Beberapa hari lepas video pelawak Achey yang berkaraoke bersama seorang wanita menggunakan nama Rozylicious menerusi aplikasi popular Smule telah menjadi viral. Ini kerana gelagat kedua-duanya yang lucu.
Namun, dalam berseronok ada juga pihak yang menganggap tindakan Achey itu boleh membahayakan nyawanya dan orang lain kerana boleh hilang fokus semasa memandu.
Ekoran perkara berkenaan, Achey telah tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Pada masa itu saya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis resepsi Shahrol Shiro dan memandu di lorong kenderaan perlahan.
Sebenarnya itu adalah salah satu cara saya untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menghiburkan diri sendiri.
Bagaimanapun saya tetap memberikan penumpuan pada pemanduan saya. Pun begitu, saya mohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan.