biasa, apabila popular, pasti ada khabar angin yang kurang enak. Cerita-cerita sebegini sudah lumrah buat mereka yang terjun ke dunia hiburan.
aeril zafrilTerbaru Aeril Zafrel dikatakan sudah berkahwin dengan Wawa Zainal. Tambah menyedapkan khabar angin itu, Wawa Zainal dikatakan sudah hamil dan kini sedang berehat di kampung halamannya di Sabah. Ditemubual oleh Kosmo, Aeril menafikan segala dakwaan tersebut:-

Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi dan komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Sekarang status kami berdua hanyalah sahabat baik dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Tidak dinafikan dan tipulah kalau kata kami tidak berjumpa. Jika dia berada di Kuala Lumpur, kami akan keluar makan bersama, tetapi sekarang dia berada di kampungnya di Sabah kerana sedang berubat.

Di sini saya ingin memohon tolong jangan sebarkan cerita jika tidak ada bukti dan akan memburukkan orang lain. Andai ada bukti sekalipun dan cerita itu sahih, jika dikeluarkan menjadi aib kepada tuan punya badan, tidak boleh juga dikeluarkan. Jika tidak benar, lagi berdosa dan harus meminta maaf kepada Wawa.

Advertisement

aeril zafril

Diharap Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tabah menghadapi khabar angin sebegini. Inilah asam garam dunia hiburan. Sekali sekala memang memeritkan. Teruskan bertenang dan keluarkan kenyataan seperti anda keluarkan menerusi Kosmo ini. Nampak matang dan tidak cepat melatah. Anda memang cool.

P.S: Nissan Grand Livina 2013 dilancarkan hari ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...