Ada Cita-Cita Nak Jadi Usahawan Berjaya? Ini Program Yang Wajib Anda Tonton

Hiburan

Ada Cita-Cita Nak Jadi Usahawan Berjaya? Ini Program Yang Wajib Anda Tonton

Selaku seorang rakyat Malaysia, Abang Nara mengkagumi kejayaan dan kehebatan usahawan-usahawan (atau dalam bahasa omputihnya, entrepreneur) tempatan. Antara yang cukup popular ialah Datuk Seri Vida dengan Qu Putehnya, Rita Dato’ Sosilawati yang meneruskan kesinambungan perniagaan arwah ibunya serta jenama Zawara yang amat popular dengan kualiti fesyen muslimah mereka. Banyak lagi nama yang Abang Nara tak sebut, tapi rasanya pembaca BeautifulNara pasti pernah membaca kisah kejayaan mereka yang sering viral di media sosial.

entrepreneur

kaya raya sampai boleh sponsor team bola Kelantan

Perniagaan usahawan-usahawan hebat ini sekarang bernilai ratusan juta ringgit setahun. Namun sebelum sampai ke tahap ini, Abang Nara percaya telah banyak pengalaman, cabaran, ujian, rintangan dan halangan yang mereka tempuhi. Kalaulah diberi peluang, Abang Nara teringin berjumpa dengan salah seorang daripada mereka dan korek sebanyak mana ilmu dan rahsia. Lagi best kalau dapat jadikan mereka mentor. Secara jujur, Abang Nara jeles dengan 10 peserta program The Entreprenur yang bakal disiarkan di TV3 kerana mendapat peluang bermentorkan usahawan-usahawan yang telah mencipta nama di Malaysia.

Advertisement

mentor entrepreneur

10 peserta bertuah ini telah dipilih menerusi program TUBE 2.0 (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia. Meh kita lihat sikit wajah-wajah mereka yang bertuah dapat bergurukan dengan syarikat-syarikat mentor yang pasti akan membimbing mereka ke arah kejayaan.

entrepreneur

setahun dua lagi confirm masing-masing boleh jadi mentor untuk orang lain pulak

Bukan calang-calang syarikat mentor yang bakal membimbing 10 peserta program The Entrepreneur ini! Antaranya ialah Zawara selaku pakar industri fesyen, syarikat Lazada sebagai pakar bidang teknologi dan maklumat , INTEKMA untuk industri perkhidmatan dan hotel, EZDIET untuk industri makanan dan minuman dan Malaysia Automotive Institute (MAI) selaku pakar dalam bidang automotif.

entrepreneur

Tengok nama-nama mentor pun Abang Nara dah excited dah. Masing-masing memang pakar dalam bidang masing-masing. Apa yang Abang Nara suka tentang program The Entrepreneur ini ialah kepelbagaian bidang yang ada di dalamnya. Tak adalah kosmetik atau fesyen semata-mata. Yang jarang kita dengar pun ada jugak. Abang Nara yakin banyak yang akan boleh diri ini pelajari apabila menonton The Entrepreneur. Tambah-tambah lagi juri program ini pun boleh tahan hebatnya iaitu Rita Dato’ Sosilawati dan Nazril Idrus.

entrepreneur

Rita Dato’ Sosilawati tak perlulah diperkenalkan lagi. Produk syarikat Nouvelle Beauty miliknya memang popular seantero Malaysia. Yang Nazril Idrus pula merupakan suami kepada Sazzy Falak dan merupakan pengasas LVG Consultants, firma kewangan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Abang Nara berani jamin keputusan yang bakal dilakukan oleh para juri adalah telus, bijak dan berdasarkan pengalaman mereka. Tak sabar nak dengar komentar mereka selepas setiap usahawan melakukan tugasan mingguan. Dan Abang Nara juga tak sabar nak menang hadiah sebab ada kuiz mingguan yang teramatlah mudah.

entrepreneur

The Entrepreneur bersiaran di TV3 pada setiap hari Selasa, jam 5.30 petang. Kalau korang ada pasang cita-cita nak jadi usahawan, sila tonton program ini. Jangan lupa untuk layari www.tv3.com.my/theentrepreneur untuk menyertai kuiz, sambil layan video-video eksklusif dan macam-macam lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...