Status sebenar penyanyi Adira hari ini menjadi topik yang cukup hangat bahkan sudah menjadi viral di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali dengan nama Datin Red menerusi akaun Facebooknya memberitahu beliau sekarang berkongsi suami dengan Adira.
Mengiyakan berita bahawa Adira sudah menjadi isteri kedua ialah ketika lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dato Red memuat naik foto isteri pertamanya bersama Adira.
Perbualan di ruangan komen di foto itu juga seakan menunjukkan ia bukan sekadar gosip semata-mata dimana komen Datin Red yang kelihatan redha dan merestui perkahwinan tersebut menjadi perhatian ramai.
Malah, Adira turut memuat naik gambar yang sama di akaun Instagram miliknya semalam.
Rata-rata peminat terkejut dengan berita berkenaan, ada yang berharap Adira bertabah menjalani kehidupan berumah tangga sebagai isteri kedua dan ada pula yang tidak bersetuju Adira menyakiti hati wanita lain jika benar beliau sudah berkahwin dengan Dato tersebut.
Jika berita ini benar, kami yakin pasti ada hikmah buat Adira dan apa yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Adira.