Written by Bella | December 15th, 2016

Pelakon Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal bakal menunaikan ibadah umrah pada penghujung bulan ini dan sekaligus menyambut tahun baharu 2017 di Tanah Suci Mekah.

Menurut Aeril, mereka pergi berdua sahaja. Buat masa ini Aeril tidak lagi terlibat dalam mana-mana penggambaran drama dan ingin berehat.

Aeril berharap agar segala urusan beliau dan isteri untuk beribadah berjalan dengan lancar.

Untuk menunaikan ibadah umrah saya bersama Wawa sahaja, anak-anak saya tinggal di bawah jagaan keluarga terdekat. Mengenai persediaan dan persiapan buat masa sekarang saya sedang berehat dan tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon. Rehat sepenuhnya amat perlu agar ibadah saya di sana, dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Tambah Aeril, beliau sebenarnya sudah menerima pelbagai tawaran lakonan tetapi hanya akan kembali aktif selepas pulang daripada menunaikan umrah sekitar pertengahan bulan Januari depan.

InshaAllah perjalanan Aeril dan Wawa ke Tanah Suci Mekah akan baik-baik sahaja dan kami juga mendoakan agar segalanya  dipermudahkan buat anda suami isteri menunaikan ibadah umrah di Mekah nanti.

Sumber Berita : Astro Gempak

25 responses to Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Tunai Umrah Hujung Bulan Ini

  1. Anonymous says:

    jgn pula berselfie depan kaabah. pemain2 bola pun x bawa masuk handphone bila masuk padang berlawan. sbb mereka tumpukan sepenuh perhatian pada game. mcm tu la kita. semoga ibadah diterima tanpa ada rasa riak dan ujub.

    16

    0
    • Manggis says:

      Mcm Che Ta.. Siap bawak cameramen lagi pose… Haha

      5

      0
    • Anonymous says:

      ko ni apahal?

      0

      6
    • Anonymous says:

      ibadah tu tetap berjalan. niat nak pegi pun kerana Allah.. niat ibadah kerana Allah. hanya sekeping dua utk buat kenangan apa salahnya. lagipun bukan setiap bulan kita dapat ke rumah Allah. kalau pegi langkawi ke, pulau2 ke mesti nak buat kenangan juga. lagila pulak rumah Allah yg subhanallah cantik. lg mata kita x bkelip. mesti nak buat tatapan bila dh balik dari umrah nanti. semoga 1 hari nanti kita semua dapat pegi ke rumah Allah. aamiin. aamiin…aamiin….

      14

      0
    • Phantagirow says:

      Selfie untuk simpanan dan kenangan sendiri takpe. Bukan senang nak dapat peluang selfie depan Kaabah.

      1

      5
    • Anonymous says:

      Awat yg taruih jambang cenggitu nk jd wolverine ka..sory dik wolverine tuu brlakon cite pecah panggung,,hang brlakon pn kayu..

      1

      2
    • Sila lah terasa says:

      pelik aku manusia dgn selfie dan handset ni. konon nk jadikan kenangan.
      kenangan apooooo. hari2 mengadap kiblat atas sejadah tu pemenda tak cukup ke. besuk kt padang mashyar xkan disoal berapa keping selfie kamu ambil. nonsense je melayu2 skrg. berposing mcm kat disneyland. tu semua duniawi!

      4

      0
  2. melati says:

    Alhamdullilah..!! kalau terjumpa Keluarga Neelofa kt saner tolong pesan kt Mereka , suruh lah Neelofa kawin gan Fatah tu ..memang tu jew Taraf Neelofa…!!

    1

    7
    • xtahan dah nak oiiiiii says:

      amboi melati..hidup jgn terlampau mendongak sgt merendah2 kan org lain.rezeki ALLAH bg tau bkn manusia tetapkan..iols doakan fattah dan lofa lbh murah rezki lps ni wpun skrg rezki diorang tgh mencurah2.. at least fattah 2 x tumpang kekayaan sape 2tau. nmpk dia usaha keras untk berjaya..uols duduk je la blkg keyboard every time ade name lofa and fattah.

      4

      0
  3. Anonymous says:

    umrah pun kena pergi kursus dulu,dah pergi ke belum? Jangan jadi mak mak datin, umrah tu pergi shopping kat mekah katanya.

    1

    1
  4. Anonymous says:

    Aeril ni kalau bergambar boleh tak jangan nak budget cun sangat dengan buat mata konon seksi.Geli la kau tu dah laki & bapak orang.Bukan la hensem gila pun.Standard jawa boleh la

    2

    0
  5. Anonymous says:

    Sebelim pihi minta maaf dulu dgn org terutama cikgu R……..

    0

    0
  6. jgn kecam akak yew says:

    saya pernah tanya ustaz pasal selfie. ustaz ckp..tak perlu. kita nk cari redha allah bukan manusia. sekian…

    5

    0
  7. Anonymous says:

    mak bapak aku g umrah da g haji pun da. hp tinggal dlm bilik. bila g shopping jln2 baru amik gmbr, dekat pasar dkt kedai. jd kira takda la gmbr diaorg masa tawaf … semoga aku pun mcm tu g mekah nnt. amin

    1

    0
  8. kak tipah says:

    kapel milo suam nak tagih publisiti murah..LOL

    1

    0
  9. g says:

    dah pegi om? pung pang pung pang tak pegi2 punlg

    0

    0

Leave a Comment

Optional