Written by Bella | June 7th, 2016

Satu ketika dahulu, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza merupakan pasangan yang cukup popular dan menjadi kesukaan ramai. Namun, semua itu tinggal kenangan dan kini mereka berdua adalah insan yang berbeza.

Pada awalnya Fathia agak sedih dengan perpisahan berkenaan. Namun, kini beliau sudah kembali mengukir senyuman di wajahnya dan percaya ada hikmahnya beliau kembali solo.

Fathia akui, beliau kini sudah mampu untuk lebih berdikari tanpa seorang kekasih dan lebih fokus kepada keluarganya.

Bila saya solo, saya mula terfikir untuk lebih mengejar benda yang lebih penting dalam hidup ini. Dulu saya lebih tak boleh berenggang dengan bekas kekasih. Semua benda dirasakan lebih senang untuk saya, tidak seperti sebelum ini.

Saya percaya sekarang boleh lebih fokus dengan kerjaya dan keluarga. Saya yakin hidayah Allah memang ada kebaikan yang kadang-kadang kita tak tahu. Contohnya sekarang saya dah ada koleksi pakaian sendiri.

Berbicara mengenai koleksi pakaian beliau yang dikenali sebagai Dara by Fathia Latiff, pelakon itu memberitahu beliau tidak mahu terlalu mengubah rekaan pakaian tradisional Melayu dan menggemari sesuatu yang klasik tetapi masih mempunyai kelasnya yang tersendiri.

Dalam diri saya ada Kemelayuan yang kuat. Sekarang ni saya lihat fesyen lebih terarah kepada sesuatu yang ringkas dan ada elemen classy dan klasik. Kalau Raya pun, saya tak suka pakaian yang terlalu bersiap tetapi tradisional dan tidak berlebihan selain senang dipakai.

Saya juga tidak suka terlalu mengubah sesuatu yang asli. Sebab tu baju kurung songket dibiarkan dalam rekaan asal, tidak banyak gubahan dibuat untuk mengekalkan keaslian dalam kadar paling tinggi.

Putus cinta tidak bermakna hidup kita akan berakhir, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya sendiri. Mungkin Allah SWT itu mahu mengelakkan kita daripada perkara yang lebih rumit di masa hadapan. Jodoh itu InshaAllah ada, jangan berhenti berdoa.

Sumber Berita : Tonton Extra

14 responses to Ada Hikmahnya Saya Putus Cinta, Saya Mula Terfikir Untuk Kejar Benda Yang Lebih Penting Dalam Hidup – Fathia Latiff

  1. melati says:

    pasni boleh lew niaga tudung…dh dokat nk Raya ni…hihihi

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Neelofa pt II…

    0

    0
  3. missv says:

    niat biar ikhlas…btudung klo niat nak berbisnes sok jd ungkasha…bertudung pun tp still pakai suar legging…kejadah nya….

    0

    0
  4. semit gigit punggung says:

    bertudung janganlah pakai baju ketat.. nampak aurat..
    nanti semut gigit punggung baru tau

    0

    0
  5. Sharpay says:

    Lawa betul fathia !!hrp yg dikejarnya bukan semata2 duniawi…

    0

    0
  6. Imani says:

    Cantik2 awek aiman hakim..tapi semua tinggalkan dia..? Fathia ni sesuai jadi model baju pengantin muslimah.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bagus. Bila break up ni jauh sikit daripada buat dosa maksiat.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    dah kena lenjan cukup2,baru ler saya nak bertutup..haha

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Ni macam nak promote biz je gaya entry ni. Dok cakap pasal design dia and all that. Subtle promotion.

    0

    0
  10. kepoci says:

    awat nampok cam antu bungkuih

    0

    0
  11. putri says:

    Canteknyaa hambamu ini ya Allah!!!! ;)

    0

    0
  12. Canteknya hambamu ini ya Allah!!! ;)

    0

    0