Written by AbangNara | January 20th, 2012

Abang Nara ada seorang kawan yang memang gila motor. Daripada kecik sampai sekarang, pergi mana-mana pun dia lebih gemar membawa motor berbanding kereta. Mudah mencilok katanya. Masa Abang Nara borak-borak kosong dengannya, dia pernah berkata kepada Abang Nara yang motor idamannya tak lain tak bukan ialah Ducati.

rhb banking

Cantik kan? Namun harganya yang agak tinggi menyebabkan member Abang Nara tue memendam perasaannya untuk memilik Ducati ini. Namun pada suatu hari, dia telah datang dan berbisik penuh semangat kepada Abang Nara:-

Bro, Insya-Allah tak lama lagi motor Ducati yang aku pernah ceritakan kat kau dulu tue akan jadi milik aku. Aku sekarang tengah masuk satu contest yang tawarkan 3 bijik Ducati Monster 795. Hehehe.

Korek punya korek, barulah kawan Abang Nara nie ceritakan tentang contest yang dia masuk tue. Rupa-rupanya dia masuk contest RHB Internet dan RHB Mobile Banking. Menurut kawan Abang Nara, dia hanya perlu berbelanja minimum RM50 bermula 19 Januari sehingga 14 Mac untuk layak menyertai contest ini. Lepas dah berbelanja, hanya perlu main game “RHB Now Racer Race For A Ducati” di laman web RHB.

rhb banking

Selama ini Abang Nara memang tahu RHB sememangnya ada menawarkan internet dan mobile banking. Tak tahu pulak yang RHB ada contest sehebat ini. Untuk pengetahuan anda, Abang Nara kalau bayar bil Astro, bayar bil Unifi, transfer duit ke mak dan bayar bil letrik, semuanya guna internet banking. Tak payah penat-penat beratur kat kaunter. Masa pun jimat. Abang Nara cuma perlu login kat laman web RHB, pilih transaction yang dikehendaki dan tak sampai 5 minit dah siap semuanya. Senang cerita, internet banking nie memang memudahkan kehidupan Abang Nara la.

rhb banking

Berbalik kepada contest RHB Race Now ini, menurut kawan Abang Nara lagi, targetnya adalah untuk memenangi grand prize yang ditawarkan menerusi contest nie. Patutlah semenjak dua nie bila Abang Nara mesej dia kat FB dia buat tak tahu je. Rupa-rupanya tengah busy main game Race For A Ducati. Bila dia tunjukkan senarai hadiah yang ditawarkan, terliur jugak Abang Nara dibuatnya.

rhb banking

Paling tak boleh blah ialah bila time lepak minum teh tarik pun, kawan Abang Nara nie asyik mengadap iPad dia je. Rupa-rupanya ada RHB Now Race nie ada application untuk iPad dan Android. Kiranya kalau kawan Abang Nara nie tak ada laptop untuk main secara online di laman web RHB, dia boleh download siap-siap application RHB Now Race untuk Android dan iPad. Memang mantap ~~

rhb banking

Menurut kawan Abang Nara, nombor kad pengenalannya pasti akan tersenarai di Finale – top 10 highest score di laman web RHB nanti. Bila dah dapat top 10, barulah berpeluang untuk menyertai pertandingan akhir merebut Ducati Monster. Dia mintak Abang Nara tolong sampaikan kepada pembaca-pembaca BeautifulNara supaya doakan dia berjaya mencapai impiannya kelak.

rhb banking

Kalau korang pun ada impian dan cita-cita nak memiliki sebuah Ducati, silalah layari laman web RHB untuk peluang memilikinya. Abang Nara pun sekarang tengah busy main game nie. Dah tak main Angry Birds dah. Hehehe.

P.S: Abang Nara baru tahu yang RHB Internet Banking ada application untuk iPad user. Memang awesome sungguh. Nak suruh wife Abang Nara download hari ini jugak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Adakah Motor Ducati Monster 795 Bakal Menjadi Milik Anda?

  1. REDBLOODSNOW says:

    Kalau my husband yg tgk motor ni…sure meroyan. hehe. dia minat motor ni :D

    0

    0
    • celcomUSER says:

      Anda masih ingat promosi menang kereta CELCOM? dengan berbelanja/topup beberapa ringgit anda layak menyertai peraduan tersebut. Dan ape yang berlaku adalah majlis fatwa kebangsaan menyatakan kaedah tersebut adalah haram.

      Sekarang kaedah serupa di guna pakai oleh RHB Bank , tapi takde pulak fatwa haram…

      p/s: sekejap haram.. sekejap tak haram… oh Malaysia ku..

      0

      0
  2. izalina says:

    Walaupn sy pmpn, tapi sy peminat setia motor..nak join n wish kwn abg nara tu menang..=)

    0

    0
  3. Staff RHB says:

    Now tgh pelancaran n majlis penyampaian hadiah utk pemenang di RHB Jalan Tun Razak=)

    0

    0
  4. Ahmad says:

    saye pon nak motor ni~

    0

    0
  5. opah rock says:

    hagak2 korang kalau opah ride moto nie gempak x??
    sure melompat atok kata ko………………….lalalala

    0

    0
  6. This&That says:

    Bak kata gem, mesti reply dalam Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita..
    So, my comment is..
    Its getting boring… oops…Tahap keboringan melihat BN untuk gosip terkini semakin hari semakin meningat. Sila ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menangani masalah tersebut.

    Yang benar,
    Ini&Itu

    0

    0
  7. hahaha…tak ada akaun ngan RHB….tapi kalau dpt best jugak ni

    0

    0
    • ASAL2 KAMPUNG says:

      a’aa..kna wat loan,buka akaun atau wat transaction bru bleh join game nie…apa daaaa…nk swuh kita melabur dlu!…frust xleh join game nie..

      0

      0
      • gameslover says:

        sape ckp kne bukak loan dlu? just bukak savings account, perform transactions..minimumRM50..easy right?

        transaction pn could be any transaction…IBG,Billpay..for sure korang kne bayar ape2 bil kan…

        Prize utk org yg bole score tinggi..x kesah bape rggit korang perform transaction (tapi min RM50 la)..pastu play that game…janji score tinggi,da boleh menang..

        so, sebelum nk maen game racer tu, praktis la byk kali..

        good luck!! =)

        0

        0
  8. This&That says:

    Please no politics here. When politic meets entertainment, it means DISASTER.

    0

    0
  9. anna says:

    yg ni bukan ke model yg utk asian….harga pun murah..60k je….rembat je la abg nara oi…kate masyuk

    0

    0
  10. yana says:

    hope daptla sebijik…amin..selamat menunggang ducati berhelmet RHB..hu3

    0

    0
  11. ShashaCahaya says:

    Semoga dia berjaya beroleh ducati idamannya.

    0

    0
  12. […] Abang Nara ada seorang kawan yang memang gila motor. Daripada kecik sampai sekarang, pergi mana-mana pun dia lebih gemar membawa motor berbanding kereta. Mudah mencilok katanya. Masa Abang Nara borak-borak kosong dengannya, dia pernah berkata kepada Abang Nara yang motor … Continue reading → […]

    0

    0
  13. Bad campaign says:

    I played this game and hit the highest score but cannot submit the score even though i did several times of transaction that every transaction more than RM50. I had follow exactly all the instuction listed. After that i called to the RHB customer service that day and they only answer me that few days the this program got problem so please play again tomorrow. Then the other day i play the game and hit the high score and perform transaction but the high score cannot submit into the Leaderboard again!! Wasted a lot of my time and money!!

    0

    0
  14. Cheat money says:

    This campaign cheat people money. Only a few high score they will lock into the high score list.

    0

    0