Adi Putra Jelas Isu Perkahwinan Kali Kedua, Nafi Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga Isteri Keduanya

Hiburan

Adi Putra Jelas Isu Perkahwinan Kali Kedua, Nafi Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga Isteri Keduanya

Petang tadi telah berlangsungnya sidang media khas pelakon Adi Putra yang menjelaskan setiap persoalan mengenai perkahwinan kedua beliau.

Advertisement

Dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga isteri keduanya sebelum ini, Adi bagaimanapun menafikan perkara berkenaan.

Adi akui di awal perkenalan beliau isterinya itu yang dikenali sebagai Norshahida masih lagi bergelar isteri orang. Walaubagaiamanapun, Adi tidak pernah mencampuri masalah Norshahida dan bekas suaminya.

Masyarakat berhak untuk menuduh saya sebagai perampas. Hakikatnya, tidak ada seorang pun yang mahu menjadi perampas. Saya anggap perkahwinan ini sebagai satu anugerah.

Perkahwinan Adi juga mendapat restu isteri pertamanya Aida Yusof.  Tindakan Aida sebelum ini yang enggan memberikan sebarang komen kerana menghormati permintaan Adi yang akan menjelaskan perkara itu sendiri.

Pada masa yang sama, Adi memohon orang ramai untuk tidak memberikan komen negatif kepada kedua-dua isterinya. Malah,  Adi juga merayu kepada pihak media untuk tidak menghubungi isteri-isterinya kerana tidak mahu perasaan Aida dan Norshahida terluka.

Sebagai ketua keluarga, biarlah saya yang menjawab segala persoalan dan menanggung akibatnya. Saya tidak mahu hati kedua-duanya dan keluarga masing-masing terguris jika persoalan ini terus diajukan kepada mereka, sekali gus isu jadi berpanjangan.

Adi turut menepis tanggapan beberapa pihak yang beliau berkahwin kali kedua kerana ingin mendapatkan zuriat.

Untuk mendapatkan zuriat, ia bukan seperti menghantar kereta ke bengkel yang boleh siap pada bila-bila masa. Lagipun, saya tidak pernah bergaduh dengan Aida fasal anak.

Sidang media itu juga turut digemparkan dengan kehadiran bekas adik ipar isteri kedua Adi, Farah Erliani Rahimpudin, yang bertujuan membersihkan nama abangnya yang disindir Adi di laman sosial.

Saya datang ke sini bukan untuk memalukan Adi, tetapi saya cuma mahu membersihkan nama abang saya apabila Adi bertindak menyebarkan gambar dan nombor telefon abang saya di laman sosialnya.

Untuk pengetahuan semua, bukan abang saya yang viralkan kisah kemelut rumah tangga beliau dengan bekas isterinya, seperti yang disangka Adi.

Berikut kami sertakan dua video ketika sidang media khas Adi Putra :-

Sekarang segala persoalan telah terjawab, tiada apa yang kami dapat katakan selain mendoakan kebahagiaan rumah tangga Adi bersama isteri-isterinya.  Harapnya beliau dapat berlaku adil.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...