Achey Mohon Maaf Kerana Karaoke Sambil Memandu

Hiburan

Achey Mohon Maaf Kerana Karaoke Sambil Memandu

Beberapa hari lepas video pelawak Achey yang berkaraoke bersama seorang wanita menggunakan nama Rozylicious menerusi aplikasi popular Smule telah menjadi viral. Ini kerana gelagat kedua-duanya yang lucu.

Namun, dalam berseronok ada juga pihak yang menganggap tindakan Achey itu boleh membahayakan nyawanya dan orang lain kerana boleh hilang fokus semasa memandu.

Advertisement

Ekoran perkara berkenaan, Achey telah tampil memohon maaf  atas kesilapannya itu.

Pada masa itu saya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis resepsi Shahrol Shiro dan memandu di lorong kenderaan perlahan.

Sebenarnya itu adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menghiburkan diri sendiri.

Bagaimanapun saya tetap memberikan penumpuan pada pemanduan saya. Pun begitu, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan.

Tidak dapat dinafikan memang leh hilang stress tengok Achey berduet dengan Rozy tetapi agak bahaya jugalah begitu lebih-lebih lagi menggunakan headphone, sebab tidak boleh dengar keadaan sekeliling.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...