Written by AbangNara | May 5th, 2015

Tragedi kemalangan yang melibatkan sebuah Pajero dan 6 buah kereta Myvi yang menyebabkan kematian seorang ayah, seorang ibu dan seorang anak telah meruntun jiwa masyarakat Malaysia. Tambah menyedihkan apabila 2 lagi anak menjadi yatim piatu kerana kecuaian dan kegilaan pemandu yang suka berlumba di jalanraya. Apakah masa depan Amira (7 tahun) dan Aqila (4 tahun) yang kini tidak beribu dan tidak berayah? Hanya doa yang mampu kita titipkan.

amira anissa

Terbaru, adik Amira telah pun melahirkan rasa kegembiraan sekiranya dapat bertemu penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Video yang telah dirakamkan oleh sahabat arwah itu kini telah menjadi viral.

Agak2 siapa yg boleh sampaikan kepada Dato Ct Norhaliza? Gerak Gempur SITIZONERS untuk SITINURHALIZA HOT FM, Shamsul Ondscene, TV3MALAYSIA, Siakap Keli, PenMerah [dot] com com] com] com]#Mohon sesiapa yg ada “org dalam” untuk sebarkan dan sampaikan kpd Dato Ct Nurhaliza… ‘Org Dalam’ untuk permintaan ini x pe. Sbb untuk menceriakan anak2 yatim piatu..#Saya tanya nak jumpa Dato Ct ke? Terus dia melonjak dan cakap “Yahoo!! Mira suka Ct Zoners”Seriusly, saya bukan fan.. tapi kerana minat dia, saya usahakan juga rakam video.ni.

Posted by Pujangga Berbicara on Sunday, May 3, 2015

Di laman sosial Datuk Siti Nurhaliza, banyak peminat menyarankan agar beliau mengambil kedua-dua anak comel ini sebagai anak angkat. Itu adalah satu cadangan yang amat baik sekali. Selain itu, Abang Nara juga mencadangkan agar satu Tabung Pendidikan ditubuhkan oleh badan berkaitan agar segala sumbangan dapat disalurkan kepada kedua-dua adik beradik ini dan dapat digunakan untuk pembelajaran kelak.

amira anissa

Apa pun buat masa ini jika anda ingin menyumbang sedikit wang untuk membantu meringankan beban keluarga mangsa, bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank 164799190478 Muhammad Faizznur Asyraf Hussin, iaitu adik kepada si bapa yang telah terkorban. Apa pun diharapkan pemandu yang terlibat di dalam kes ini dibawa ke muka pengadilan. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Amin.

minaz butik P.S: Tandakan tarikh 9 Mei (Sabtu) ini kerana ia adalah hari pembukaan besar-besaran Minaz Butik Di Bangi Sentral. Bermula jam 8 pagi hingga 10 malam, ada 1000 goodies beg, cabutan bertuah dan jubah percuma bakal diberikan untuk mereka yang hadir awal. Pastikan anda tidak ketinggalan. Maklumat lanjut boleh layari Facebook Minaz.

14 responses to Adik Amira Teringin Bertemu Datuk Siti Nurhaliza

  1. lova says:

    Ya Allah.. setiap kali tgk 2 bradik ni sebak rasanya… sbgai seorang ibu tragedi ni sgt2 menyentuh hati lagi2 bila 2 bradik ni yatim piatu sekelip mata.. Pihak berkuasa harap menjalankan kerja secara telus… Yang bersalah kenakan tindakan… demi mendapatkan keadilan utk keluarga mgsa… Jika mereka terlepas di dunia tggu la di akhirat nanti… Allah Maha Adil, Berkuasa & Mengetahui segala apa yg terjadi.. Moga 2 bradik ni membesar menjadi ank yg solehah…amin…

    0

    0
    • mutiara says:

      sebak sgttt

      0

      0
    • mutiara says:

      patotnye tak payah sebar2 vid tu tak payah viralkan..
      ye paham kawan arwah sekadar bertanya je..tapi perlu ke rakam.
      ermm..nak tumpang sekaki tukang buat vid ke..
      adik2 neh tak paham ape2 pon..banyak menda die tak paham lagi..
      anyway..memang sedih sangat..walaupon takde kene mengena dengan aku, cuma sekadar sedara sesame islam.

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Nama adik dia yang 4 tahun, Aqila. Yg meninggal dunia barulah Annisa.

    0

    0
  3. butterfly says:

    Polis jgn lepas tgn wpun salah sorg tu ahli puteri umngok. tgk anak2 yatim tu pun aku jd sebak. yg berlumba tu dh lama hidup ke???

    0

    0
  4. saya says:

    PEMBETULAN

    Adik yg umur 4 tahun tu nama nya AKILA bkn ANNISA.
    ANNISA baby 7 bulan yang meninggal bersama ibu dan bapa nya

    please alert bofore posting sensitive issue.

    0

    0
  5. aima says:

    Lebih baik anak ini dijaga oleh bukan artis. takut besar nanti jadi artis, jual suara.
    Suara perempuan yg dilunakkan utk orang awam adalah haram.

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      elehhhhh haram konon huh ! orang dulu2 tu nyanyi amcm pulak ? ape ! terok sangat ke kalau artis yg jaga budak2 ni ? jangan pandang rendah ngan artis eh ok ! ape anak2 artis semua tu jadi artis ke ! kalau jadi artis kenape ? jangan cakap halal haram la pat sini !! orang dulu2 tkde pon cakap pasal halal haram nye huh ! anak2 orang dulu2 jadi artis jugak ! asalkn prangai baik2 suda la..

      0

      0
  6. TakPelikPun says:

    Dah kenapa kau dik nak jumpa Siti?

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      pasal siti bertudong…artis2 yg tk bertudong tk boleh jumpa harammmmmm..

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Jangan sampai ada yang mempergunakan adik2 ni untuk kepentingan peribadi mereka. Adik2 ni masih kecil . Mereka tak faham lagi kepentingan berjumpa dengan menteri ke , artis ke kerana pada mereka semuanya sama. Selalunya bila keadaan seperti ini berlaku , ada saje orang2 yang suka mengambil kesempatan. Beri la mereka ruang untuk membiasakan diri dengan keadaan yang baru. Bantuan yang diberikan biar la sampai kepada mereka hendaknya.

    0

    0
  8. pasal budak2 kelab ni la, aku yg pkai myvi kna tempias..dh jd cmni rsa nk jual plak myvi ak…

    0

    0
  9. cili says:

    patut nya sapa yang lggar mak bapak budak2 ni yang patut tnggung segala perbelanjaan bdk2 ni… sita segala harta benda pemandu gila babi ni utk diberikan pada bdk2 ni sebagai ganti masa depan mereka.

    0

    0
  10. cili says:

    walaupun ko dah ke tali gantung tp d sebabkan ko masa depan 2 budak ni terjejas… so sapa yang terlibat dalam kes ini patut bertanggungjwab sepenuhnya ttg masa depan bdk2 ni…

    0

    0