Perginya insan bernama Harun Salim Bachik nyata mengejutkan buat peminat industri hiburan tanah air Malaysia juga rakan artis yang lain. Bila kami menonton filem Polis Evo terkenang seketika tentang sifat Allahyarham yang tidak pernah bosan menghiburkan kita dengan lawaknya.
Lebih sedih lagi bila kami mengetahui bahawa balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Noor dan dua orang anak mereka sudah tidak mampu menanggung kos sara hidup di ibu kota lagi.
Mendengar berita tersebut, pelbagai persoalan yang timbul di minda kami. Bukankah Achey sebelum ini memberitahu beliau sering menanyakan khabar mereka serta sudah menyerahkan keseluruhan “share†beliau serta keuntungan bersama modal perniagaan yang beliau usahakan bersama arwah?
Namun, Surianti menafikan perkara tersebut dan memberitahu Achey tidak pernah berbuat demikian malahan beliau langsung tidak menjenguk mereka.
Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.
Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut.
Tambah beliau, hanya Afdlin Shauki sahaja yang masih mempunyai semangat setiakawan dan memberi bantuan persekolahan untuk anak-anak.
Kerana sudah tidak mampu untuk menampung kos hidup mereka anak beranak, Surianti telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah.
Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan. Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya.
Surianti dan Allahyarham Harun Salim Bachik bernikah pada tahun 2000. Hasil perkahwinan meereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Hakeem Sufy Al-Rashid dan Siti Hazeera Sofea
Harun juga memilki empat orang anak bersama isteri pertamanya, Martinah Ahmad namun  perkahwinan mereka tidak bertahan lama.