Written by Bella | February 4th, 2016

Sedang kami melayari laman Facebook, jari kami terhenti apabila terbaca status adik kepada Azmil Mustapha iaitu Aziph Mustapha yang menceritakan bagaimana kuatnya semangat abangnya itu untuk menghadap Allah SWT kerana mahu menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau.

Meskipun masih lagi menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang dan agak lemah kerana sakit jantung, kami boleh kata Azmil tidak mahu menjadikan ia satu alasan untuk tidak melakukan ibadah sehingga beliau terpaksa mengesot.

Berikut adalah perkongsian penuh Aziph di akaun Facebooknya:-

2 Feb 2016. | 0641 hrs

Alhamdulillah, Abang Azmil bangun dan rasa lebih sihat dan bertenaga pagi ini. Dia bangun awal dan berkobar2 nak ikut saya pegi Surau untuk berjemaah Subuh. Saya cuak jugak nak bawak, but he said “I’m fine”.

So, oklah, saya tolak dia menggunakan wheelchair mini yang dibelikan oleh anaknya. Surau dekat je, dalam 500m.

Jemaah Surau Al Firdaus Tiara Heights terkejut dan gembira melihat Abang Azmil bersama2 mereka. Inilah kali pertama Abang Azmil memasuki Surau baru ni.. Baru dirasmikan dua hari lepas. Dan ini juga pertama kali Abang Azmil masuk Surau atau Masjid setelah lebih sebulan sakit kuat. Alhamdulillah.

Namun sebaik sahaja taslim, Abang Azmil dah tak larat duduk atas kerusi. Dia turun duduk atas lantai, dan kemudiannya terbaring. His breath was laboured and he looked in pain. We let him rest there for a while.

Setelah semua jemaah pergi, tinggal lah kami dua beradik dalam surau. Lebih 20 minit juga Abang Azmil cuba mendapatkan balik nafasnya dan tenaganya. Perlahan2 dia menghensot ke muka pintu Surau, dan sambung berehat di sana pula. Setelah 10 minit lagi, baru boleh dia bangun perlahan2 dan duduk atas wheelchair untuk perjalanan pulang ke rumah.

Harap semua dapat terus berdoa untuk kesihatan Haji Azmil dan supaya Allah swt kembali kan kekuatan dan kudrat, serta mempertingkatkan semangat supaya dapat terus berjuang.

MasyaAllah, begitu kuat sungguh semangat Azmil untuk terus beribadah meskipun dirinya  masih lemah. Azmil betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah SWT dan mencari keberkatanNya.

Sumber Berita: Facebook Aziph Mustapha

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Adik Kongsi Foto Azmil Mustapha Tetap Bersemangat Ke Surau Untuk Solat Jemaah Walaupun Mengesot

  1. aku says:

    ya allah..berikan la kekuatan padan dia..semoga cepat sembuh

    0

    0
  2. HerLadyShip says:

    Pasti ada ganjarannya dari Allah swt…
    Kembali sihat atau Kembali…..
    Mohon Allah meredahi nya…..

    0

    0
  3. noona says:

    Allahu…. Kuatnya semangat beliau…?..ya Allah …..hambamu Mu mohon, moga ringnkanlah sakit beliau ya Allah…..

    0

    0
  4. hihihihihiii says:

    ini bru kisah inspirasi…
    bkn tayang aset…niat nk bg inspirasi

    0

    0
  5. afidah azmi says:

    Sesungguhnya..Pengorbanan dan cintanya kepada Allah SWT sangat berinspirasi kepada kami.Kami jatuh cinta dengannya sejak menonton drama #alisetan.

    0

    0
  6. minah says:

    malu kita.. sedangkan yang sakit ada azam yang kuat

    0

    0
  7. Spice Girl says:

    Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan yg baik kepada Encik Azmil, minat dia dr aku kecik lagi, menangis aku baca :((

    0

    0
  8. :) says:

    Jangan Gelarkannya ali setan lagi

    0

    0
  9. hamba Allah says:

    Allahuakbar..moga beliau terus diberi kekuatan untuk beribadat kepada Allah s.w.t

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Allahuakbar…subhanaallah…org yg dpt hidayah drp Allah…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Semoga Allah sentiasa diberikan kesihtan yg baik utk abg azmil.. Semoga tetap kuat dan istiqomah beribadah …ameen

    0

    0
  12. lan says:

    Malunya aku.. aku yang sihat ni pun boleh dikira berapa kali jejak surau @ masjid..

    0

    0
  13. Faradilla says:

    Semoga Azmil Mustapha diberi kesihatan yang baik dan tetap kuat beribadah.Amin

    0

    0
  14. Hamba Allah says:

    Subhanallah. ?

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Benarlah dunia ini tpt kita kerja beribadat kuat sebagai bekalan di akhirat…bknnya tpt berehat.alahuakbar malunya aku pd insan seperti ini…semoga Allah memberi kekuatan pd saudara Azmil..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    ya ALLAH..kuat btl semangat dia..sedih tengok gmbr masa dia mengesot tu..malu pd diri sndri plk..klau tengok cite ali setan dlu…x sangka azmil leh berubah mcm ni..orang y dapat hidayah dari allah..moga azmil d beri kesihatan y baik…aminnnnnn

    0

    0
  17. MAK JEMAH says:

    Semoga cepat sembuh…Aamiin

    0

    0
  18. aku says:

    ya allah..berikan la kekuatan padan dia..semoga cepat sembuh…aaminn

    0

    0
  19. kamal says:

    terasa diri ni terlalu jahil disisi Allah…….sedangkan azmil ni yg mendalami agama, diuji pula kesihatannya oleh Allah tp dia masih mampu kuatkan semangat utk ke masjid menunaikan ibadat dlm apa keadaan sekalipun…….Ya Allah berikanlah kekuatan & kesihatan kepada nya dalam menyempurnakan amalannya…..Hanya Engkau saja yang berkuasa ke atas segalanya……Amin

    0

    0
  20. Anonymous says:

    gambar yang meruntun jiwa…sebak rasa hati…semoga encik ali cepat sembuh & kuat seperti sediakala

    0

    0
  21. Ibu says:

    berapa umurnya skrg?

    0

    0
  22. minah jambu terlajak habis says:

    semoga pak azmil cepat sembuh dn sehat seperti biasa…tapi kalau dh tk larat tu jangan la pergi ke masjid pasal pak azmil kan sakit solat kt rumah aje suda jangan seksa2 kan diri dengan wlchair nk ke masjid takot pak azmil terjatoh ke ape ke…semoga Allah bersama mu pak azmil..

    0

    0
  23. dimata kita insan biasa says:

    semoga keikhlasannya beribadah akan dibalas dgn pengampunan ke atas dosanya yg lalu & syurga Allah tempatnya kelak. kita melihat beliau lemah & x berdaya tapi siapa tahu manis kenikmatan & bahagia yg dirasai beliau kerana ibadahnya. cemburunya melihat semangat beliau.

    0

    0
    • minah jambuterlajak habis says:

      kalau cemburu ngan semangat pak azmil ha gi la solat kt masjid hari2 without fail boleh ? pak azmil leh gi masjid ngan wlchair tkan kau tk boleh !

      0

      0
      • dimata kita insan biasa says:

        aku wanita islam.walaupun berjemaah dimasjid itu besar pahalanya, golongan wanita lebih afdal bersolat dirumah.nak tahu sbb??? ada masa free pergi belajar cari ilmu agama jgn beribadat tanpa ilmu hanya ikut apa yg org buat

        0

        0
        • minah jambu terlajak habis says:

          ckap mecem begus je huh ! kau tau ke orang beribadat tanpa ilmu ???

          0

          0
        • pengkaji manusia says:

          xyah layan minah terlajak tu, dia mmg main semburnya. bercakap tanpa ilmu. kalo x tau patutnye bertnye. tu sbb sesat jln

          0

          0
  24. Mok De says:

    Semoga kita jua diberi hidayah oleh Allah swt…Aamiin.

    0

    0
  25. zas says:

    tak usah di viralkan perkara ni kot, mayb aznil sendiri tak mahu kisah ini disebarkan kpd umum, biarlah dia beribadah dengan tenteram menurut kemampuannya. apa2pun doakan semoga aznil segera sembuh dari penyakitnya, InshaAllah

    0

    0
  26. nil says:

    minah jambu terlajak habis & Anonymous (February 4, 2016 at 12:14 pm)

    kenapalah awak 2 ni ye…dlm keadaan mcm ni masih nk berbalah sesama sndri.

    malu lar sikit

    0

    0